Thursday, November 10, 2011

JALAN PULANGKU ^_^

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. 
Pas paper pertama jam 9.45 am hari ni, BM 1.
 Dah jawab dengan sebaiknya, insyaAllah. Moga2 terbukak la hati lecturerku yang menanda untuk semak dengan baiknyaa! :)

Sebelum tu, nak post lirik nasyid Jalan Pulangku
Tersentuh setiap kali mendengar lagu ini. Terasa betapa kerdilnya jiwa ini di hadapan Tuhan. 

Jalan Pulangku

Tundukku malu didepan-Mu
kernaku insan berdosa
kuadukan sesalanku apakah kan Kau terima
kesunyian ini sedarkan diriku yang lena

Tinggalkan semalam yang nanah
lantas meratap hina kan ku pada sempurna-Mu,
terpaut aku tak berpaling

Ku Bersyukur hanya padaMu tuhan kau temukan laluan bermula
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara buatku melepas dahaga

suburkan cahaya menerangi langkahku
semaikan segala kiasan indah cinta-Mu

ku Bersyukur hanya padaMu tuhan kau temukan laluan bermula
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara buatku melepas dahaga

Ku mohon kau tenangkan gusar hatiku yang rawan
bimbang Kau singkirkan taubatku
kurayu Kau hulurkan keampunan-Mu padaku
kelakku zalimi diriku

Ku Bersyukur hanya padaMu tuhan kau temukan laluan bermula
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara buatku melepaskan dahaga

Janjiku padaMu abdikan seluruh jiwa
sehingga masanya kau seru hujung nyawaku

Ku Bersyukur hanya padaMu tuhan kau temukan laluan bermula
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara buatku melepas dahaga

Tak kutemu dimanakah hentinya rayuan taubatku pada-Mu
-TAMAT-

semoga kita menggolongkan diri kita dalam orang-orang yang memperbaharui taubat,pesanan untuk diri yang berkata-kata :)
goodluck for nextnext paper! 

Sekian, Assalamualaikum




No comments:

Post a Comment