Monday, October 3, 2011

nak keropok ketam!!

DIALOG

5 petang
I: mila2..nak keropok ketam pangkor tu!! hehe
M: amik2, bawak mari sini.

wahh..dgn enaknya mkn smbil teman k.aisyh online..ngup ngap ngup ngap. layann..buat-buat x sedar sebenarnya dah termakan seafood :P

10 malam
sohseh..sohseh..haacchum! Adoii...hidungku!!! Tiba2 teringat keropok ketam yang dah sedap2 masuk perut petang tadi. Alaa.. Menyesal pulak sebab buat2 xtau je td.. :(

6.40 pagi, 03-10-11
kali ke3 bersin dalam beberapa minit..bangun pagi2 tadi xsilap sejukk je rasa..tapi berpeeluh-peluh seluruh badan..subhanallah..hebat sungguh jika sekali ALLAH nak bagi hambanya rasa sakit..
Sambil iron baju, tanpa sedar hujan turun. Alhamdulillah..tenangnya rasa hati..

Tengah hari yang mendung, melihat diri dalam keadaan tidak sihat dan kepucatan pada wajah, serta ketidakselesaan sepanjang sesi kuliah berlangsung (kepala terbaring lesu di atas meja, nota kuliah dibiar x tercatat), seorang sahabat bagi 1 panadol soluble, ubat ?? aduii.. terima kasih sahabat, tapi aku lemah melihatnya.hehe..
Kataku: insyaAllah, kalo Allah nak suruh sihat, sekarang pun boleh sihat, tak sihat lg ni tandanya tiada izinNya lagi lah. hehe.
Katanya: Allah mengajar hamba2nya untuk berusaha mencapai sesuatu @ berikhtiar.
Apakan daya, terpaksa jua ku merasai kemanisan ubat tersebut.
Gulpp T_T


Sehingga sekarang, 10.37 malam, tiada tanda untuk semakin sembuh..semoga Allah memberi ku kesihatan yang baik dan hikmah di atas kesakitan ini. Kutetap bahagia :)


Dan buat adikku, Muhammad Multazam Bin Ahmad Roslan, SELAMAT BERJUANG menghadapi peperiksaan PMR mulai esok, 04 Nov 2011. semoga Allah memberkati usahamu dan memberi kajayaan yang cemerlang. Doa kami sentiasa mengiringi.


 p/s dari kakanda Mesir: buat yang terbaik, paling bagus dan banyak2dkatkan diri terutama dalam fatrah exam. kami kirim doa dari jauh. Salam Rindu buat semua. sori la. xdpt nk contact ali. tulis kt sni pn mcm dia baca je..hehe :)

SEMOGA BERTEMU KEJAYAAN BUAT KITA SEMUA!

No comments:

Post a Comment