Monday, March 26, 2012

muhasabah diri~

Assalamualaikum.  :)

Haii la sibuknya dua tiga minggu nih! Memang penat sangat2 n kadang2 rasa nak mengeluhh sangat. T__T Mujurla terdetik hati ni untuk buat la sesuatu dengan IKHLAS, ikhlas itu dari hati. hati milik kita, hanya kita yang boleh bentuknya. Ada ikhlas,pasti semuanya indah~ Alhamdulillah.. smile lebar lagi :D

Masa sibuk ni la kadang2 manusia yang bersifat 'nisyan' ni lupa..lupa yang waktu2 macam ni la mudahnya mendapat pahala, dekatnya keberkatan Allah dengan kita. Pastilah! sebab biasanya waktu2 lapang kita, banyak diisi dengan perkara lagho..btul x? cuba kita fikir2 balik, muhasabah balik, cukupla kita tengok sehari dalam hidup kita, pagi, kalo ada kelas kita bangun, siap awal, kadang2 bangun lambat mulalah kalut nak bersiap, langsung lupa untuk membuka surat cinta Allah yang indah, kalamnya yang suci.. bila balik kelas kita penat, baring dan tertido..xpun kalo ada kawan..besembang panjang2..beesembang pasal orang pulak tu. Nauzubillah.. lepas borak, nak g makan lagi, malam nak buat kerja untuk esok pulak.. Masyaallah.. sia-sianya masa kita.. 

Sebab tu la waktu sibuk ni, jom la kita amik kesempatan nak mendekatkan diri kita semula dengan Dia. Paling kurang pun, bila terasa penat, ucaplah alhamdulillah, kita masih diberi kesempatan ada dalam dunia ni untuk melakukan tugas2 kita, atau jika rasa x mampu nk buat semua kerja sekalipun, mohon la pada Allah..agar Dia permudahkan. kan Allah sangat suka kita meminta padaNya.kerana itu tanda kita sentiasa mengharapkan pertolongan Dia yang Maha Pemurah. InsyaAllah. apa yang penting, ayuh sama kita betulkan niat dalam bekerja! hatta sekecil2 pekerjaan sekalipun.  

innamal a'malu binniah: sesungguhnya setiap amal itu bermula dengan niat.

Jom bekerja kerana Allah yakin kita kuat. 
Jom belajar kerana Allah nak kita banyak menguasai ilmu.
Jom gembira kerana Allah sentiasa menilai keikhlasan.
Jom bersedih kerana kadang2 kita xmampu melakukan yang sempurna, hanya kekuatan Dia mengatasi segala.
Jom betulkan niat semuanya kerana Dia, cinta hati kita.
Allah! Semoga Engkau memudahkan segala urusan kebaikan kami. Pelihara mak, ayah, kakak2, adik2, tok opah, sedara2, kawan2, cikgu2 n semua muslimin muslimat walau di mana mereka berada.

*minggu depan g pangkor. Harap2 peristiwa Pangkor dulu tak berulang lagi. xmau3 o.o


Till here.
Sincerely,
khodijahroslan


No comments:

Post a Comment