Wednesday, December 19, 2012

Tahniah Awak!

Bismillah.

Assalamualaikum, Hai! :)

Alhamdulillah. Segala puji2an dan kesyukuran hanya untuk-Nya, Tuhan sekalian alam, maka bersyukurlah dengan setiap kesyukuran dan  musibah yang kita peroleh. Sesungguhnya, kata alim ulama, orang yang beriman itu adalah mereka yang apabila diberi nikmat mereka bersyukur, jika mendapat kesusahan, mereka bersabar. Subahanallah. Semoga kita sama2 diberi kekuatan untuk itu. 

Hari ini, result PMR diumumkan. Dan kebetulan mendapat maklumat dari sebuah blog cikgu yang mengatakan jumlah pelajar yang mendapat semua A adalah menurun. Benarkah? Hehe. aku pun xpasti, stakat baca tajuk je, malass. hehe. Apa pun, tahniah untuk adikku yang berjaya 9A. Semoga Allah memberkati usaha dan kejayaan yang diperoleh. 

Alhamdulillah. Berturut2 kegembiraan yang ku peroleh. Kejayaan adikku UPSR, kemudian kejayaanku dalam exam sem lepas dan kemudian adikku yang PMR ini. Allah, semoga Engkau merahmati kami dan menjadikan umat yang berjaya. Amiin. 

#Baiknya Allah. Dikala hatiku merindukan-Nya, Dia menunjukkan dengan memberi ketenangan dan kegembiraan buat ahli usrahku. 
#Hari ni kaklong balik ke Mlaysia, pasti sebak nak meninggalkan bumi Mesir. Teringiin skali ke sana. 

Till Here.
Sincerely,
Khodijahroslan

Monday, December 17, 2012

Berfikirlah! Manusia tidak rugi!

Bismillah. 

Assalamualaikum saudara, saudari seluruh insan yang dikasihi Allah S.W.T :)

Berkira-kira sama ada nk update blog ataupun x. Rasa malas dan xperlu pun sebenarnya sbb blog ni bukanlah bahan bacaan yang dikhususkan untuk bacaan umum. Sekadar bercerita dan bersembang dengan hati sendiri. Dan kadang-kadang hanya menyampaikan berita dan suasana untuk mereka yang jauh menyeberangi Sungai Nil. Dan sedikit sekali meyelitkan nasihat dan teguran. Astaghfirullah. Semoga Allah mengampuni.

Melewati umur 20-an ini, terasa sekejap sangat masa berlalu dan lebih kurang 2 minggu lagi 2013 bakal menggantikan tahun ini. Serius penuh kenangan, suka duka, pahit manis, dan pelbagai memori yang sangat berharga. dan semestinya ada sesuatu yang ingiin sangat aku simpan rapi2. macam nak taruk dalam kotak. saletip kuat-kuat, ikat kotak, letak kotak dalam beg, lockkan beg pastu letak dalam beg plastik hitam dan campah kat tong sampah majlis daerah. Huhu. Allah. apalah dayaku, segigih mana pn aku menyorok dan cuba lari dari perkara tersebut, ingatlah, Allah itu Besar, Dia Maha Melihat, Dia Maha Mengetahui. Dan Dia tau apa yang kita sorokkan dan apa yang kita zahirkan. Sesungguhnya Dia yang mengetahui di sebalik hati2 manusia. 

Allah. Terima Kasih kerana membuat aku berfikir. Terima kasih kerana masih memberi aku peluang untuk memperbaiki silap yang selama ini aku buntu dan terlalu mengharapkan bantuanMu. 2 tahun berfikir, 2 tahun aku keresahan, bimbang dan risau mana yang betul dan mana yang silap. 2 tahun mengadu padaMu, 2 tahun menanti jawapan, Alhamdulillah pengakhiran 2012 Kau memberiku satu rasa yang sangat aku bersyukur. Terima kasih Allah.

Benarlah, 
Allah tidak memberi apa yang kita mahu, tapi Allah memberi apa yang kita perlu. Kekuatan. Mungkin Allah memberi aku masa untuk berfikir dan membina kekuatan agar selepas ini aku bisa kuat  menahan cubaan dan bisa berfikir dalam membuat keputusan. Allah.. aku yakin selangkah aku dekat padaMu, 1000 langkah Kau menghampiriku. Aku yakin Engkau dekat dengan hambaMu. Maka Ya Allah, sentiasalah bersamaku. Jangan sekali Kau biarkanku sendirian tanpa cintamu. Sesungguhnya, Cintamu adalah hayatku.

#menghabiskan sisa cuti untuk keluarga, terus belajar jadi baik dan bebaskan diri dari cinta dunia!
#Berilah kekuatan kepada pejuang Gaza di Palestin dan perjuangan Islam di Malaysia. Ameen.

Sincerely,
khodijahroslan

Wednesday, July 18, 2012

Ya Ramadhan!

Bismillahirarahmanirrahim.
Assalamualaikum semua! :)

Kaifahalukum? Hope sehat2 selalu la ye.tambah lagi menantikan kedatangan bulan penuh keampunan yang bakal menjelma beberapa hari je lagi, almost 2 days only. Semoga bertambah2 sihat dan teruja!
Hari ni kak long n kak yang coming back to Malaysia.Tp xdpt berjumpa lg, mybe this wekend cos aku pn nk balik rumah. menyambut ramadhan bersama org tersayang la katakan.hehe. lama x berjumpa, sure dah gemuk2 belaka. kikikih.

Berbicara isu ramadhan, sangat menyentuh hati saya. Mengingati bulan ini, sangat menggamit rindu pada Allah dan kekasihNya. Betapa Ar-rahim nya Dia sehingga menjadikan bulan ini satu bulan keampunan. Ditutup pintu neraka, dan dibukakan pintu syurga seluas-luasnya. Memberi harapan kepada manusia untuk kembali bergantung harap kepadaNya setelah lama alpa. Tiada syaitan yang dibebaskan ketika ini, maka, tiada hasutan yang dengki dengan kebaikan manusia. Kata ustaz saya, pada bulan inilah masanya kita mngenal diri kita yang sebenar, tiada lagi penghasut umat yang setia. sesiapa yang masih punya unsur kejahatan dalam dirinya pada bulan kebaikan ini, itu bukanlah hasutan syaitan, tetapi diri manusia itu sendiri. Maka,  waspadalah dan berusaha la memperbaikinya. Usah lagi biarkan sifat yng tidak baik subur dalam hati dan sifat kita, malah gantikan ia dengan sifat-sifat mahmudah, sabar, pemurah, hormat orang lain dan sebagainya. 

Menanti kedatangan Ramadhan kali ini sangat menyentuh hati saya. rindu menggamit membuatkan diri  tidak sabar dengan pertemuan ini. Semoga Allah memberi kesempatan. Ramai insan lain yang berharap bertemu dengan ramadhan ini, namun takdir itu hanyadi tangan Allah. Al-Fatihah buat pakcik Idris yang baru sahaja kembali ke rahmatullah beberap minggu lalu. Arwah seorang yang sangat baik dan berjasa kepada maktab. Semoga Allah menghitung amal baiknya dan memberi maghfirah kepada nya. Ameen.

"Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanandan berkira-kira(untuk mencari keredhaan Allah), maka diampunkan dosa-dosanya yang lepas"
-HR Bukhari dan Muslim-

Ahlan Wasahlan ya Ramadhan!

Sincerely, 
khodijahroslan

Sunday, May 27, 2012

semua rajin2

WAHH! this is awesome!
Asssalamualaikum. Hyep2!
Weekend yang penat.

Mummy tengah mengecat rumah.

Aqis yang malas pun tengah nak cucu akuarium yang dah xnampak ikan pun kt dalam. Si gebu yasin datang membantu. yeyeahh.

Kakteh, preparing her stuff for tomorrow. Registering for matriculation. Good luck babe!

Tok yang xberapa sihat pun sibuk jugak nk buat kerja. Mula mencari martun lama nak baiki tandas atas yang x berapa nk betul sikit. Yasin lagi yang datang membantu. mengheret martun buruk dan paku memulakan kerja menukul.

Aku masih di atas katil.ngeee~
dah buat keje ok,but not too much..keadaan yang x berapa nak sihat membuatkan terbatas. Tapi ok la, dua bilik kat atas siap dengan cantikk! Yeahaaa! Aqis jugak yang bantu walaupun penat memaksa.hihihi

Ayah berehat jugak setelah berhempas pulas dari pagi(dari pagi semalam sebenanya) menyiapkan simen di luar dan tertido kenyang makan kenduri.hehehe.

Ali. ??? dah penat tolong ayah semalam.so, hari ni dia mintak cuti.haha.ada ke patot. *jgn percaya okay.

Opps. ASAR. >>>>
BERHENTI. >>>
SOLAT. >>
REHAT. >
SAMBUNG~

Sudah Cukup Sudah.
Till Here, Sincerely,
khodijahroslan


Thursday, April 5, 2012

The way you choose your life



"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan kamu suatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang pedih? (iaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya, serta kamu berjuang pada jalan Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itu lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahuinya. (dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam syurga "Adn". itulah kemenangan yang besar.
Surah as-Saff :10-12

Assalamualaikum. Hai semua! :)

Your life, you choose. Her life, she choose. His life, he choose. Then, my life, I choose!
Oh Allah. help me in everything I have decide. I have brain that You give, please, guide me. I love You. and always want to be with with You. Please. be with me forever.
Kata kak yang. Allah sentiasa bersama, manusia yang menjauh. Benar, jauh di sudut hati sangat menyetujui. :)

Cukup sampai sini. Semoga Allah merahmati semua.

Yang benar,
khodijahroslan


  

Friday, March 30, 2012

Here my biggg grin :D

Assalamualaikum. Hai! :)


its me. yeyeahh!

cuba tengok betul2 makhluk smiley di atas. Rasanya is he or she really happy? i thought he/she isn't. ehehe suka hati je..sebenarnya aku tanya camtu sebab ingin memberitahu apa yang aku rasa.faham x ayat kalau full macam ni? mane tau kita2 ni asyik shortform jee sampai dah xreti kan..ada ke?huu.ntah~

Sebenarnya today, yesterday,yesterday yesterday, and before yesterday, before before yesterday.huhu pokoknnya dalam seminggu dua ni, i feel very2 xtau nak cakap sedih ke ape. tapi rasa macam nak pergi ke satu tempat tenang sangatt yang x ada orang n i want to sit there. alone. and i want to cry to Allah, to tell Him that i really2 in a big problem. but i know He is the biggest ever. not a problem actually, just my feeling that not in the mood. 

But. but. hehe. but today i feel some relax even though in the morning im not really. I cant describe it but im sure u can feel it when we feel that we have nobody around to cry or to tell but when we turn to Allah, we feel the joy and happiness. Thats it! Yeah.

Thank You Allah. I love You. Please let me love you with all my heart forever.
You are my everything. Mmmuah! eeh! hehe sign to> Alhamdulillah. :p



and. terima kasih mak ayah. mak cakap mak nak datang tengok anak mak yang solehah ni. hehe. amiin. Terima kasih mak, ayah! Harap2 jadi la, kalo x > T__T

Minggu ni sangat free. No! jgn melapangkan diri kerana masa lapang itu pembunuh dalam senyap. Jadikan masa yang ada untuk mencari ilmu. Baucer buku kn dah guna,yey!! :)

Till here.
Sincerely,
khodijahroslan

Monday, March 26, 2012

muhasabah diri~

Assalamualaikum.  :)

Haii la sibuknya dua tiga minggu nih! Memang penat sangat2 n kadang2 rasa nak mengeluhh sangat. T__T Mujurla terdetik hati ni untuk buat la sesuatu dengan IKHLAS, ikhlas itu dari hati. hati milik kita, hanya kita yang boleh bentuknya. Ada ikhlas,pasti semuanya indah~ Alhamdulillah.. smile lebar lagi :D

Masa sibuk ni la kadang2 manusia yang bersifat 'nisyan' ni lupa..lupa yang waktu2 macam ni la mudahnya mendapat pahala, dekatnya keberkatan Allah dengan kita. Pastilah! sebab biasanya waktu2 lapang kita, banyak diisi dengan perkara lagho..btul x? cuba kita fikir2 balik, muhasabah balik, cukupla kita tengok sehari dalam hidup kita, pagi, kalo ada kelas kita bangun, siap awal, kadang2 bangun lambat mulalah kalut nak bersiap, langsung lupa untuk membuka surat cinta Allah yang indah, kalamnya yang suci.. bila balik kelas kita penat, baring dan tertido..xpun kalo ada kawan..besembang panjang2..beesembang pasal orang pulak tu. Nauzubillah.. lepas borak, nak g makan lagi, malam nak buat kerja untuk esok pulak.. Masyaallah.. sia-sianya masa kita.. 

Sebab tu la waktu sibuk ni, jom la kita amik kesempatan nak mendekatkan diri kita semula dengan Dia. Paling kurang pun, bila terasa penat, ucaplah alhamdulillah, kita masih diberi kesempatan ada dalam dunia ni untuk melakukan tugas2 kita, atau jika rasa x mampu nk buat semua kerja sekalipun, mohon la pada Allah..agar Dia permudahkan. kan Allah sangat suka kita meminta padaNya.kerana itu tanda kita sentiasa mengharapkan pertolongan Dia yang Maha Pemurah. InsyaAllah. apa yang penting, ayuh sama kita betulkan niat dalam bekerja! hatta sekecil2 pekerjaan sekalipun.  

innamal a'malu binniah: sesungguhnya setiap amal itu bermula dengan niat.

Jom bekerja kerana Allah yakin kita kuat. 
Jom belajar kerana Allah nak kita banyak menguasai ilmu.
Jom gembira kerana Allah sentiasa menilai keikhlasan.
Jom bersedih kerana kadang2 kita xmampu melakukan yang sempurna, hanya kekuatan Dia mengatasi segala.
Jom betulkan niat semuanya kerana Dia, cinta hati kita.
Allah! Semoga Engkau memudahkan segala urusan kebaikan kami. Pelihara mak, ayah, kakak2, adik2, tok opah, sedara2, kawan2, cikgu2 n semua muslimin muslimat walau di mana mereka berada.

*minggu depan g pangkor. Harap2 peristiwa Pangkor dulu tak berulang lagi. xmau3 o.o


Till here.
Sincerely,
khodijahroslan


Thursday, March 15, 2012

All praise to HIM

Assalamualaikum. Hai semua! :)
 
1st of all, praise to Allah whom He is the one who help me in everything. Hari ni siap 1 assigment. Legaa nya rasa hati. Ada lagi 2 menanti + refleksi yang tertangguh berminggu-minggu. Semoga Allah beri kemudahan dalam setiap urusan. InsyaAllah..

TADAAAA!!!~
Seperti yang dijanjikan, sekarang saya nak upload gambar 1st day kami ke Penang hari tu.
Lihatlah dengan mata hati sebagaimana insan-insan melayari layar kehidupan dengan  mata hatiyang terang. :D

excited baru masuk pintu pagar ALMA :p

Farhana, Asma : both of them are blind. tp sgt mnghiburkan (",)

braille.

they happy with us

Jecqline with Elvin :)

kelas belajar tongkat. yg rabun sentiasa mempersiapkan diri. pity them.wuuu

good girl - darjah 6

rabun teruk- xpenah tgok somebody yg menulis @ membaca sgt rapat dgn buku

font dyorg besarrr

kami memang excited bila nak tulis nama dalam simbol braille ^^

peta malaysia yang timbul untuk blind student

contoh simbol braille

Thats all for now. byk lg gmbr, tp lmbt sgt nk upload.

p/s: jom sama2 mendoakan umat Islam semakin cemerlang. Yang buta celik hatinya. Yang celik bertambah celik lagilah! :D

Tuesday, March 13, 2012

Special lah

Assalamualaikum. Hai semua! :)
Bersua kembali setelah lama tanpa khabar. Tiba2 rasa rindu pulak nak menaip kat blog buruk ni. kihkihkih. Sory myblog :p

Actually, there's many things happened all this time. Yang sedih ada. Yang menarik and awesome pun ada! Sepanjang sem baru dan tahun 1st dalam ijaazah ni, banyak perkara yang aku belajar especially dalam bidang pendidikan khas. Daripada tak tahu apa menjadi chenta :)

22/23 Februari - aku n my coursemate (Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran) adakan trip berilmu ke Penang. Yea.. penang mali~. 2 hari. Bermalam di recsam dekat dengan kampus IPG Persekutuan Pulau Pinang (singkatannya 14P orng panggil). Lecturer yang bertanggungjawab jaga kami Dr. Anuar and my tutor, En. Kamarul Bahrin. Very nice trip. 

1st day. Bertolak dalam 8 a.m x silap dengan bekal breakfast and lunch. Kami pergi ke Sekolah Kebangsaan Alma Pulau Pinang. Sebuah sekolah terawal untuk program pend.khas masalah penglihatan. From this journey, i just knew that sekolah ni banyak memberi sumbangan dalam melahirkan kanak-kanak yang bekeperluan khas ni menjadi pelajar-pelajar yang cemerlang. Hebat. Walaupun buta or masalah penglihatan, they still can achieve the result same with some normal child. Excellent! 

Too many too tell. Memang x habis kalau nak bercerita kat sini. Dari segi life style dyorg yang. Cara belajar and how they adapt themselves in the school. Kalau tengok dengan mata kepala kita sendiri, sungguh sayu + syahdu sangat tengok. Ada yang masih kecil dah duduk jauh ngan parents. wuuu T__T

Lagi, ada jugak tengok one boy yang baca quran n taranum. WAHH! memang sedap. walaupun menggunakan tangan yang teraba-raba pada tulisan braille, tp lancar dan merdu alunan ayat al quran dilafazkan. and this boy always being among the top in national tilawah competition. Should he!

Itu satu hal. Hal yang lainnya, ada yang rabun (berisiko menjadi buta). They hold  the blinds' hand and help them along the way.. sweett sangat! Kalo tengok tv pulak, dyorang akan cter ape yang jadi kepada yang blind ni. Best kan? Walaupun x dpt melihat, kasih sayang terjalin erat. Semoga ALLAH merahmati :)

X habis lagi. Baanyak lagi. xpe. Pictures tell everything. ;)
here some pictures about them >>

Uhh lambat pulak nak upload picture2 ni  :(
Nak maghrib pulak. Jawapannya, To be continue lahhh.............
daaa~

Assalamualaikum-