Thursday, January 19, 2017

Greatest bless

Assalamualaikum.

Hi!
Its been a while since i last updated my blog. And of course so many things happen and changed within the time. Alhamdulillah atas nikmat kini menjadi isteri kepada seorang suami yang budiman dan peluang menjadi seorang ibu buat si kecil soleh, Muhammad Mawardi kesayangan hati. Allah. Allah. I cant believe that im now a mother to a son. thank you ALLAH. Its really a greatest, uncounted bless from You. Alhamdulillah syukran alaih. Entering the motherhood phase at this age, i really dont expect it. Tak terucap syukur atas banyaknya nikmat. Allah sangat baik :'(

***
Semoga Allah menjadikan kami orang-orang yang bersyukur dan beramal soleh.
Semoga Allah bantu kami dalam urusan zuriat keturunan kami.

***

Now, im not only a mother but a working mother. Its not easy but challenging. But i believe in Allah. He gives us hardship for us to be stronger . So stay still and keep smile :)




Buah hati ummi. 
Syurga ummi. 
Anugerah terindah.

Ya Allah jadikan Muhammad Mawardi bin Mohamad Lukman Hakim insan yang soleh dan permata yang mewangikan deen-Mu. 
Ameen.


Ni lah bestfriend aka penglipur lara ummi sepanjang masa. Tambah pulak sekarang pergi balik sekolah sama-sama so memang dalam kete kene sediakan telinga untuk dengar pelbagai cerita and berita tergempar. Setiap hari wajib je ada berita tergempar :/

Terima kasih suami sebab sentiasa memberi dan menjadi yang terbaik untuk ummi dengan baby Muhammad. Love you!

Ya Allah, limpahkan mawaddah sakinah dan rahmat ke dalam rumahtangga kami ini selamanya.
___

Yeay. akhirnya berjaya jugak update blog. ni pun main sambung-sambung berapa minggu baru selesai. ahaks.

Salam sayang dari Ummu Muhammad. 
Muahhss!


Tuesday, April 12, 2016

Kita berdua

THE PAST IN ITS OWN WAY, IS MEANINGFUL. 

Setiap ceritera yang menjadi rahsia,
Setiap kisah yang membeza dahulu dan terbaru, 
Setiap impian yang tersemai,
Setiap kata yang mohon termakbulkan oleh Tuhan,
Mari sama2 kita berbicara penuh cinta dan kasih. 

Biar sendirian.
dengan sendiri itu memberi lebih makna dalam pengaduan. :)

Benar, 
cintailah dengan ikhlas, meski sukar untuk tetap. 
semailah kasih walau kadang terpaling. 

Percaya,
kasih Tuhan tidak pernah berbagi. 
kasih Tuhan tidak pernah memilih, dengan salah. 
Tidak pernah sekali. 

Teruslah mencinta 💖

*Alhamdulillah untuk setiap nikmat yang Kau berikan. Sungguh, aku benar2 malu dan semakin mahu.  

Thursday, June 18, 2015

Bintang


Saling belum mengerti :)

Setiap halaman hubungan menjadi taman rama-rama
kerana telah lama membaca kitab akrab bersama;
di dalam bab beza, susun diksi aksara pandangan - 
antara gerobok pengalaman dan almari usia
antara muram kecewa dan ledak ketawa
sering mentafsir manuskrip khuatir
di atas helai-helai kertas perjuangan, atau
di sisi renda-renda pentas yang sama - meski - 
telah lama membaca kitab akrab bersama
kita saling belum mengerti, sejujurnya.

(WB Rendra)



Meski masih saling belum mengerti, 
biar tetap jadi bintang 
paling bersinar dalam kelam aku. 

Terima kasih, kamu. :)



Wednesday, June 17, 2015

Nikmat



Terima kasih Tuhan
mengganjar sabar aku
menganti bahagia dari duka 
memegang erat hati rapuh ini

Terima kasih Tuhan
memanggil aku 
dengan panggilan paling indah
tanpa sangka 

Terima kasih Tuhan 
memilih aku bergelar hamba

O' Allah, who holds the hearts, make my heart firm in You. 


______________________________________________________________________

Nikmat.

Segala yang dihasrat
tapi tak didapat
adalah nikmat
yang paling padat.

A. Samad Said
(Benih Semalu)


Subhanallah. Alhamdulillah. Allahu Akbar.
:)

Tuesday, May 5, 2015

Apa khabar Cik Siti?

Bismillah.

Alhamdulillah Cik Siti dikurniakan kesihatan yang baik. Lamanya Cik Siti tak menconteng kat sini.  Ikutkan rasa hati kalau boleh Cik Siti nak abadikan setiap rasa dan kata dalam jiwa Cik Siti kat blog ni sebagai ingatan. Tapi tuntutan sebagai pelajar lebih menjadi prioriti. 
Alhamdulillah baru selesai amali praktikum kat SK Seri Kepayang selama 3 bulan. Syukur, everything went well. Lecturer, Guru pembimbing, cikgu2, murid2 semuanya sangat baik and cukup beri aku rasa selesa selama 3 bulan. Alhamdulillah, settled :)

Bila buat kira-kira actually tak sampai 6 bulan aku nak meneruskan kehidupan kat IPG ni. Tak lama dah. Tambah lagi sem depan sure busy dengan program intership and preparation untuk pembentangan je, so i think masa nak berhuha-huha dengan kengkawan x banyak mana. Kinda miss that moment. >.<

Hari ni genap, 5/5/2015, genaplah umor Cik Siti 23 tahun 2 hari. Allah tak sangka dah menua rupanya aku ni haa. Selama 23 tahun ni la hidup duk bergantung je lagi dengan mak dan ayah :(

Terima kasih mak, terima kasih ayah atas setiap lelah, setiap usaha, setiap curah kasih dan sayang, setiap bait kata yang cukup menenangkan, setiap nasihat dan teguran dan setiap detik yang dikurniakan aku menjadi seorang anak buat kalian. Moga tidaklah aku menjadi anak yang sia-sia bahkan berharga untuk syurga kalian. 

Semoga dengan peningkatan usia ini, lebih aku mengerti akan nilai dan erti hidup yang sebenar. 
Moga lebih matang dan tidak mudah kalah dengan dunia. dan moga-moga menjadi seorang wanita yang terjaga sifat Haya', tidak terpengaruh dengan sikap manusia lain. Pilihlah idol yang tepat. 

Sebaik-baik wanita adalah yang tidak memandang dan tidak dipandang. :)

#Syurga itu mahal. Untuk mereka yang mampu membeli dengan usaha. 
#Thanks sisters sedarah sedaging yang tetap menjadi inspirasi 


Next post kita update pasal resepi masakan okay :-*

Till here! 

Friday, February 20, 2015

Kuatlah, hati :(

Bismillah
Hamdan lillah atas setiap nikmat,
dan ujian. 

*****

Kadang terasa aku sahajakah yang dapat ujian ini? 
Kenapa aku?
Kenapa bukan dia yang dapat ujian ni?
Tough. 
Ya aku tak sanggup nak bertahan. Serasa jiwa lemah, rapuh. seakan mahu mengalah.
Mahu duduk menyerah diri.

Jiwa sarat dengan rindu. Rindu yang tak mampu aku capai. 
Hati berat dengan mahu dekat. Sedang ia bukan haq. 
Tuhan. Kuatkan aku. 
Aku tahu, selagi Engkau ada, aku perlu kuat. 
Selagi mahu berpaut, aku perlu bersyariat. 

La hau la wa la quwwata illa billah.

Kuatkan aku. 

Allah. Rabb jiwa lahir dan batinku, engkau tahu lemahku, engkau tahu sakitku, engkau tahu dayaku, engkau tahu setiap rasa hati yang sedaya aku sembunyi dan ter-aku nyatakan.
Engkau kekuatan, 
kuatkan aku. 
kuatkan aku.
kuatkan aku.
kuatkan aku.


  Demi syurga, aku kuat. 
Demi Rasulullah sang kekasih yang dirindu, aku bangkit.
Ighfrli Ya Ghafur.
Bangunlah diri. 
Allahu :'(


'Jika sudah berjumpa, jaga dia dengan doa'
Rabbi Yassir. Rabbi tammim bil khair. 
Ameen.