Thursday, January 31, 2013

Mengimpikan keimanan ZINNIRAH

Bismillah.

Diala wanita biasayang htinya cekal luar biasa. Dialah hamba manusia tetapi Allah lebih menguasainya. Dialah Zinnirah, wanita buta yang celik.

Wanita mithali ini bukanlah terkenal kerana kecantikan atau kebangsawanan. Dia memang tidak memiliki kecantikan atau kekayaan. Dia hanyalah seorang hamba kepada Umar al-Khattab sebelum keislamannya namun dia memiliki aqidah tauhid yang menebal pada zaman penentangan Islam. Biarpun fizikal wanita ini diseksa dengan berbagai-bagai kesakitan, penderitaan & kesusahan tetapi hatinya tetap kepada Allah S.W.T. Dia menerima penyeksaan itu walaupun tubuhnya hancur akibat pukulan demi pukulan, sepakan terajang & hantukan. Namun, demi Islam dia tidak akan menyerah kalah.

Zinnirah, begitulah indah namanya, mungkin tidak ramai yang tahu kisah ketabahan & keagungan cintanya kepada Allah S.W.T. Wanita ini tidak punya ijazah, tidak terkenal di dunia, tidak mempunyai harta apalagi memiliki pangkat yang besar. Namun, Allah S.W.T memuliakan dan memberi penghormatan yang tinggi kepadanya.

Dunia dan segala isinya bukan lagi matlamat. Sekalipun dilonggokkan emas sebesar Bukit Uhud, dia tidak akan menukar aqidah yang telah bertunjang di hatinya. Menurut riwayat islam, Zinnirah adalah di antara org yang awal memeluk Islam.Zaman awal Islam penuh cubaan. Sesiapa yang memeluk Islam, tidak seorang pun bebas daripada pelbagai penderitaan, kecaman, kata nista dan penindasan. Zinnirah mengalami itu semua. Wanita berbangsa Rom ini telah ditawan dan dijual di Kota Makkah. Kemudian Umar al-Khattab membelinya dengan harga yang murah utk dijadikan hamba, seterusnya menjadi tawanan tuannya.

Pada peringkat awal, Zinnirah cuba menyembunyikan pengislamannya daripada diketahui oleh Umar. Dia melakukan ibadah ketika org lain tiada di rumah atau pada waktu tengah malam ketika org lain sedang nyenyak tidur. Namun, lama kelamaan amalan solehahnya dapat dicium oleh musuh.

Sudah tentu org yang paling marah ialah tuannya sendiri iaitu Umar. Siapakah yang tidak kenal dengan Umar al-Khattab yang terkenal dengan sikap kejam, bengis, ganas, garang, tidak berhati perut, tidak berperikemanusiaan itu. Umar terus menampar Zinnirah, menendang, mengikat kedua belah kai tangan Zinnirah. Kemudian, dijemur di tgh panas mentari. Bayangkanlah antara seksaan yang dihadapinya. Sungguh panas padang pasir pada waktu siang dan terlalu sejuk pada waktu malam, badannya dihempap dengan batu besar dan 1001 macam penyeksaan yang diterimanya.

Dalam keperitan fizikal, Zinnirah masih mampu menguntum senyuman. Hatinya tidak putus-putus mengucapkan " Allah, Allah, Allah, Allahu Akbar, Allah lah yang Maha Besar ". Dan hatinya berbisik, " Ini untuk-Mu wahai Tuhan, aku membeli kesusahan ini utk mendapat kesenangan di akhirat ". Begitulah ungkapan katanya yang menjadi penawar utknya.

Kemuncak penyeksaan yang diterima oleh Zinnirah ialah matanya dicucuk dengan besi tajam dan akhirnya gelaplah seluruh pandangan. Hatinya masih mampu berbisik," Tuhan, walau aku dibunuh mati, aku lebih rela daripada menjual agama-Mu ini Tuhan. Semakin aku diuji, semakin terasa kehebatan dan keagungan-Mu Tuhan. Panahan cinta dari-Mu itulah makin menguatkan diri ini utk menerima apa shj. Cuma satu permintaanku, berilah petunjuk kepada org yang menyeksaku ini.

Ternyata doa org teraniaya ini makbul. Akhirnya Umar memeluk Islam setelah mendapat hidayah Allah S.W.T melalui adiknya, Fatimah. Malah Saidina Umar menjadi sahabat yang tergolong Khulafa Arrasyidin...Sifat pembengisnya bertukar menjadi lembut, garang bertukar kepada pemaaf, bakhil bertukar pd pemurah,tidak berhati perut kepada bertimbang rasa, gila dunia kepada gila akhirat.

Kembali kepada Zinnirah, walaupun matanya buta utk melihat alam maya tapi hatinya tidak buta utk menerima cahaya kebenaran Islam. Pandangan hati boleh menembusi pandangan zahir. Apabila melihat keadaan Zinnirah, org-org Quraisy cuba mempermain-mainkannya. Mereka mengatakan Zinnirah buta kerana menerima laknat dari Tuhan mereka iaitu, latta dan Uzza.

Zinnirah menolak penghinaan itu. Baginya kedua berhala itu tiada sedikitpun kena mengena dengan matanya. Dia cuba meyakinkan mereka bahawa masalah buta itu adalah datang daripa Allah S.W.T. Maka Allahlah yang berkuasa mengembalikan pancainderanya seperti biasa.

Berlakulah sedikit kekecohan, org-org Qurais mencabar Zinnirah kerana mempertahan dirinya. Umar pula sudah berhenti menyeksa kerana bosan melihat ketabahan hatinya.

Hambanya tidak mahu sedikitpun berganjak daripada keimanan kepada Allah S.W.T. Tiada siapa yang boleh menolak ketentuan Tuhan. Apabila Allah S.W.T mengambil sekejap nikmat mata, kemudian memulangkannya semula kepada Zinnirah. Allah S.W.T menggantikannya dengan mata yang lebih baik. Zinnirah boleh melihat seperti biasa, lebih terang daripada matanya yang asal. Demikianlah pertolongan Allah S.W.T kepadanya bagi menguatkan lagi keimanannya. Tidak lama kemudian, Saiyidina Abu Bakar datang menyelamatkan Zinnirah dengan membelinya dengan harga tinggi. Terselamatlah dia daripada menjadi penindasan org-org kafir.

Di antara sifat wanita yang solehah ini, dia sentiasa merasa Allah S.W.T memerhatikan dirinya, setiap detik dan saat. Apabila nafsunya mengajak berbuat sesuatu perkara yang mungkar, segera pula hatinya bertindak balas dengan mengatakan Allah S.W.T Maha Melihat. Nafsu yang mahu berbuat segera ditepis dengan katanya," wahai nafsu mengapa engkau tidak takut dengan neraka?".

Hati Zinnirah sentiasa terpimpin, begitu juga dengan akhlaknya. Hasilnya, hati dan jiwa merasa aman daripada kongkongan hawa nafsu. Kemerdekaan jiwa inilah yang diperolehi oleh Zinnirah, wanita yang tidak terkenal di dunia tetapi terkenal di langit.

Marilah kita berazam dengan membulatkan sepenuh pengharapan memohon pada Allah S.W.T supaya sentiasa mendapat petunjuk dan hidayah. Sekiranya diuji dengan pelbagai dugaan biarlah hati kita setabah Zinnirah. Biarlah iman kita sekuat dirinya. Biarlah hati kita terus celik...inilah idola kita, Zinnirah....

Allah. Allahumma a'inni ala zikrika wa syukrika wa husnil ibadatika. Ameen!

Wednesday, January 30, 2013

ON THE WAY

Bismillah. 

Dalam perjalanan hidup ini, banyak dugaan yang menimpa. Pastinya tanpa dipinta, biar terjatuh sekalipun, bangunlah semula dan bentuk hati dan jiwa baru. Yang lebih kuat, gagah, yakin dan percaya pada Allah. Yakinlah bahawa Allah tidak sesekali menilai hambaNya berapa kali kita jatuh dan gagal. tetapi Allah menilai sejauhmana dan sepantas mana kita bangun semula dari kejatuhan. Itulah kekuatan hambaNya. bila ia meletakkan sepenuh kepercayaan dan tawakkal kepada Allah. Sesungguhnya bagi manusia yang punya iman dihati, hasbiallahu lailahaillallah! Hanya Allah dihati.cukup!

Ya Allah, aku belum sampai. tetapi sungguh aku sudah memulakan perjalanan. walau susah sungguh, untuk pasrah padaMu seluruh sungguh. Lihat aku, kasihani aku, kutip aku.. wahai al A'fu. ku pohon padaMu.... cahaya hati..yang dengannya menyinari dunia akhiratku.

Biiznillah. Wallahua'lam.

Friday, January 18, 2013

Heading to somewhere~

Bismillahirrahmanirrahim.

Salam penghulu hari, moga manfaat dan maghfirahNya tercurah buat kita. AMEEN.
Heading to somewhere? ok actly, i am heading to Serdang attending Konvensyen Fiqh Wanita Islam with my beloved sisters, kaklong, kaknyah n kakteh for 2 days (19/20 Jan).

Actually sdg mnunggu makcik nyah n long yg apa la beritanya entah bertolak ke belum. Apa pun smg slmt dalam perjalanan. Aku ni yg dri td punyala menanti. Aku excited sangat nk g konvensyen ni. Bakpe excited sgt pn xtau la. ahaha. OK. nak tau sbb pe aku excited? Meh aku gtau.

1st nye, sebab Konvensyen Fiqh WANITA ISLAM. Haa. nampak x apa yg di'bold'kn disitu? Wanita islam kan? of course, aku ni salah seorang daripadanya. dan aku nak belajar dan terus belajar dan melengkapkan diri dengan ilmu wanita itu sendiri. Memang, sangat diakui, aku ni la bukan la wanita solehah yang  bertudung litup, tapi aku tau bahagian aurat wanita. Aku bukanlah wanita yang suaranya indah serta terpelihara, tapi aku tau suara itu aurat dan aku sentiasa cuba memeliharanya agar Allah tidak murka padaku. Aku bukanlah wanita yang berjuang dalam gerakan2 Islam yang hebat, namun aku tau pertolongan Allah itu datang kepada jemaah. Maka, aku menganggap semua wanita adalah saudaraku dan aku menyintai mereka. Aku suka berkumpul dalam kumpulan yang tunjangnya adalah keimanan kepada Allah. Dan, aku bukanlah wanita sempurna yang dijanjikan syurga, tapi aku tahu untuk mendapat syurga itu perlu usaha. Maka, ini lah usaha ku. biarpun tidaklah hebat, namun aku yakin janji Allah, amalan manusia itu dikira walaupun sekecil zarah sekali pun.

Sbb 2nd (ke-2) aku semangat nak pergi adalah sebab, sebelum ni, aku ada post pasal mujahadah kan. That's it! Aku sedang bermujahadah. Mujahadah itu sangat payah. Seolah-olah berperang, dan aku berperang dengan hawa nafsuku yang selalu memujuk untuk malas dan berelax2. Tidak. Aku x nak lg hujung minggu aku terisi seperti itu. Allah x suka pada orang yang malas. Allah. semoga aku terus kuat dan istiqamah untuk bermujahadah biar merangkak sekalipun. Akan ku gagah. InsyaAllah.

Rasanya, dua sebab ni je la yang utama. Tiada sebab lain. Tuhan, mudahkan urusan kebaikanku dan lapangkan dadaku. Allah limpahkan rahmatMu ke atas mak dan ayah. Pelihara mereka dalam redhaMu. Kurniakanlah ilmu yang bermanfaat buat aku dan adik beradikku agar tersinar hidayah daripadanya. Ameen.


# Rindu mak dan ayah dan semua.
# Good luck kakyang yg tgh mood exam.

Sincerely,
khodijahroslan

Sunday, January 6, 2013

Dengan Bismillah..

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, daku memulakan tahun baru 2013. Semoga 1001 kebaikan yang ada didalamnya didekatkan kepadaku dan segala kejahatan yang tersurat dan tersirat, mohon dijauhi. Ameen. 

Assalamualaikum. :)

Agak down-to-earth apabila 6hb Januari aku baru mengupdate tentang tahun baru 2013. Well. bukan itu yang utama. Apa yang lebih penting mengemaskini dan membaikpulih seketul daging yang ntah2 semakin hitam  belegam. Astaghfirullah al-azim. Jom sama2 istighfar moga2 dapat menyucikan hati2 kita. 


Sempena tahun baru, pasti semua sibuk menetapkan azam baru yang pelbagai. dan pastinya,azam untuk menjadi diri lebih baik tidak terkecuali. Termasuk diri kerdil ini jua yang setiasa mengaharapkan sinar hidayah tertumpah dalam hati ini agar terbimbing dalam menjalani arus kehidupan yang penuh dugaan. Oleh itu, (apesal rasa skema semacam nii. hoho) dengan penuh keterbukaannya, jom sama2 tambah ilmu tentang mujahadah. OK. sebenarnya mujahadah ni apa? apa yang kita tau, mujahadah ni adalah langkah orang nak berubah dalam memperbaiki diri kn? tp apa yang terkandung dalam mujahadahni? dari segi pengertian sebenarnya, langkah2nya dan bagaimana mujahadah ni mampu membawa seorang insan itu lebih dekat dengan iman dan taqwa? JOM TERJAH! hehhe.


Semestinya untuk melakukan sesuatu perubahan kearah kebaikkan adalah sukar apatah lagi untuk meng'istiqamah'kan kebaikan tersebut... Ianya sangat-sangat sukar dan memerlukan pengorbanan yang cukup hebat bagi merealisasikan perkataan mujahadah.. Secara umumnya, Ta’rif mujahadah menurut bahasa, syar’i, dan istilah yang terkandung dalam kitab Jami’ul Ushul Fil-Auliya, hal 221 :

أَمَّاالْمُجَاهَدَةُ فَهيَ فِي اللُّغَةِ الْمُحَارَبَةُ وَفِي الشَّرْعِ مُحَارَبَةُ أَعْدَآءِ اللهِ , وَفِي اصْطـِلاَحِ أَهْلِ الْحَـقِـيْقَة ِ مُحَــارَبَةُ النَّفـْسِ الأَمَّارَةِ بِالسُّوْءِ وَتَحْمِيْلُهَا مَا شَقَّ عَلَيْـهَا ِممَّا هُوَ مَطْلـُوْبٌ شَرْعًا . وَقَالَ بَعْضُـهُمْ : الْمُـجَاهَدَةُ مُخَالَـفَةُ النَّفْسِ , وَقَالَ بَعْضُهُمْ : المـُجَاهَدَةُ مَنْعُ النَّفْس ِ عَنِ الْمَـأْلُوْ فَاتِ

“erti mujahadah menurut bahasa adalah perang, menurut aturan syara’ adalah perang melawan musuh-musuh Allah, dan menurut istilah ahli hakikat adalah memerangi nafsu amarah bis-suu’ dan memberi beban kepadanya untuk melakukan sesuatu yang berat baginya yang sesuai dengan aturan syara’ (agama). Sebagian Ulama mengatakan : "Mujahadah adalah tidak menuruti kehendak nafsu”, dan ada lagi yang mengatakan: “Mujahadah adalah menahan nafsu dari kesenangannya”.

Intipati yang dapat kita petik dari definisi tersebut mujahadah adalah satu peperangan. Atau dengan kata lain, berperang dengan hawa nafsu kita sendiri. mujahadah bukanlah sesuatu yang mudah sebagaimana mudahnya dilafazkan dibibir. Apatah lagi dilafazkan oleh lidah yang tidak bertulang.
Kendatipun begitu, mujahadah tidaklah begitu sukar sekiranya kita memahami konsepnya terlebih dahulu dan mengambil langkah yang betul sebelum memulakan tindakan. Bak kata pepatah ‘yang pipih tidak akan datang melayang, yang bulat tidak datang menggolek’. rukun-rukun mujahadah.

1. Ber’uzlah
Beruzlah bermaksud menyendiri. Walaubagaimanapun menyendiri di sini bukanlah bermaksud menjauhkan diri daripada masyarakat sepertimana yang dilarang di dalam Islam. ‘Uzlah di sini bertujuan bersendirian dan memuhasabah diri untuk membersihkan jiwa dan hati dari segala noda-noda hitam yang bertapak dalam hati. Iaitu merenung kembali segala dosa-dosa dan kesilapan yang dilakukan. Dan menginsafi akan dosa-dosa tersebut.

2.Diam
Dari Anas r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bertemu Abu Zar r.a. Baginda S.A.W telah bersabda: “Abu Zar! Mahukah aku khabarkan kepadamu dua perkara yang mana mengamalkannya adalah terlalu mudah dan sangat berat pada neraca timbangan berbanding amalan lain?”
Abu Zar r.a telah berkata: “Ya Rasulullah S.A.W khabarkanlah.”
Baginda S.A.W bersabda: “Biasakanlah diri untuk berakhlak mulia dan berdiam diri. Demi zat jiwa Muhammad S.A.W ditangannya! Tidak ada amalan yang dilakukan oleh semua makhluk yang sebaik kedua-dua amalan ini.”[Hadis riwayat Baihaqi]
Ini kerana semakin lantang kita berbicara semakin banyak hati yang terluka. Semakin rancak kita bercakap makin terbilang kesilapan kita. Namun, berbicara yang dimaksudkan disini adalah omong-omong kosong. Tanpa ada matlamat dan tujuan yang jelas.

3.Menahan Lapar
Sabda Rasulullah S.A.W: “Ke atas kamu semua(digalakkan) dengan kesedihan sesungguhnya dengan kesedihan itu membuka (menyedarkan) hati. Maka mereka menjawab, “Wahai Rasulullah, bagaimanakah sedih itu? Bersabda nabi S.A.W: “Tundukkan jiwa kamu semua dengan berlapar dan dahaga.”[Hadis riwayat At-Tabrani]
Sekilas imbas, bagaimanakah keadaan kita disaat kita berpuasa? Penat? Lesu? Tak bermaya? Sesungguhnya dalam keadaan kita berpuasa badan kita menjadi kurang bertenaga selari jualah dengan nafsu kita.
Oleh itu, dalam keadaan kita tidak terlalu kekenyangan, kita mampu menjinakkan nafsu-nafsu kita yang liar. Walaupun mungkin tidak seratus peratus tetapi sekurang-kurangnya dapat meminimakan keaktifannya.

4.Berjaga malam
“Sesungguhnya bangun malam itu lebih kuat (mengisi jiwa) dan (bacaan di waktu itu) lebih berkesan.”
[Surah Al-Muzzammil:6]

Apabila batin kita terisi dengan cintaNya in shaa Allah! Pasti jalan mujahadah kita dapat berjalan dengan lancar dan mudah. Ini kerana, sehebat mana pun kita,siapa pun kita…andainya lupa untuk bersujud kepadaNya. Maka tidak akan berguna sama sekali. Walhal kita merancang dengan hebat tetapi tanpa memohon kepadaNya maka semua itu tidak akan berlaku.

Sebagai konklusinya, benar! bukan mudah untuk mujahadah. Bukan mudah untuk berperang dengan bisikan nafsu syaitan. Pelbagai ujian perlu ditempuh. Namun begitu, susah tidak bermakna kita tidak mampu. Allah tidak akan membebani hamba-hambaNya dengan sesuatu yang tak sanggup kita hadapi. Allah lebih mengetahui tentang diri kita. Allah selalu beri yang terbaik untuk hamba-hambaNya.


OK. ini semua adalah copypate daripada perkongsian seorang sahabat di fb. Semoga bermanfaat buat diri ini. Ayuh sama2 dengan Bismillah kita mulakan mujahadan untuk kali ini. Moga2 kaki yang melangkah lebih kuat dari duri yang menyucuk.Ameen Ya Robb.

Till Here.
Sincerely,
Khodijahroslan