Sunday, October 2, 2011

MENJADI HAMBA KEPADA... ??

4 bulan tinggal blog tak mengapa kan ? daripada tinggalkan hati yang rindukan Ilahi..
hati bukan untuk dicemari 

Hati fitrahnya suci, penuh taat kepada pencipta, tapi bila x dipedulikan, dibiarkan tanpa makanan yang berzat, berkhasiat dan pengisian yang sihat, sama juga keadaannya kepada tubuh badan kita, ia semakin rosak, sedikit-sedikit semakin sakit dan berpenyakit. Kalau hati penyakitnya dihinggapi dengan sifat-sifat mazmumah..sehingga satu tahap sukar untuk diubati lagi.. nak ubat, macam-macam bole guna, tapi perlukan kekuatan dalaman rohani dan iman yang subur. Duduk menghadiri  majlis ilmu, berdampingan dengan para ulama, pencinta ilmu dan sebagainya. 

Ada dengar tazkirah, tersentuh darpada kata-kata, jangan menjadi hamba kepada manusia. Bila diajak berbuat baik, dituruti, tapi bila matinya manusia itu, maka matilah kebaikan dari diri kita. Jadilah hamba yang sebenar kepada Allah. sebab sifat Allah itu kekal dan tidak mati..semoga kebaikan dan amalan kita juga tidak terkubur sehiingga 1 masa yang ditetapkan untuk kita kelak. 


jangan sampai jadi begini!

Sesungguhnya dalam badan manusia itu, ada seketul daging. Jika baik daging itu, maka baiklah seluruh tubuhnya. Jika rosak daging itu, maka rosaklah seluruh tubuhnya. Ketahuilah, seketul daging itu ialah HATI.. Jom pelihara Hati!
 Jom ubat Hati!
Jom Hati-hati menjaga hati!

SELAWAT SYIFA'



Terjemahan:
Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, nabi Muhammad S.A.W. yang dengan berkat baginda, engkau menyembuhkan hati-hati, menjadi penawar dan menyihatkan tubuh badan juga memberi kesembuhan penyakit serta mengurniakan cahaya penglihatan dan kurniakanlah juga rahmat keberkatan dan kesejahteraan keatas keluarga dan sahabat baginda.


No comments:

Post a Comment