Monday, October 31, 2011

exam lagi?

Assalamualaikum.  :)

Seperti tajuk: exam lagi
Haiyyy,,rasanya bru je lepas exam sem lepas, nk kne msuk dewan exam lagi ni minggu depan..uh3..
Baru lepas balik dari rumah semalam. Cuti deepavali seminggu. Hajatnya cuti nak baca buku untuk exam..apakan daya..
east or west, home is the Best!
rumah tempat terbaekk laa! n its really holiday! ngehngehngeh~

Now, alone in hostel, selalunya bilik ni, aras ni la yang paling haru dibuat kawan2 aku, but still sume x balik lg. dan aku punn berfikir 3 4 kali nak tido kat mana. At last kuatkn hati, ingat yang diri ni yang bukan baby lagi,, akhirnya berjaya tido sorang2. Bangun pukul 5.15 pagi. Nasib baik bukan 2 3 pagi. kalo x haru aku. menangis kottt tgok sorg2..nging

STUDY
Yeay! sekarang baru habis study, Tu yang saje blogging. Lagi pun zohor xlama lg masuk. Spend time sekejaap je.. :p
Petang ni ada kelas encik samsudin. Kenapa xtau memang suka g clas dia. Maybe perwatakan and sifat dia kott.. :) Sebelum g kelas, nak makan! lapar3! Semalan xmakan..makan la,,tapi 2 keping roti je.. 

 OK. Dah terdengar azan Zohor. Jum2. Sampai berjumpa lagi ye..

Assalamualaikum.

Monday, October 3, 2011

nak keropok ketam!!

DIALOG

5 petang
I: mila2..nak keropok ketam pangkor tu!! hehe
M: amik2, bawak mari sini.

wahh..dgn enaknya mkn smbil teman k.aisyh online..ngup ngap ngup ngap. layann..buat-buat x sedar sebenarnya dah termakan seafood :P

10 malam
sohseh..sohseh..haacchum! Adoii...hidungku!!! Tiba2 teringat keropok ketam yang dah sedap2 masuk perut petang tadi. Alaa.. Menyesal pulak sebab buat2 xtau je td.. :(

6.40 pagi, 03-10-11
kali ke3 bersin dalam beberapa minit..bangun pagi2 tadi xsilap sejukk je rasa..tapi berpeeluh-peluh seluruh badan..subhanallah..hebat sungguh jika sekali ALLAH nak bagi hambanya rasa sakit..
Sambil iron baju, tanpa sedar hujan turun. Alhamdulillah..tenangnya rasa hati..

Tengah hari yang mendung, melihat diri dalam keadaan tidak sihat dan kepucatan pada wajah, serta ketidakselesaan sepanjang sesi kuliah berlangsung (kepala terbaring lesu di atas meja, nota kuliah dibiar x tercatat), seorang sahabat bagi 1 panadol soluble, ubat ?? aduii.. terima kasih sahabat, tapi aku lemah melihatnya.hehe..
Kataku: insyaAllah, kalo Allah nak suruh sihat, sekarang pun boleh sihat, tak sihat lg ni tandanya tiada izinNya lagi lah. hehe.
Katanya: Allah mengajar hamba2nya untuk berusaha mencapai sesuatu @ berikhtiar.
Apakan daya, terpaksa jua ku merasai kemanisan ubat tersebut.
Gulpp T_T


Sehingga sekarang, 10.37 malam, tiada tanda untuk semakin sembuh..semoga Allah memberi ku kesihatan yang baik dan hikmah di atas kesakitan ini. Kutetap bahagia :)


Dan buat adikku, Muhammad Multazam Bin Ahmad Roslan, SELAMAT BERJUANG menghadapi peperiksaan PMR mulai esok, 04 Nov 2011. semoga Allah memberkati usahamu dan memberi kajayaan yang cemerlang. Doa kami sentiasa mengiringi.


 p/s dari kakanda Mesir: buat yang terbaik, paling bagus dan banyak2dkatkan diri terutama dalam fatrah exam. kami kirim doa dari jauh. Salam Rindu buat semua. sori la. xdpt nk contact ali. tulis kt sni pn mcm dia baca je..hehe :)

SEMOGA BERTEMU KEJAYAAN BUAT KITA SEMUA!

Sunday, October 2, 2011

MENJADI HAMBA KEPADA... ??

4 bulan tinggal blog tak mengapa kan ? daripada tinggalkan hati yang rindukan Ilahi..
hati bukan untuk dicemari 

Hati fitrahnya suci, penuh taat kepada pencipta, tapi bila x dipedulikan, dibiarkan tanpa makanan yang berzat, berkhasiat dan pengisian yang sihat, sama juga keadaannya kepada tubuh badan kita, ia semakin rosak, sedikit-sedikit semakin sakit dan berpenyakit. Kalau hati penyakitnya dihinggapi dengan sifat-sifat mazmumah..sehingga satu tahap sukar untuk diubati lagi.. nak ubat, macam-macam bole guna, tapi perlukan kekuatan dalaman rohani dan iman yang subur. Duduk menghadiri  majlis ilmu, berdampingan dengan para ulama, pencinta ilmu dan sebagainya. 

Ada dengar tazkirah, tersentuh darpada kata-kata, jangan menjadi hamba kepada manusia. Bila diajak berbuat baik, dituruti, tapi bila matinya manusia itu, maka matilah kebaikan dari diri kita. Jadilah hamba yang sebenar kepada Allah. sebab sifat Allah itu kekal dan tidak mati..semoga kebaikan dan amalan kita juga tidak terkubur sehiingga 1 masa yang ditetapkan untuk kita kelak. 


jangan sampai jadi begini!

Sesungguhnya dalam badan manusia itu, ada seketul daging. Jika baik daging itu, maka baiklah seluruh tubuhnya. Jika rosak daging itu, maka rosaklah seluruh tubuhnya. Ketahuilah, seketul daging itu ialah HATI.. Jom pelihara Hati!
 Jom ubat Hati!
Jom Hati-hati menjaga hati!

SELAWAT SYIFA'



Terjemahan:
Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, nabi Muhammad S.A.W. yang dengan berkat baginda, engkau menyembuhkan hati-hati, menjadi penawar dan menyihatkan tubuh badan juga memberi kesembuhan penyakit serta mengurniakan cahaya penglihatan dan kurniakanlah juga rahmat keberkatan dan kesejahteraan keatas keluarga dan sahabat baginda.