Tuesday, November 15, 2011

Semua Itu Milik ALLAH..

Assalamualaikum. 

Ya, semua itu milik Allah. Kita  makhluk ciptaannya tidak patut mengeluh manghadapi sebarang kehilangan. Harta. Suami. Isteri. Anak. Malahan apa yang kita miliki dari sekecil-kecilnya sehinggalah yang sebesarnya, bukan milik kita biarpun kita tidak menyedarinya. Belajarlah untuk tenang jika kehilangan sesuatu yang berharga dan istimewa. Percayalah, nikmat itu kurniaan ALLAH. Usah kau megah dengan apa yang kau miliki sehingga sampai masa kau kehilangannya, kau tersungkur sendirian. Palingkan kepada Tuhanmu kerna denganNya lah yang engkau sombong selama ini. 

Kita hidup penuh kegembiraan. Jarang sekali masa yang ada kita ambil untuk berzikir, berfikir dan bermuhasah diri. Kerana itulah, terasa seperti sasau saat sesuatu milik yang dipinjamkan sementara untuk kita diambil oleh-Nya. 
Ya Allah, 
Tuhan yang memiliki dan menguasai hati kami, jadikanlah kami orang yang kuat. Yang mencintai-Mu setulus hati kami. Yang mendambakan cinta dan keredhaanMu dalam segenap usia ini. Yang sentiasa bersyukur dengan nikmatMu.

Ya Allah,
Ampunkanlah dosa-dosa kami, hambaMu yang lemah. Bimbinglah kami dalam mencintaiMu. Sesungguhnya, Engkau sebaik-baik pembantu dan penjaga.


Semoga Allah memberkati semua. :)

Sunday, November 13, 2011

Khas Untuk kamu!

Assalamualaikum :)

Post ini ditujukan khas untuk kamu sorang je tau.
Kamu yang suka bergurau dengan kita. 
Kamu yang suka merajuk bila kita mengusik (dan kami memang suka mengusik! Tabiat yang xleh buang antara kita. Hehe)
Kamu yang suka ajar kita semua main macam2 game.
Kamu yang kadang2 bila kita ajak main, kamu xsuka sebab nak study tapi kamu join jugak.
Kamu yang menjadi penambah seri dalam keluarga kita! 

To: Ainin Sofia aka kakteh
Ini khusus untuk kamu tau! So, please touching.heee
Esok 14 hb, kamu exam kn...please do well
Selagi ada peluang, jangan berputus asa

DOn't3 takot2 ok!
 Sure SPM adalah exam yang paling besar tapi tak bermakna ia perkara paling besar dalam hidup kita. Banyak lagi perkara yang lebih besar, SPM hanyalah ibarat salah sebuah anak tangga yang perlu didaki dalam kehidupan :) 
 Last, we wish u a veryyy GOOD LUCK! 
ALLAH BERSAMAMU, adikku.




"Man Jadda Wa Jada. Wa Man Zara'a Hasada"

Sekian, Assalamualaikum

Thursday, November 10, 2011

JALAN PULANGKU ^_^

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. 
Pas paper pertama jam 9.45 am hari ni, BM 1.
 Dah jawab dengan sebaiknya, insyaAllah. Moga2 terbukak la hati lecturerku yang menanda untuk semak dengan baiknyaa! :)

Sebelum tu, nak post lirik nasyid Jalan Pulangku
Tersentuh setiap kali mendengar lagu ini. Terasa betapa kerdilnya jiwa ini di hadapan Tuhan. 

Jalan Pulangku

Tundukku malu didepan-Mu
kernaku insan berdosa
kuadukan sesalanku apakah kan Kau terima
kesunyian ini sedarkan diriku yang lena

Tinggalkan semalam yang nanah
lantas meratap hina kan ku pada sempurna-Mu,
terpaut aku tak berpaling

Ku Bersyukur hanya padaMu tuhan kau temukan laluan bermula
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara buatku melepas dahaga

suburkan cahaya menerangi langkahku
semaikan segala kiasan indah cinta-Mu

ku Bersyukur hanya padaMu tuhan kau temukan laluan bermula
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara buatku melepas dahaga

Ku mohon kau tenangkan gusar hatiku yang rawan
bimbang Kau singkirkan taubatku
kurayu Kau hulurkan keampunan-Mu padaku
kelakku zalimi diriku

Ku Bersyukur hanya padaMu tuhan kau temukan laluan bermula
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara buatku melepaskan dahaga

Janjiku padaMu abdikan seluruh jiwa
sehingga masanya kau seru hujung nyawaku

Ku Bersyukur hanya padaMu tuhan kau temukan laluan bermula
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara buatku melepas dahaga

Tak kutemu dimanakah hentinya rayuan taubatku pada-Mu
-TAMAT-

semoga kita menggolongkan diri kita dalam orang-orang yang memperbaharui taubat,pesanan untuk diri yang berkata-kata :)
goodluck for nextnext paper! 

Sekian, Assalamualaikum