Monday, December 17, 2012

Berfikirlah! Manusia tidak rugi!

Bismillah. 

Assalamualaikum saudara, saudari seluruh insan yang dikasihi Allah S.W.T :)

Berkira-kira sama ada nk update blog ataupun x. Rasa malas dan xperlu pun sebenarnya sbb blog ni bukanlah bahan bacaan yang dikhususkan untuk bacaan umum. Sekadar bercerita dan bersembang dengan hati sendiri. Dan kadang-kadang hanya menyampaikan berita dan suasana untuk mereka yang jauh menyeberangi Sungai Nil. Dan sedikit sekali meyelitkan nasihat dan teguran. Astaghfirullah. Semoga Allah mengampuni.

Melewati umur 20-an ini, terasa sekejap sangat masa berlalu dan lebih kurang 2 minggu lagi 2013 bakal menggantikan tahun ini. Serius penuh kenangan, suka duka, pahit manis, dan pelbagai memori yang sangat berharga. dan semestinya ada sesuatu yang ingiin sangat aku simpan rapi2. macam nak taruk dalam kotak. saletip kuat-kuat, ikat kotak, letak kotak dalam beg, lockkan beg pastu letak dalam beg plastik hitam dan campah kat tong sampah majlis daerah. Huhu. Allah. apalah dayaku, segigih mana pn aku menyorok dan cuba lari dari perkara tersebut, ingatlah, Allah itu Besar, Dia Maha Melihat, Dia Maha Mengetahui. Dan Dia tau apa yang kita sorokkan dan apa yang kita zahirkan. Sesungguhnya Dia yang mengetahui di sebalik hati2 manusia. 

Allah. Terima Kasih kerana membuat aku berfikir. Terima kasih kerana masih memberi aku peluang untuk memperbaiki silap yang selama ini aku buntu dan terlalu mengharapkan bantuanMu. 2 tahun berfikir, 2 tahun aku keresahan, bimbang dan risau mana yang betul dan mana yang silap. 2 tahun mengadu padaMu, 2 tahun menanti jawapan, Alhamdulillah pengakhiran 2012 Kau memberiku satu rasa yang sangat aku bersyukur. Terima kasih Allah.

Benarlah, 
Allah tidak memberi apa yang kita mahu, tapi Allah memberi apa yang kita perlu. Kekuatan. Mungkin Allah memberi aku masa untuk berfikir dan membina kekuatan agar selepas ini aku bisa kuat  menahan cubaan dan bisa berfikir dalam membuat keputusan. Allah.. aku yakin selangkah aku dekat padaMu, 1000 langkah Kau menghampiriku. Aku yakin Engkau dekat dengan hambaMu. Maka Ya Allah, sentiasalah bersamaku. Jangan sekali Kau biarkanku sendirian tanpa cintamu. Sesungguhnya, Cintamu adalah hayatku.

#menghabiskan sisa cuti untuk keluarga, terus belajar jadi baik dan bebaskan diri dari cinta dunia!
#Berilah kekuatan kepada pejuang Gaza di Palestin dan perjuangan Islam di Malaysia. Ameen.

Sincerely,
khodijahroslan

No comments:

Post a Comment