Friday, October 18, 2013

Keluarga Baru ;')


Bismillah. 
Alhamdulillah ala kulli hal wa 'ala kulli ni'mah.

Selesai exam kecik. Smg Dia bg yang terbaik :')
Hari ni nak cerciter pasal famili yang aku baru dapat. Do not overthinking, bukan famili mertua etc k. =P
Ni famili angkat yang Allah aturkan utk aku masa program anak angkat kat Kampung Belum Baru, about 20 minutes je dari rumah sebenarnya but but suasana dia jauh beza dari kampung aku. Awesome. Sungguh tak tipu. tak caya cuba pergi. hihi. 

Kitorang sampai je kat sana tengah hari Jumaat, hujan. memang berdabar sampai nak nangis nk jumpa famili angkat. pasaipa xtau. hihi. kecut perut. 

***

 Me & Kai Sin. kitorang serumah tapi sedihnya petang Jumaat tu jugakla dy tinggal aku sensorang ngn famili baru tu sebab ada tournament. Sedih baq hangg! hukk. tapi sebelum dia balik sempatlah kitorang spend masa keliling kampung nek moto. Dia la yg bawak. syiokk gila. festime aku nek moto x payah pegang org depan coz kitorong nek scooter. even dy bawak laju jugak aku rasa agak selamat sampai siap boleh depang tangan lagi haha! bangga ^.^

haaa ni dia punya syok meronda. at last jumpa jalan mati n rupanya rumah angkat kwn kitorang. kalo x, entah hala mana lagi kami meronda. hihi.
yg tengah tu adik tiri (angkat) kami. mekda namanya.
  *******

bila dipikirkan balik, terlalu banyak untuk diabadikan. banyak aktiviti yg kitorang bt sesama. pergi pekan beli barang, mandi air terjun, pergi pasar, bersukan, memasak n memacam. so, here some pics. poeples said, its tell everything ;)

Lata Lawin. Sejukkkkkk tahap apa lagi!








































we love u.
mak and suriati. they threat me nicely. seriousss!
majlis perpisahan keluarga angkat. dah nak balik.
ni keluarga besar I. Kiri sekali keluarga isteri 1st. Yang kanan sekali 3rd wife. means, saya anak angkat isteri kedua ;)
terbaekkkk!

sy sgt takut dgn ayah. bila ditanya sepatah, saya jawab sehuruf. *overrr
"ok ke semua kat sini?"
-ok!-

adik beradik tiri (angkat okayyyy)
jauh utk mnjadi reality! haha.
*beberapa orang sedang tidur.
*****

OK. Ni dia kelurga baru saya. keluarga besar. Isteri keempat x ada, ada dekat hometown dia, baru dapat baby tembammm ;)


Ya Allah, jadikan pertemuan ini pertemuan yang Engkau berkati. Jadikan ukhwah dan silaturrahim ini satu rahmat buat kami. Pelihara hati2 kami dan jauhkan kami dari berpaling dari rahmat dan kasih sayang-Mu. Jagakan mereka dalam jagaan-Mu wahai Tuhan yang Maha Memelihara. Fi hifzillah kalian. Sampai bertemu lagi. *dekat je ponggggg ^-^

?? 
OPPPSSS! flash! tukar setting pleaseee wehuuu
PUBLISH!

Monday, September 30, 2013

Minum petang

Bismillah. 
Wahhh lamanya x tengok beloggg. kinda miss much good notes and tazkeera inside here and there.
Kesibukan. Nama pon pelajar. sibuk tu memang ada and perlu ada. kalo tadek tu, ada silap la kat memana. hihu. 

Alhamdulillah, baru selesai BIG 3 hari 2 malam minggu lepas. Banyak cerita aku nak abadikan kisah beranak angkat ni kat everymoment ni agar nanti bila aku baca, aku ingat balik memori tu. InsyaAllah next next next post. tengok la kalau ada kelapangan. Seriously, banyak benda aku belajar. Nice moment. Thanks Allah for everything you  have planned for me. Alhamdulillah. :)

me and Kai Sin. Mak ktorg yang berbaju n tudung PURPLE. Siamese :')

pic credit tu sis anne nha. 

OK. tu hanya pengenalan. Malas amik masa panjang utk cerita pasal famili angkat yang complicated. haha. sebab banyak kerja penting yang perlu dilaksanakan dulu. 

TO DO -----> 

1. PJ
- Penulisan Ilmiah
-RPH
* make sure by this wednesday. haaaaa???!!

2. EDU
-Study utk UAK.
*fully ready on this friday. 

pehhhh. amik la kau khodijah. 2 task penting utk sem ni. kau masih ingt nk update blog? masih ingt nak main2 lagi? taubatt please. use time wisely.

Allah. La hau la wa la quwwata illa billah. 
Allah, tiada daya ku melainkan dengan kekuatan-Mu.
Maka, bantulah hamba-Mu yang serba lemah ini. :'(

Salam Sayang buat mak ayah kakak2 n adik2 yang sangatttt dirindui. Allah, sampaikan rindu ini pada mereka sehingga merasai apa yang aku rasa. Sungguh teramat rindu. Jagakan mereka untukku. 

#habis minum petang. 
PUBLISH! :')

Saturday, August 31, 2013

Terbelenggu @ Dibelenggu ?

Bismillah. 
Kebelakangan yang sibuk sejak ramadhan hingga penghujung syawal. sekejapnya masa berlalu. Xsedar semakin hari aku kini dimamah usia. hohoho. Semakin hari semakin dekat dengan tarikh itu. Allah beri aku kesihatan yang baik untuk aku meningkatkan ibadah pada-Mu. 

Merdeka Raya!
Terasa seperti 31 Ogos tahun ini adalah yang paling hambar buat aku. Mana x nya, Ambang merdeka aku berada di bilik keseorangan. Teringat pulak kenangan zaman sekolah, aku la paling semangat mengibar bendera kalo boleh paling tinggi skali tapi apa kan daya, aku paling comel skali.. sampai bila pon impian yang satu ni x akan tercapai. iskk. iskk. Apepon ni bukan motif utama. Utamanya adalah sejauh mana pengertian kita terhadap merdeka. Ya alhamdulillah, kita kini bebas dari kuasa penjajah. Bebas dari mengikut telunjuk mereka. Kita bebas menjalankan aktiviti kita dengan aman. Kita bebas dari seksaan dan paksaan. 

Alhamdulillah untuk semua itu. Sewajarnya kita x lupakan mereka yang pernah berada dalam perjuangan untuk mengecapi kebahagiaan ini. Bukan stakat wajar, tapi perlu. Pengorbanan dan usaha mereka sangat memberi kesan kepada kehidupan kita pada hari ini. Masih aku ingat cerita opah, cerita tok berkenaan pengalaman mereka. Saat berumur lingkungan 6 tahun mereka diberi kehidupan yang tragis aku kira. Ya. kata opah, mereka tidak dibenarkan ke sekolah untuk mengaji, terpaksa bersembunyi di belakang pokok, pergi ke sekolah pemerintah jepun dan setiap pagi menyanyikan lagu Kebangsaan mereka. (teringat tok menyanyi lagu tersebut. hihih). 

Alhamdulillah, kta kini bebas dari semua itu. Kita kini dah merdeka. Ya merdeka secara fizikalnya. Tiada yang cedera, diseksa dan dipaksa. Syukur :')
Tapi hakikatnya, semakin lama kita merdeka, semakin terbelenggu pula jiwa kita. Semakin lama berada dalam kesenangan, semakin sukar pula kita mengikut syariat. Walaupun x dipaksa untuk mengikut telunjuk penjajah itu, semakin rela pula kita mentaati mereka. Allahu akbar. kepada-Mu kami memohon ampun.

Bila berborak dengan kaklong dan syg2 yang lain berkenaan 'hebat'nya dunia kini, masing-masing melahirkan kerisauan. Tiada kata yang dapat digambarkan. Allahu. 

"Allah, jangan kau jadikan diri kami ini terbelenggu dan dibelenggu dengan dunia. Jadikan jiwa kami ini bebas dari nafsu yang merosakkan"

Lindungilah kami untuk menjadi soleh dan solehah, mukmin dan mukminah. Lindungi kami dari perkara-perkara yang melalaikan kami. 
Dari suka mengikut nafsu malas untuk bersenang lenang dan lupa pada-Mu.
Dari hilangnya rasa malu bergaul lelaki dan wanita ajnabi tanpa keperluan. 
Dari rasa mudah dan selesa mendedahkan aurat kami.
Dari berfesyen yang langsung tidak mengikut syariat-Mu
Dari tidak menjada maruah diri sebagai wanita Islam.
Dari tidak menghormati dan mentaati ibu dan ayah.
Dari rasa sukar mengikut perintah-Mu.
Dari rasa sombong, takbur, ujub dan sum'ah. 

Dan dari segala perkara yang menjauhkan kami dari makrifat dan redha-Mu.
Allah. bantu kami Ya Allah. La haula wa la quwwata illa billah. 
Jangan biarkankan kami dibelenggu dan terbelenggu dengan diri kami sendiri. 
Merdekakan jiwa kami agar terus mengikut syariat-Mu. 
Sesengguhnya, dari Engkau kami datang dan kepada Engkau kami kembali.


#Salam Hari Kebangsaan ke-56

Friday, July 19, 2013

Ketuk-Ketuk Ramadhan

Salam Jumaat. Salam Ramadhan Kareem. 

Sedar x sedar hari ni, dah hari ke-10 umat Islam berpuasa. Acanerr?? Everything okay? Ada tebuk2 x puasa tu? haa haa jawab! ekeke.

Apapun, Alhamdlillah Allah bagi kIta kesempatan utk sampai ke fasa ke-2 bulan Ramadhan, fasa pengampunan. Jadi, kalo rasa2 mood Ramdhan ni dah makin nk jatuh, cepat2 la cover. Rugi. Rugi sgt kalo kita lepaskan peluang ni. Mana tau Ramadhan tahun depan bkn milik kita lg.. kan? 

;D

****
Haa. Apa main ketok2 ramadhan ni? Ekcerli, tadi Helwi mengadakan slot Ketuk-Ketuk Ramdhan untuk Bicara Muslimat minggu ni. So, kitorang dah buat Cornflakes madu. Anyamnyamm. Puasa puasa. 


Sejujurnya, baru aku reti buat cornflakes madu ni. >.<

With cheffsss.

To tell the truth, even dek beradik aku mostly wanita-wanita yg ayu lagi solehah, tapi bab memasak janganlah bagi kitorang ye. lebih-lebih lagi aku ni ha.. kecuali la nak rasa masakan aku dgn resipi hentam keromo. Perfect! Perfect k! Sedihh sebonarnye. Xpe3. keep fighting ye. 

Hah, ok lah. 
Kalo sesape nak belajar memasak, meh la join Bicara Muslimat. At least ada la jgk serba sedikit ilmu ni. hehe.

*tak sabar nak rasa cornflakes hasil tgn aku sniri. no jealoous yea! :P

Tuesday, July 16, 2013

penat. pening. blurr. fedappp.

Sabar ya Khodijah yg comell. uhukk uhukk. Macam mana nk jadi solehah kalo benda sikit pun dah merungut. Haa kann kan. Sabar k?! 



Jangan sedih ye sayang, ingat la, sesiapa pun kita, tua muda, kesilapan tu x pernah lari. Jangan marah, sebab kita sendiri pun sering juga cuai. Ingat semuanya ujian Allah pada diri. Think positive and shuuhh shuuhh all the bad feeling. Owraitt?!

Buang semua prasangka buruk, marah, and etc. Lebih2 lagi dy banyak berjasa pd kita, clean your heart, Allah will always be with u.


YESSS!

smile 
(^^,)v

Tuesday, July 9, 2013

Ahlan, Ahlan ya Ramadhan

Bismillah.

Beberapa jam je lagi, Ramadhan yg Mulia nk menjengah umat2 Islam. Bulan keampunan, bulan penuh keberkatan. Allah dah bg peluang, moga kita dapat meningkatkan kualiti ibadah kita sepanjang Ramadhan ini. Moga2. Ameen. 

Amatlah digalakkan sebelum sampai bulan Ramdahan ini, kita mempersiapkan diri dengan solat-solat taubat, agar diri dan hati kita suci, menjadi lebih segar bugar untuk meneruskan momentum Ramadhan ini. Dan jugak, amik lah kesempatan ini utk mintak maap kepada sesiapa shj, moga2 kita bebas dari dosa dgn manusia yang semestinya banyak menggangu ruangan hati dan ibadah kita.

Sempena memasuki ambang bulan penuh kemuliaan ini, jom sama2 kita berdoa dengan seikhlas hati yaa!

'Allahumma salimni ila Ramadhan, Allahumma sallim li Ramadhan, Wa tusallimuhu minni mutaqabbala'

Maksudnya: 
Ya Allah, sampaikanlah aku ke bulan Ramadhan, Ya Allah sempurnakanlah buatku akan ramadhan, dan Engkau sempurnakanlah Ramadhanku dengan segala amalan yang Engkau terima.

Ameen Ya Robbal 'Alamin. 

Semoga Ramadhan ini menjadi Ramadhan yang lebih baik dari Ramdhan sebelum ini. Manfaatkan setiap detik pada bulan ini. kerana bulan ini Allah menjanjikan keampunan buat hambanya, mengindahkan syurga buat penghuninya dan mengharapkan api neraka pada hambanya. Moga2 aku, kau dan kita semua beroleh redha dan keampunannya. 

Peringatan buat diri dan sahabat2, 
Jadilah kamu hamba yang Rabbani, bukan hamba kepada Ramadhan.

Selamat beribadah 
dan 


Friday, July 5, 2013

Oh tidak ! Hati aku mati II

Salam Jumaat penuh barakah.

OK. Takmau membebel panjang, kita direct kepada sambungan tajuk 'Oh tidak! Hati aku mati I'.
Before that kita revise balik bahagian 1 punya, sebab apa hati kita mati ? Haa haa jawab. Semua jawab dalam hati masing2 ok! kalo x ingt langsung, rujuk sini.

Hati kita ni sifatnya macam sungai yang mengalir. Kalo hari2 mengalir, bersih, sejuk je kan? Cer kalo  x mengalir or bertakung, apa jadi?? -- dengan keruhnya, keladaknya n x pasal2 jejentik pun boleh hidup kn? Haa gitu la hati kalo dibiarkan x berservis. Selain hati kita ni mati sebab 1. tak laksanakan hak2-Nya, 2. kita tinggalkan sunnah2 Rasulullah (S.A.W), dan 3. x mengamalkan ayat2 Quran yg kita baca, hati kita juga mati sebab:

4. We eat the provision of Allah we but dont thank Him.
MasyaAllah. nk ucap Alhamdulillah yg 1 saat pun kadang2 kita terlupa. Betapa banyak kita masukkan rezeki Allah kat perut ni dalam sehari tapi sedikit sekali kita bersyukur. Hati kita ni kalo makin banyak yang kita dapat, makin lupa kita nak bersyukur pada Allah.  Dah xde benda nak makan baru kita doa kat Allah, baru rasa syukur. Kalo kita gembira dengan kengkawan, kita lupa Allah yg beri kita rasa gembira tu. Time sedih baru datang cari Dia. Macam2 nikmat yang Allah bagi, tapi benar sekali kalam-Nya yang sering diulang-ulang dalam Surah Ar-Rahman:

"Maka, nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?"

Nak menunjukkan apa, nak tunjukkan betapa banyak nikmat Allah yang kita x syukuri. Allahh. :-(

When you get little, you want more. When you get more, you desire even more. But when you lose everything, you realize little was enough. 

Belajar bersyukur sedikit dan banyak. 

5. Syaiton is your enemy, but you agree with him.
 ?????
 Do we agree with 'em? mana ada kannn! Kita x setuju langsung dgn dysyaitan (dyorg). Hmm hmm. Tahu x macam mane yang dikatakan kita berstuju dengan syaitan? Cuba kita muhasabah balik. kadang2 kita tau apa perkara yang syaitan suka, tapi kita ikut jgk kn? Hati kita memberontak nak buat jgk. Contoh, kita malas nk bt amal ibadat. Rasa nk rehat, relakss je kan. Kita anggap nti2 kita buat la. Haa cenggitu la. nampok gayanya dop sape yg mcm tu? *uhuk uhuk. Sila2 la batuk ye. 



Kuatkan hati dri apa2 yang melemahkan. Setia pada yang Satu. :D

6. We say Jannah is true, but we dont work for it.
Allah... mengingatkan syurga-Nya. Rindunyaa aku biar pun belum pernah kujejak. Allah. Layakkah aku, layakkah kami yang masih bertatih ini ke syura-Mu?
Awak-awak semua, jom kita teruskan langkah kita menuju jalan ke syurga, bukan sebaliknya. Pastikan setiap langkah kita hanya utk menggapai redha Allah. kalau sekali tersalah, mohon ampun dan perbaiki kpd yg lebih baik. Moga2 setiap usaha kecil kita ini menjadi bukti kasih kita buat-Nya.

Awk2 semua, hati kita ini akan mati jika makin hari kita terus membiarkan pengetahuan kita bahawa syurga itu ada, tapi kita x pernah berusaha membuktikan keinginan kita padanya. Sama juga seperti neraka, kita takut dengannya dan azab seksa yg tersedia. tapi kita tetap tegar melakukan dosa-dosa yang berulang. Ayuh, kita lebih jaga hati kita agar sentiasa ingat Allah dengan mengingat syurga dan neraka. Tak salah kerana Allah yang Maha pengasih sendiri menyediakan tempat itu untuk kita, maka pilihan ditangan kita. Allah. Kuatkan langkah kami untuk menuju syurga-Mu dalam keredhaan. Ameen.

Point terakhir yang kita nak bincangkan pasal kematian hati ni. *betul ke ayat ni? ialah :

7. We say death is true but we don't really prepare for it.
Sume orang percaya mati itu ada. Dan semua orang percaya bhw kematian itu dijemput bebila masa dan kebanyakan mati tanpa tanda2 yang kita sedari. tapi, adakah kita prepare menghadapi hari itu?
Sejujurnya, aku sendiri tidak bersedia. Masih terlalu sedikit bekal untuk dibawa pada hari perhitungan kelak. Aku masih cemburu melihat insan2 yang soleh-solehah dengan amal mereka tanpa henti. Jujur, aku terlalu cemburu. Kekadang, bila melihat insa2 seperti ini, baru momentumku naik. Allah. Lemahnya aku. Sungguh lemah ;'(

Wahai awak. Wahai diri yang sedang menulis. Jagalah hatimu dengan mengingati mati. Bersedialah untuk itu. Sesungguhnya, orang yang hidup itu sebenarnya mereka yang mengingati hari kematian mereka. Allah. menangisss. ;'(

Ini antara 7 perkara yang boleh matikan hati. So, beringatlah dan cuba2lah mengatasi. Letakkan Allah sepenuhnya dalam hati. Kerana memang itu Hak-Nya.
Andai dirimu sering mengingatkan hati untuk menjaga Allah, kelak akan datang masa hati mengingatkan dirimu dengan sendiri untuk ingatkan Allah. Beautifull! Subhanallah.

Last but not least,
Sayangilah hati masing2. kerna disitu tempat turun cinta dan benci dan dari situ manusia dinilai.





Salam Kasih dan Rindu.
Sayang semua.
Lillah. 

Wednesday, June 26, 2013

Just Keep Moving Forward

OK. curi masa kejap between class.


Touched my heart deeply. 
Walau apepun terjadi, terasa lemah, terasa x mampu lagi nak kuat, bertahan dan jangan mengalah. teruslah walau apa cara sekalipun. 

I, you, we have to keep moving forward. 
 with loves. Assalamaualaikum. 

Tuesday, June 25, 2013

Sweetest in 3rd Semester

Bismillah.



Result sem lepas baru kuar -- tetiba. sebab dengarnya awal bulan 7 baru keluar. huhu. Alhamdulillah. cun2 lepas target, even merosottt dr sem sebelumnya. Bila teringat balik macam mne aku menghadapi exam sem lepas, Allahuakbar. hebat ujian. Demam sepanjang study week, mmg hny mampu terbaring je, xdpt nk bt pape. Bila rasa nk study, x dpt, kol mak n nangisss. hanya tu je keje time study week. Mengharapkan doa seorang ibu. Tambah pulak exam direct 3 hari  untuk 4 paper. fuhhh. *merecik-recik peluh didahi. *meleleh-leleh airmata di pipi.

Now, lepas cek result, perkara pertama aku ingat was my study group. Thankss sesangaat my dearest. TQ kalian sbb sudi lapangkan masa utk saya pd last2 minute. I have no other way. Duduk kat bilik termenung n menangis je. Risau sesangat. Nak study x dpt, then i thought of you, you and you. Terima kasih semua. Smg Allah memberkahi kita.

4 rata. Tu target aku waktu awal2 sem lepas. tapi apo nk buek. Allah is the best planner. Dia bg ujian, mungkin nk tengok sejauh mana pengharapan aku pada Dia. Syukur, ada insan2 yang mengingatkanku bhw aku bertuah diberi ujian saat2 genting ini. Aku redha walau dalam gusar. Kini, hanya syukur yang x henti2. Terima kasih Allah. Aku menangis saat itu, tapi gembira hari ini.


Hmm. Hmm.
Walau apepun. diingatkan *amaran keras bahawa jangan mudah berpuas hati. Ini baru sedikit. Apa yg penting, nuuu tahun depan sana. PRAKTIKUM. Yang ni sgt2 kene buat sehabis baik. sebab yg ni permulaan macam mana aku kat sekolah nanti. Allah. berdebarnya. Banyak lagi aku nk belajar. Bantu aku ya Allah. Bantu aku dalam melengkapkan diri sebaik mungkin sbg seorang pendidik.

Feel so blessed. With the coming Ramadhan. Smg kali ini lebih baik dr tahun lepas. Ameen.

Mabrouk buat kawan2 yang berjaya, my roomate yg dpt flat sebijik. perrghh. *iri hati

Sesape yang x berpuas hati jom sama2 fighting lebih lagi sem ni and yg akan datang.

Thank you sekali lagi my study group. sgt2 terharu. ilebiuu. #eh

Doakan saya semoga najah dunia akhirat.

Terima kasih.

Papaii.




Friday, June 21, 2013

Dear heart,


Hati. 
Awak kene kuat! 

Jangan cepat penat. 
Terus kuat demi-Nya.
kerana
'Aku menuruti orang yg taat kpd-Ku'

Hati.
Bercinta  dengan Dia tanpa henti. 
Jangan putus-putus.
Ingat,
'Dia mencintai orang yg mencintainya'.

Jangan sering mengeluh wahai hati.
Mengadu hanya pada Allah.
Merintih dan mintalah. 
Sesungguhnya, 
'Aku kabulkan org yg berdoa kpd-Ku'

Hati.
Ingat, awk kene tabah! 
Walau apapun terjadi, Jangan sesekali tergugat. 
Apatah lagi mengalah, Jangan!

Yakinlah. Pemilikmu hanya Dia. 
Dia mengujimu kerna sayang dan kasih-Nya.
Berbahagialah, kerana diuji.
Agar lebih kuat, 
dan menjadi yg terbaik!




Monday, June 17, 2013

Oh tidak! Hati aku Mati I

Bismillah.
Peace be upon u, sobahal kheirr :)

Baru geledah entri terbaru kak awanis, Cinta Buat Hati. Very nice entri. Percaya x, manusia ni apa yg dia suka adalah bab-bab hati macam tentang cinta, tentang apa yg dia suka, tentang apa yang dy men-sampah n etc. Anything yg sumenye dari hati. Percaya x? Percaya x? Percaya la! Ada hati ke x?! Baik caye! Sape x percaya mungkin dia tak pernah tau yg dia ada hati. haa :P

HATI. 
Raja yg memerintah tubuh kita. Dibantu oleh akal untuk menyempurnakan tindak-tanduk kita sama ada baik or sebaliknya. Sedar x kita sebenarnya benda yang paling susah kita nk jaga adalah hati. Hati la tempat nafsu bermaharajalela jika x dikawal. Hati la tempat turunnya kasih dan perikemanusiaan yang menjadikan hidup kita bermakna. Semuanya sebab hati. Dan ketahuilah. setiap hati ini seperti pokok yang hidup segar jika dibajai dengan baja yang subur. dan mati kekeringan jika dibajai dengan baja-baja kimia seperti Ridsect, Shieldtox Attacks atau Fumakilla. #EH! *tolong fokus bila buat sesuatu boleh?!

Sebab apa sebenarnya hati kita mati? Betul ke sebab disembur dengan baja2 ubat nyamuk tu? Hmm. Itu betul jugak, tapi mati secara alami la. Ada kau nk sembur ubat nyamuk tu dalam mulut kau smpai ke hati? tak ke biul namanya tu? Bunuh diri tahu. 

OK. Secara rohaninya, hati kita boleh mati oleh pelbagai faktor. 
Yea. my heart, your hearts died because of many things around. 

1- We know Allah but we never perform His rights. 
Kita tahu Allah, kita tahu sifat dia, kita tahu kehendak dia, tapi sayangnya, kita sikit sekali nak menunaikan hak2-Nya. Allahuakbar. Ruginya. Bayangkan kita tau org yg kita syg suka makan piza, mesti kita akn belanja dia piza kan? Thats it. Just do it. Kita tahu apa Allah suka kita jadi, maka jadilah seperti yg Dia mahu. Jangan matikan hati dgn berkata, 
'Ah, aku tidak sebaik mereka', 
'Hmm. aku x layak', 
'Huhu, aku tak kuat untuk semua tu', 
'Aku penat asyik buat dosa pastu taubat pastu buat dosa. Its keep repeating. Penat Hokayy!'.

Allahhh.. banyaknye keluhan kta. Ah. Eh. Uh. Semakin hari bila dibiarkan, itu la penyebab hati kita mati. Jgn biarkan. Jgn Sesekali. Allah x minta kita jd sesuatu yg hebat. Allah hanya minta kita berusaha ke arah itu. Berusaha selagi mampu. Itu yang dikira. :)

2. We claim we love Allah and His Messenger, but we leave the sunnah.
Rasulullah itu kekasih yang paling dicintai. 

"Tidak beriman seseorang itu sehingga aku dikasihinya melebihi segala hal yang lain"

Ini kata Rasulullah. Haa. Nak jadi org beriman x? Jom cintakan Junjungan Besar S.A.W sebelum segala yg ada di hati kita sekarang. 
Dah cinta? Apa bukti? Dah amalkan sunnah2nya? 
Kenapa kene ikut sunnah?
krn sunnah itu mendekatkan kita pada insan yang tiada. Allah jadikan sunnah itu kerana Nabi itu insan biasa yang turut pergi mengadap Ilahi. Maka, sunnah ditinggalkan agar kita merasai keberadaannya sepanjang hari dan hidup kita. Tapi kita, apa peduli? ada kita buat, amal? Tepuk dada, tanya diri. 
Allah. kita sibuk dgn aktvti seharian smpai terlepas sunnah. Padahal mudah je. sebelum masuk toilet, ttup kepala, baca doa, masuk kaki kiri n mula. eh!.  Haa. Mudah je kan. Dah dapat amalkan 3 sunnah. Tu baru hal toilet. Belum hal makan, hal solat, hal tido. Semuanya hari2 kita buat. Apa salahnya kita selitkan setiap perbuatan dgn 3 sunnah. Tambah lagi saat kita buat, mesti kita ingat Baginda. Allah. Baru terasa cinta itu ada dihati. Baru terasa hati ini hidup dengan cinta. Semakin hari semakin cinta, semakin subur. Dan hati pun semakin hidup subur membesar :)

 3. We read the Qur'an but don't act upon it. 
Hmm Hmm. Bacakah kita alqur'an? berapa kali sehari? berapa hari seminggu? berapa minggu sebulan? berapa bulan setahun? berapa tahun sehidup? Allah. jangan sampai seumur hidup kita x pernah membacanya. Nauzubillah.  Kata para 'alim, kalau kita nak mengadu pada Allah, solat dan berdoalah. Allah mendengarkan. dan kalau kita nak dengar pulak kata-kata Allah, read the Qur'an. Yea. Bacalah Alqur'an! kerana Alqur'an itu kalam Allah. Firman-firman untuk hamba-Nya ada di dalam al-Qur'an. Sebab tu bila kita  baca qur'an, kita rasa tenang, sebab kita dgr bicara dari Allah, Pencipta hati kita. 

Alhamdulillah. Beruntung siapa yang membacanya. Lagi untung kita amalkan apa yang kita baca :)
Cer kita tengok 1 analogi, kita baca petua nak pipi mulus dan gebu, iaitu jangan basuh wajah anda menggunakan lumpur atau lumut atau seumpamanya. haa. ada kita buat x? mesti x kan? sebab kita tau nak pipi halus jangan buat macam tu. Begitulah Al-Furqan ini. Ia juga petua. Petua untuk ke syurga. Jadi, rugi sgt kita baca tapi kita x amalkan. Kita baca apa yg kene buat dan tak boleh buat, tapi alangkah rugi, kita ambil mudah hal sebesar2 itu. Hal yang menggadaikan syurga kita. Ya Ghaffar! ;(

Oh tidak! Hati aku mati II - bersambung pada entri selepas ini.
Teruskan jaga hati ye!

Salam mujahadah semua. Jaga hati, jaga iman, jaga peribadi. 
Looveee uollss. :)


Sunday, June 16, 2013

Manis-manis Pahit

Haiip! Haiipp! 
Sobahal Kheirr, Assalamualaikum! :)

Alhamdulillah wa syukrulillah, bangun bagi masih menghirup udara yang dipinjamkan-Nya. Fresh. Rasa nak tido balik je. Aih. Hiyakk! Dush3! No way, Khodijah. Jgn biasakan tido pas subuh k! Subuh itu waktu berkat dapat rezeki. (Even, ilmu jgak rezeki ye kawan2). So, bergerak dan berusahalah mencari rezeki. Rezeki yang berkat adalah hasil tangan kita sendiri. *ok, yg ni mak bru pesan semalam. TQ Mak Syg! (Alhmdlillah, dididik sejak kecik utk tidak tido lps subuh2. kekadang je tertido. hewheww.)

Ok, smsa menaip entri kali ini, aku sudah pun berada di Ipoh Bandaraya Kita. Smpainya smlm dlm kol 7 dihantarr oleh cinta-cinta hatiku-ayah, mak, k.long n mek milah. Sngja aku suruh deme htr smlm sbb hr ahad boleh la dyorg rehat2 kt umah. Takmau dyorg penat bila nk p skolah isninnya. Dah banyak aku susahkan mak n ayah. Takmau dah susahkan dyorg lg.. Tatau bila nk berenti tabiat yg 1 ni *sobsobsobs :( 
Berangan nk berenti konon, smlm pn aku susahkan ayah. Sorry ayah n kaklong. Trm kasih jgk sbb belanja kakcik kasut. 
Yeyy! Dpt kasut baru!! 
Im sure, setiap kali pakai kasut tu, mesti ingt kat ayah n k.long. Thanks once again. Ape pun, len kali nk susahkan lagi tau. takmo berenti lagi. hikhikhik. jgn menyesal tau dpt anak n adik yg comel ni tau ! :P

Esok dah mula kuliah. Rasa seganlah pulekk nk masuk kelas. Awww, gediksss kau khodijah! hihi. Sem ni nk score even result sem lepas x kuar pn lagi. Sy nak score jgk sem ni! Nak3! Tak boleh ckp xboleh dan xnak! Sy nk graduate 1st class! Ameen. InsyaAllah. Doakan Khodijah ye semua! :D

Sebenarnya, kita rindukan Amni. kalo kat rumah, pg2 ni mst tengah dukung n kacau si solehah tu tido. Rindunya. Moga dia sht2 slalu n cpt2 temok. -->

budak botak

Buat ayah, Selamat Hari Bapa! Hanya doa, smg Allah memberkati hidupmu. Sayang ayah till Jannah. InsyAllah. -->
eh ! ini bkn ayah sy tau. Ini Fathi yg cerdik :P

Haa. ini ayah!  Happy Father's Day Ayah! Love love  ayah.
Dan, Sanah Helwah buat seorang sahabat yg dsayangi, Mila. Semoga terus mendapat berkah dari umur dan kehidupan ini. Love u dear. :)

Dan konklusinya, why manis2 pahit?? uhuh.
Sbb.. hari ini, kehidupan ini, bukan keindahan semata, duka dan airmata juga adalah jalan kehidupan. Biarpun pahit, semua tidak meminta tapi airmata lah menghidupkan hati yang dalam kerinduan.

Buat insan yang tidak pernah aku bersua, smg dikau sejahtera di alam sana. Al-Fatihah. 


Till here. 
Sincerely, 
Sang Perindu

Thursday, June 13, 2013

Minta pada Dia

Bismillahirranhmanirrahim

Assalamulaikum. Hi guys. 
Haa pepagi brblogblog ni, mandi ke blom ? Eew bucuk2! shuhhh. shuhhh. haha. Ok, sebulan lebih jgk x ziarah blog everymoment ni, konon setiap saat, satiap minit pun x lepaihhh. hoho. 
Before that, Sobahal Khair sume :) Are you ready???
ai ai captain!! - Goodd !-

Aku ni curi masa je ni on9 pagi2. Dengan meribakan si Amni Solehah ni, boleh pulak aku menaip. Hebat kan? Hebat kan? Bakal ibu yg sukses ni. kuakua. :P

STOP. meraban banyak sunggohh. huhu. 
Back to the main topic, semalam aku berkesempatan, diberi ruang dan kesempatan menziarah seorang sahabat mak, makcik Siti Aluyah. Aku dr kecik kenal dan baik dengan dia. dan bila mendpt berita kesakitannya, sungguuh terasa sempit hati ni. Allah. moga diberi kesembuhan buatnya. Saat sampai je rumah beliau (xsedap nk pggil 'dia' sbb aku sgt hormat dgnnya), Allahh, hampir aku xkenal. lain sungguh wajahnya. mungkin sebab apa yang dimakann x dpt dihadam dengan baik, cengkung wajahnya. Namun, masih tenang. sungguh tenang, seperti hari2 biasanya. Alhamdulillah, Allah beri kesabaran dan lapang dada buatnya.

Kat sini, aku nak share sikit tntg perkara yang penting sms menziarah orang sakit ni yg mana kita selalu je lupa n amik mudah, sedangkan benda2 ni amatt penting agar apa yg kita buat tu dikira sbg ibadah. Insya-Allah.

Pertama. Niat. 
Niatkan lah hal-hal yang baik sms menziarah. Contohnya, kerana dia saudara kita, maka ingin memberi ketenangan dan semangat buatnya. Kerana ingin membantu dari segi penyakitnya (kalau kita arif/tahu wpun sedikit dlm bab penyakit tersebut) dan mcm2 lagi *yg baik2. Ingat. Niat adalah permulaan kepada setiap perbuatan (baru dikira ibadah.)

Ke-2. Senyum dan Bersalaman.
Sesampainya kita tempat org sakit, lepas bg salam, tunjukkanlah reaksi yang menyenangkan hatinya. Paling mudah, senyum. haa reti dop nk senyum ni? kalo x reti, blajar dgn baby Amni meh. baby pun senyum tauu.. alolo omeyynya. :)
Selain senyum, bersalamlah (kalo pesakit larat la, kalo x jgn paksa dia pulakk cik kak ye! Dengan bersalam ni, percayalah, pesakit akan rasa tenang, sebab caj2 telah diseimbangkan melalui sentuhan. tambah elok lagi, sms bersalam, selawatlah. Moga2 syafaat Rasul bersama kita. InsyaAllah. 

Ke-3. *Adoii semut2 (kebas) pulak kaki aku ribakan si Amni ni. Jap naa. nak ubah positon.

oyaitt. shambung.

Ke-3. Doa.
 Rugi sgt kalo kita ziarah orang sakit, tapi kita lupa mendoakannya. Yg kita ckp, kesiannya dia, sedih, sayu hati tengok. haa tu je kan? tpi kite lupa doakan. Walaupun kita ckp, Allah, sembuhkanlah penyakitnya. Haa ni dah cukup sbgai doa sbnrnya. Doalah, Minta pada Dia. Dulu aku pn slalu lupa. kalo g hospital je, mst tanya kakak aku, apa ea doa org sakit, bru ingt. sbb apa lupa? sbb kita x biasa amalkan kan? 

Ni antara doa yang boleh digunakan masa ziarah orang sakit:

"Tak mengapa, moga sakit ini membersihkan doasamu, insyaAllah"

"Aku memohon kepada Allah yang Maha Agung, Tuhan Arasy yang Agung agar menyembuhkan engkau"
Dua doa ni adalah doa yang simple boleh kita guna. Banyak lagi doa lain, bolehlah godek-godek kat encik gogole. Moga2 dengan doa-doa kita semua, bisa memberi kesembuhan kepada pesakit. Dan semoga Allah menyembuhkan Puan Siti Aluyah. InsyaAllah. Walau apapun, mintalah pada Dia. Dia suka kita meminta, merayu pada Dia. Jangan berserah dan jangan sesekali putus asa, sesungguhnya, Allah itu menyembuhkan dan menyakitkan, menghidupkan dan mematikan. Dia lah Maha Kuasa, maka mintalah hanya pada Dia. 

Semoga Alla merahmati kita semua. 

Sincerely,
Baby Amni. EH!


Monday, April 29, 2013

End of the April

Haip! Assalamualaikum!

29th of April 2013. Alhamdlulliah wa syukrulillah. penghujung April yang sangat membahagiakan. Allah mengembalikan rasa cinta yang Dia dipinjamkan yang kian retak. Rase xnak henti2 sebut Alhamdulillah. Nak tido pun asyik tersenyumm je. Hikmahnya ukhuwwah yang Allah beri. Perkataan maaf memang mudah nak disebutkan, tapi untuk seiring dengan perbuatan kita memaafkan, rendahkan hati, ketepikan ego, utamakan Allah. InnsyaAllah, besar kesannya. :)

Do good as Allah has done good to you.


#Lain orang lain sikapnya. Dalam berukhuwaah, memahami dan menghormati antara sahabat, sangatt penting. Sangat! Jangan  abaikan ok.

#Hidup lebih bahagia dengan memberi. Memberi dengan kasih sayang. Cubalah. Petua buat aku rasa paling bahagia.

#Bahagia? Apa bahagia?
Ketenangan itulah bahagia.
"Dengan memngingati Allah, hati akan menjadi tenang" = Dengan mengingati Allah, hati bahagia. ;D






End of April = Early of May. weee. 4 days to go, my day. InsyaAllah. Permulaan yang baik. Moga Allah bantu. Khodijah, Do good as Allah has done good to you. Pleaseee!

Till Here.

Friday, April 12, 2013

maafkanlah..

almost 1 month tak dating n sesi luah meluah2 dgn encik belog. x rindu ponnn~ hewhew. sebonarnye mmg nk cter2 ngn encik blog busyuk ni, tapi  kesibukan date dengan encik assignmen lebih utama, maka terpaksa la aku korbankan masa date dengan si busyuuk ni. sehingga la encik assignmen sume pulang ke halaman masing2. legoo rase hati den ni ;p (Alhamdulillah)

Hurrmm.. nak membebel apa ehh? hehehe.
okay pernah dgr tak perkataan maaf? tipu lah xpernah dgr kann! cuma, sejauh mana kefahaman kita tentang satu perkataan yang sgt bernilai ni? pasti mcm2 tafsiran kita tntang memberi dan menerima maaf ni kan?
some say: aku sudah memaafkan but xdpt lagi terima awk/ko/kamu @ org yg bsalah tu seperti dulu.
some say: sehingga aku dah maafkan, just dont show your face in front of me
some say: kita x pernah memaafkan shngga kita melupakan kesalahan tersebut.

but what happen to me is hard to understand. O' Allah. show me the right and wrong. Give me the strength to maintain this ukhwah and open my heart to always depend on You. Biar hati terasa kehilangan, namun cukup hanya punya Engkau. Only You!


those words make me feel tough! InsyaALLAH  hati ini always forgive.
because..

 i know Allah do the best! 
smileeee :D

Tuesday, March 19, 2013

EHH? Baru 2 hari rupanya!

Wuuuuu. mau menangess seja rasanya! Hari ni baru 2nd day aku berSBE (School Based Orientation) atau lbh dkenali PBS kt klang ni. Uwaarggh. please listen to my heart! ;(

Hari ini 'terkena' ganti kelas cikgu yang cuti bersalin. Alangkah THANK YOU to 3 Amanah for the most expensive experience i got today. Its really! thank you! Sememangnya 'experience is the best teacher'. Tak sangka aku dapat kelas yang paling bising, nakal dalam sekolah tu. Sabo je la~ Sungguh x terkata. Yang pasti aku akan ingat smpai bila2. mungkinn. Allah. Kuatkan hatiku, bimbinglah daku dan perrmudahkanlah daku dalam melengkapkan diri sebagai seorang guru yang baik kelak. Ameen!

Esok lagi.
Hmm moga2 baik2 sahaja lah~

#nak balik. dah sebulan lebih x balik. its not me. euwuwuwuwu.

Saturday, March 2, 2013

Taubat--

Bismillah.

Mood: Assignment.

Memang tengah khusyuk, fokus n semangat menyiapkan tugasan-tugasan yang makin3 bertambah. Opkos buat keje sambil dengar lagu with minilyrics. xla sunyi, tambah lagi romate balik. sobsobs. heww.

OK. memang x dinafikan fokus aku sekarang ni macam cacing kepanasan. xleh nak fokus lama laa ringkasnya. maka terjadilah mata, tangan n seumpamanya melilau, merayau n seumpamanya lagi kt lptop ni. kalo boleh geladah, sume benda nak geladah. uwaaaa. a little bit stress. but not really. hihi. thats why i guna minilyrics. kira kalo aku merayau pun, setakat menjeling membaca n menghayati lirik lagu yang menjadi halwa telinga. xde la aku g merayau jauh-jauh bukak buku yg x berkenaan (muka buku !).

so.....dalam menghayati lirik, ini pertama kali aku menghayati lirik lagu TAUBAT by Opick. Wuuuu..ia sangat menyentuh hati ini. sangat3! Allah. Allah. Allah.


Wahai Tuhan jauh sudah
Lelah kaki melangkah
Aku hilang tanpa arah
Rindu hati sinarmu

Wahai Tuhan aku lemah
Hina berlumur noda
Hapuskanlah terangilah
Jiwa di hitam jalanku

Ampunkanlah aku
Terimalah taubatku
Sesungguhnya engkau
Sang Maha Pengampun Dosa

Ya Rabbi izinkanlah
Aku kembali padaMu
Meski mungkin takkan sempurna
Aku sebagai hambaMu

Ampunkanlah aku
Terimalah taubatku
Sesungguhnya engkau
Sang Maha Pengampun Dosa
Berikanlah aku kesempatan waktu
Aku ingin kembali
Kembali kepadaMu

Dan mungkin tak layak
Sujud padaMu
Dan sungguh tak layak aku

Allah. Sungguh aku x layak. tapi aku ingin kembali padaMu. Meski mungkin xkan sempurna aku sebagai hamba.. Ampunkanlah aku. Allah.. rindunya pada kasih dan dakapanMu!!

Astaghfirullah al Azim. semoga kita sentiasa memperbaharui taubat. InsyaAllah.

Dah2 jom fokus! ;p




Wednesday, February 27, 2013

Adik2ku sayang

Bismillah.

Alhamdulillah syukur lagi dan lagi. Selesai satu tugasan besar sem ni, BIG FASA 3. BIG kali ni adalah kem motivasi untuk murid sekolah. So, sekolah yang kami pergi adalah sebuah sekolah bukan kerajaan yang jauh terperuk dalam sebuah kampung.

Subhanallah! apa yang dapat aku katakan saat melihat suasana sekolah itu, aku rasa gembira sgt. Suasana Islam yang cuba diterapkan ke dalam diri murid-murid ini sangat hebat. Apatah lagi sebuah sekolah yang yurannya sendiri, buku teks dan bahan rujukannya sendiri, maka aku terasa bangga melihat kesungguhan dan keikhlasan guru-guru memberi yang terbaik. Bukan senang nak didik anak-anak zaman sekarang ni. Menyerapkan nilai-nilai Islam dan melahirkan insan2 cemerlang dalam masa yang sama merupakan golongan agama. Allah. aku mendoakan mereka adalah insan-insan terpilih dalam generasi akan datang. Ameen.

Dan... aku terkejut melihat kecerdasan dan kecergasan anak-anak ini. Sungguh, apa aktivti yang kami (fasilitator) cuba buat untuk menguji minda mereka, sangat la cepat mereka mendapat jawapan dan mereka x segan untuk mengeluarkan idea mereka. Hebat sungguh. Aku sesekali sengaja keluar ke tandas. Sebenarnya aku sengaja ingin berjalan melihat suasana guru mengajar di sepanjang kelas. Aku teruja melihat semangat seorang guru perempuan (yang x dikenali sbb tengok dri jauh) yang sedang mengajar, beliau berkali-kali mengulang pengajarannya pada seorang murid yang kefahamannya lambat berbanding yang lain dan akhirnya  murid itu berjaya memberi jawapannya apabila ditanya. Sungguh. aku sematkn dlm  hti 1 hari kelak aku akan menjadi seperti itu. Bahkan bukan shj dalam mengajar ilmu akademik, tapi apa yang penting, nilai kemanusiaan itu sendiri. Ya. bagi aku nilai itu la yang penting bg seseorang utk berjaya dlm hidup. InsyaAllah aku akan cuba.

Sekolah Rendah Agama Al-Furqan. Sangat memberi keinsafan dan mengajar aku banyak nilai. Alhamdulillah. Semoga guru-guru di sana terus ikhlas. Aku yakin mereka memang begitu. Sedih pulak terasa saat nak balik. Macam2 telatah dan gelagat mereka menghiburkan. Lucu. buat kami ketawa suka hati. Terima kasih adik2ku syg. Syg kamu semua kerana Allah. :)

"Furqan Cemerlang" - kata2 yang dilekatkan pada dinding kantin sekolah. InsyaAllah aku mendoakannya. Anak-anak Furqan Cemerlang! ;)

#ikhlas itu memang sgt mudah dituturkan tapi pelaksanaannya hanya beberapa sahaja yang benar2 mampu. 

Till here.

Sincerely,
Khodijahroslan

Sunday, February 24, 2013

My Sis, My Bestie

Alhamdulillah wa biiznillah, bernafas lagi aku hari ni. Hujan renyai2 kat luar buat aku rasa syahdu dan tenanggg sangat. Rindu buat insan2 yang tersayang yang jauh di mata namun sangat dekaatt dihati ini. Allah, rahmati dan lindungilah mereka dengan kasih sayangMu. Ameen.

Awak2! Awak ingat x dulu, kita selalu sangat gaduh. Gaduh pulak bukan gaduh biasa. hebat pergaduhan kita. Selagi saya xdpt dapat balas, dengan hati yg geram dan bengang, sy akan lari kejar awak smpai dpt! sehingga kalo dh dpt, sy terus tarik rambut awk kuat2 takut terlepas. dan awk pun balas.. xde sape nak mengalah dan akhirnya sbb dah sama2 sakit,(bayangkan rambut kita ditarik dgn sepenuh hati. fuhhh), kita pun buat perjanjian,"kita kira smpai 3, sama2 lepas". dan lepas sama2 setuju, bila kira smpai 3, sma2 jgk kita akan tarik rambut sepuas hati sebelum lepas. dalam hati, amik ko, padan muka! gggrrr. haha. dan..masing2 menurut rambut masing2. Wahh sweetnye. ehh?? sweet?? punya sakit ko kata sweet. cish rosak rambut aku yang cantik ni. muahaha. 

Banyak lagi memori 'bengang' dulu2 yang masih aku ingat. Kadang2 dia buat aku tanpa sebab, dia baling benda (yang beratnya melebihi berat batu 1kg) kat kepala aku ni, dia sembur ridsect kat muka aku. aku pn xtau nape. mungkin dari dulu dia JELES TENGOK AKU DILAHIRKAN COMEL kott. hahaha. serius boleh jd fact.  kn3 kmu kn?kikiki. 

nk bukti?? hadaa okay. ni cer tgok betul2 k!
nampak x tulisan bwh kata2 yg orange ni, haa. kertas orange ni bertujuan menutup kata2 yg lebih  'maness itu ye'. tp xcukup huihui. 

itu kalo bab gaduh, tapi kalo gaduh pun, ktorg akn tetap main same2. tetap baik. pastu bila dah main sama2 mst ada yg xpuas hati, pastu gaduh lg, dan baik smula, n seterusnya macam tu la berulangkan memori aku dan dia yang mnjadi memori zaman kanak2 terindah dengannya. Terlalu banyak yang membuatkn rindu ini hadir pada semua tu. Aku x pernah rasa berdendam dgn segala yg terjadi waktu tu. (hati aku kn suci yeyy) tp terasa indah dan berharga sekali. Indah kn masa tu? ^^

NOW, dia dah tua.. hahaha. nope. actually today is her birthday. berkurang  lagi 1tahun umurnya. Kalo aku duk dengan dia, i would surely make a surprise to her. really want to do it. wuuuu. apapun, aku akan terus mendoakannya mendapat hidup yang baik dan terbaik dunia dan akhirat. semoga Allah redha dengan umurnya. (segala silap kamu kt k.cik kecik dulu terpaksa dimaafkan. huahua). dan semoga menjadi doktor muslim yang menjadi kebanggaan Islam. insyaAllah. teruskan perjuangan mncari ilmu, kami di sini sentiasa mengiringi kamu dengan doa. InsyaAllah :)

Akhir kalam, happy birthday, sanah helwah, selamat hari lahir yg ke 22. Dont noty2 aar. Fact, You are no  cute, no beauty n so on, (:P) but you are special the way you are. I LEBIUUU SO MUCH sis! Syg kamu selalu. U are my sis, my bestfren, my beloved one! (love)(love)

once again, Happy Birthday kakyang! Till we meet again!

Sincerely,
kakcikcomeldarikakynag

Tuesday, February 19, 2013

Belajar daripada Syaitan???

Bismillah.

Alhamdulillah. Hari ini satu lagi situasi sekeliling membuat aku yakin dengan memilih untuk berada di atas jalan yang Allah redha itu, akan sentiasa tenang dan Allah sndiri akan permudahkan urusan kita. Sehebat mana pun amal, setinggi mana pun ilmu, sebesar mana pun jawatan, seramai mana pun pengikut, andai pemikiran tidak mampu menunjuk jalan dan tindakan yang betul, tersangat lah rugi. Andai emosi yang menjadi tutor, kelak menyesal diri. Astaghfirullah moga2 Allah mengampuni kami dan kita semua.
______________________________________________________________

Setiap hari mujahadah lagi. susahnya. penatnya. kadang-kadang lemah bermain-main disekeliling membuatkan diri nak turut serta dalam permainan dia yang sntiasa menghasut dan melemahkan manusia. Malah mereka turut berjanji untuk berusaha dan menyesatkan manusia sehingga akhir zaman. Allah. kuatnya puak2 tuu. Mereka x pernah putus asa. hatta xpernah dijanjikan Allah untuk mndapat pertolonganNya. Tetapi mereka kuat. Azam mereka tinggi. Matlamat mereka jelas.. YA.. itulah sifat positif 'mereka' biarpun secara totalnya adalah negatif. Apa salahnya aku belajar dari sifat positif mereka. itu lebih baik dari aku memikirkan lemahnya aku melawan mereka. Allahuakbar. Nahh. lepas ni, kalo terasa lemah membelit diri, jangan lagi takut lawan. Ingat matlanat kita yang jelas, Meraih REDHA & RAHMATNYA. bagaimana? dengan setiap tindak tanduk kita adalah semua kerananya. InsyaAllah. Allah sentiasa ada bersama hamba2nya. Malah terlalu dekat dengan kita :)

Teruskan jaga suara, jaga mata, jaga akhlak, jaga peribadi, jaga hati, jaga badan, jaga tangan, banyaklnye.... pokoknya, jagalah Allah, Allah menjagamu. Ihfazullaha yahfazuka. PASTI! :D

Till here.
Sincerely,
Hamba yang sedang terus berjalan.

Thursday, January 31, 2013

Mengimpikan keimanan ZINNIRAH

Bismillah.

Diala wanita biasayang htinya cekal luar biasa. Dialah hamba manusia tetapi Allah lebih menguasainya. Dialah Zinnirah, wanita buta yang celik.

Wanita mithali ini bukanlah terkenal kerana kecantikan atau kebangsawanan. Dia memang tidak memiliki kecantikan atau kekayaan. Dia hanyalah seorang hamba kepada Umar al-Khattab sebelum keislamannya namun dia memiliki aqidah tauhid yang menebal pada zaman penentangan Islam. Biarpun fizikal wanita ini diseksa dengan berbagai-bagai kesakitan, penderitaan & kesusahan tetapi hatinya tetap kepada Allah S.W.T. Dia menerima penyeksaan itu walaupun tubuhnya hancur akibat pukulan demi pukulan, sepakan terajang & hantukan. Namun, demi Islam dia tidak akan menyerah kalah.

Zinnirah, begitulah indah namanya, mungkin tidak ramai yang tahu kisah ketabahan & keagungan cintanya kepada Allah S.W.T. Wanita ini tidak punya ijazah, tidak terkenal di dunia, tidak mempunyai harta apalagi memiliki pangkat yang besar. Namun, Allah S.W.T memuliakan dan memberi penghormatan yang tinggi kepadanya.

Dunia dan segala isinya bukan lagi matlamat. Sekalipun dilonggokkan emas sebesar Bukit Uhud, dia tidak akan menukar aqidah yang telah bertunjang di hatinya. Menurut riwayat islam, Zinnirah adalah di antara org yang awal memeluk Islam.Zaman awal Islam penuh cubaan. Sesiapa yang memeluk Islam, tidak seorang pun bebas daripada pelbagai penderitaan, kecaman, kata nista dan penindasan. Zinnirah mengalami itu semua. Wanita berbangsa Rom ini telah ditawan dan dijual di Kota Makkah. Kemudian Umar al-Khattab membelinya dengan harga yang murah utk dijadikan hamba, seterusnya menjadi tawanan tuannya.

Pada peringkat awal, Zinnirah cuba menyembunyikan pengislamannya daripada diketahui oleh Umar. Dia melakukan ibadah ketika org lain tiada di rumah atau pada waktu tengah malam ketika org lain sedang nyenyak tidur. Namun, lama kelamaan amalan solehahnya dapat dicium oleh musuh.

Sudah tentu org yang paling marah ialah tuannya sendiri iaitu Umar. Siapakah yang tidak kenal dengan Umar al-Khattab yang terkenal dengan sikap kejam, bengis, ganas, garang, tidak berhati perut, tidak berperikemanusiaan itu. Umar terus menampar Zinnirah, menendang, mengikat kedua belah kai tangan Zinnirah. Kemudian, dijemur di tgh panas mentari. Bayangkanlah antara seksaan yang dihadapinya. Sungguh panas padang pasir pada waktu siang dan terlalu sejuk pada waktu malam, badannya dihempap dengan batu besar dan 1001 macam penyeksaan yang diterimanya.

Dalam keperitan fizikal, Zinnirah masih mampu menguntum senyuman. Hatinya tidak putus-putus mengucapkan " Allah, Allah, Allah, Allahu Akbar, Allah lah yang Maha Besar ". Dan hatinya berbisik, " Ini untuk-Mu wahai Tuhan, aku membeli kesusahan ini utk mendapat kesenangan di akhirat ". Begitulah ungkapan katanya yang menjadi penawar utknya.

Kemuncak penyeksaan yang diterima oleh Zinnirah ialah matanya dicucuk dengan besi tajam dan akhirnya gelaplah seluruh pandangan. Hatinya masih mampu berbisik," Tuhan, walau aku dibunuh mati, aku lebih rela daripada menjual agama-Mu ini Tuhan. Semakin aku diuji, semakin terasa kehebatan dan keagungan-Mu Tuhan. Panahan cinta dari-Mu itulah makin menguatkan diri ini utk menerima apa shj. Cuma satu permintaanku, berilah petunjuk kepada org yang menyeksaku ini.

Ternyata doa org teraniaya ini makbul. Akhirnya Umar memeluk Islam setelah mendapat hidayah Allah S.W.T melalui adiknya, Fatimah. Malah Saidina Umar menjadi sahabat yang tergolong Khulafa Arrasyidin...Sifat pembengisnya bertukar menjadi lembut, garang bertukar kepada pemaaf, bakhil bertukar pd pemurah,tidak berhati perut kepada bertimbang rasa, gila dunia kepada gila akhirat.

Kembali kepada Zinnirah, walaupun matanya buta utk melihat alam maya tapi hatinya tidak buta utk menerima cahaya kebenaran Islam. Pandangan hati boleh menembusi pandangan zahir. Apabila melihat keadaan Zinnirah, org-org Quraisy cuba mempermain-mainkannya. Mereka mengatakan Zinnirah buta kerana menerima laknat dari Tuhan mereka iaitu, latta dan Uzza.

Zinnirah menolak penghinaan itu. Baginya kedua berhala itu tiada sedikitpun kena mengena dengan matanya. Dia cuba meyakinkan mereka bahawa masalah buta itu adalah datang daripa Allah S.W.T. Maka Allahlah yang berkuasa mengembalikan pancainderanya seperti biasa.

Berlakulah sedikit kekecohan, org-org Qurais mencabar Zinnirah kerana mempertahan dirinya. Umar pula sudah berhenti menyeksa kerana bosan melihat ketabahan hatinya.

Hambanya tidak mahu sedikitpun berganjak daripada keimanan kepada Allah S.W.T. Tiada siapa yang boleh menolak ketentuan Tuhan. Apabila Allah S.W.T mengambil sekejap nikmat mata, kemudian memulangkannya semula kepada Zinnirah. Allah S.W.T menggantikannya dengan mata yang lebih baik. Zinnirah boleh melihat seperti biasa, lebih terang daripada matanya yang asal. Demikianlah pertolongan Allah S.W.T kepadanya bagi menguatkan lagi keimanannya. Tidak lama kemudian, Saiyidina Abu Bakar datang menyelamatkan Zinnirah dengan membelinya dengan harga tinggi. Terselamatlah dia daripada menjadi penindasan org-org kafir.

Di antara sifat wanita yang solehah ini, dia sentiasa merasa Allah S.W.T memerhatikan dirinya, setiap detik dan saat. Apabila nafsunya mengajak berbuat sesuatu perkara yang mungkar, segera pula hatinya bertindak balas dengan mengatakan Allah S.W.T Maha Melihat. Nafsu yang mahu berbuat segera ditepis dengan katanya," wahai nafsu mengapa engkau tidak takut dengan neraka?".

Hati Zinnirah sentiasa terpimpin, begitu juga dengan akhlaknya. Hasilnya, hati dan jiwa merasa aman daripada kongkongan hawa nafsu. Kemerdekaan jiwa inilah yang diperolehi oleh Zinnirah, wanita yang tidak terkenal di dunia tetapi terkenal di langit.

Marilah kita berazam dengan membulatkan sepenuh pengharapan memohon pada Allah S.W.T supaya sentiasa mendapat petunjuk dan hidayah. Sekiranya diuji dengan pelbagai dugaan biarlah hati kita setabah Zinnirah. Biarlah iman kita sekuat dirinya. Biarlah hati kita terus celik...inilah idola kita, Zinnirah....

Allah. Allahumma a'inni ala zikrika wa syukrika wa husnil ibadatika. Ameen!

Wednesday, January 30, 2013

ON THE WAY

Bismillah. 

Dalam perjalanan hidup ini, banyak dugaan yang menimpa. Pastinya tanpa dipinta, biar terjatuh sekalipun, bangunlah semula dan bentuk hati dan jiwa baru. Yang lebih kuat, gagah, yakin dan percaya pada Allah. Yakinlah bahawa Allah tidak sesekali menilai hambaNya berapa kali kita jatuh dan gagal. tetapi Allah menilai sejauhmana dan sepantas mana kita bangun semula dari kejatuhan. Itulah kekuatan hambaNya. bila ia meletakkan sepenuh kepercayaan dan tawakkal kepada Allah. Sesungguhnya bagi manusia yang punya iman dihati, hasbiallahu lailahaillallah! Hanya Allah dihati.cukup!

Ya Allah, aku belum sampai. tetapi sungguh aku sudah memulakan perjalanan. walau susah sungguh, untuk pasrah padaMu seluruh sungguh. Lihat aku, kasihani aku, kutip aku.. wahai al A'fu. ku pohon padaMu.... cahaya hati..yang dengannya menyinari dunia akhiratku.

Biiznillah. Wallahua'lam.

Friday, January 18, 2013

Heading to somewhere~

Bismillahirrahmanirrahim.

Salam penghulu hari, moga manfaat dan maghfirahNya tercurah buat kita. AMEEN.
Heading to somewhere? ok actly, i am heading to Serdang attending Konvensyen Fiqh Wanita Islam with my beloved sisters, kaklong, kaknyah n kakteh for 2 days (19/20 Jan).

Actually sdg mnunggu makcik nyah n long yg apa la beritanya entah bertolak ke belum. Apa pun smg slmt dalam perjalanan. Aku ni yg dri td punyala menanti. Aku excited sangat nk g konvensyen ni. Bakpe excited sgt pn xtau la. ahaha. OK. nak tau sbb pe aku excited? Meh aku gtau.

1st nye, sebab Konvensyen Fiqh WANITA ISLAM. Haa. nampak x apa yg di'bold'kn disitu? Wanita islam kan? of course, aku ni salah seorang daripadanya. dan aku nak belajar dan terus belajar dan melengkapkan diri dengan ilmu wanita itu sendiri. Memang, sangat diakui, aku ni la bukan la wanita solehah yang  bertudung litup, tapi aku tau bahagian aurat wanita. Aku bukanlah wanita yang suaranya indah serta terpelihara, tapi aku tau suara itu aurat dan aku sentiasa cuba memeliharanya agar Allah tidak murka padaku. Aku bukanlah wanita yang berjuang dalam gerakan2 Islam yang hebat, namun aku tau pertolongan Allah itu datang kepada jemaah. Maka, aku menganggap semua wanita adalah saudaraku dan aku menyintai mereka. Aku suka berkumpul dalam kumpulan yang tunjangnya adalah keimanan kepada Allah. Dan, aku bukanlah wanita sempurna yang dijanjikan syurga, tapi aku tahu untuk mendapat syurga itu perlu usaha. Maka, ini lah usaha ku. biarpun tidaklah hebat, namun aku yakin janji Allah, amalan manusia itu dikira walaupun sekecil zarah sekali pun.

Sbb 2nd (ke-2) aku semangat nak pergi adalah sebab, sebelum ni, aku ada post pasal mujahadah kan. That's it! Aku sedang bermujahadah. Mujahadah itu sangat payah. Seolah-olah berperang, dan aku berperang dengan hawa nafsuku yang selalu memujuk untuk malas dan berelax2. Tidak. Aku x nak lg hujung minggu aku terisi seperti itu. Allah x suka pada orang yang malas. Allah. semoga aku terus kuat dan istiqamah untuk bermujahadah biar merangkak sekalipun. Akan ku gagah. InsyaAllah.

Rasanya, dua sebab ni je la yang utama. Tiada sebab lain. Tuhan, mudahkan urusan kebaikanku dan lapangkan dadaku. Allah limpahkan rahmatMu ke atas mak dan ayah. Pelihara mereka dalam redhaMu. Kurniakanlah ilmu yang bermanfaat buat aku dan adik beradikku agar tersinar hidayah daripadanya. Ameen.


# Rindu mak dan ayah dan semua.
# Good luck kakyang yg tgh mood exam.

Sincerely,
khodijahroslan