Saturday, April 16, 2011

AKU MAHU ENGKAU

بسم الله
السلام عايكم
TUHAN
AKU HANYA PUNYA ENGKAU
PADA JASAD INI
DALAM JIWA INI
PADA SETIAP KATA DIBIBIR
AKU MAHU ENGKAU
MERESAP DALAM DIRI INI

TUHAN
PADA SATU NAMA
 KEHIDUPAN
MENUJU KEMATIAN
AKU INGIN HANYA
 MERINDUIMU
 MENCINTAIMU
PADA SEGENAP NAFASKU

TUHAN
DALAM SATU LANGKAHKU
AKU MAHU ENGKAU 
MEMBIMBINGKU
MEMELIHARA SETIAP YANG BURUK
JAUH DARIKU
AKU MAHU ENGKAU 
PADA SETIAP GERAKANKU
AGAR ENGKAU MEREDHAI SETIAP TINDAKANKU

TUHAN
AKU MAHU ENGKAU
SENTIASA DENGANKU
YANG MENGINGATIKU KETIKA AKU LUPA
YANG MEMBERITAHUKU TIKA AKU TIDAK TAHU
YANG MEMBANTUKU SAATI AKU BUNTU
YANG MENEMANIKU PADA SETIAP MASAKU

YA ALLAH YA 'AZIM YA KABIR
ENGKAU TUHANKU
IZINKAN AKU MENCINTAIMU
IZINKAN AKU MENGGAPAI REDHAMU
IZINKAN AKU DENGAN KEHIDUPAN ENGKAU REDHAI
SESUNGGUHNYA, AKU MENCINTAI HANYA ENGKAU


No comments:

Post a Comment