Wednesday, December 19, 2012

Tahniah Awak!

Bismillah.

Assalamualaikum, Hai! :)

Alhamdulillah. Segala puji2an dan kesyukuran hanya untuk-Nya, Tuhan sekalian alam, maka bersyukurlah dengan setiap kesyukuran dan  musibah yang kita peroleh. Sesungguhnya, kata alim ulama, orang yang beriman itu adalah mereka yang apabila diberi nikmat mereka bersyukur, jika mendapat kesusahan, mereka bersabar. Subahanallah. Semoga kita sama2 diberi kekuatan untuk itu. 

Hari ini, result PMR diumumkan. Dan kebetulan mendapat maklumat dari sebuah blog cikgu yang mengatakan jumlah pelajar yang mendapat semua A adalah menurun. Benarkah? Hehe. aku pun xpasti, stakat baca tajuk je, malass. hehe. Apa pun, tahniah untuk adikku yang berjaya 9A. Semoga Allah memberkati usaha dan kejayaan yang diperoleh. 

Alhamdulillah. Berturut2 kegembiraan yang ku peroleh. Kejayaan adikku UPSR, kemudian kejayaanku dalam exam sem lepas dan kemudian adikku yang PMR ini. Allah, semoga Engkau merahmati kami dan menjadikan umat yang berjaya. Amiin. 

#Baiknya Allah. Dikala hatiku merindukan-Nya, Dia menunjukkan dengan memberi ketenangan dan kegembiraan buat ahli usrahku. 
#Hari ni kaklong balik ke Mlaysia, pasti sebak nak meninggalkan bumi Mesir. Teringiin skali ke sana. 

Till Here.
Sincerely,
Khodijahroslan

2 comments: