Sunday, January 6, 2013

Dengan Bismillah..

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, daku memulakan tahun baru 2013. Semoga 1001 kebaikan yang ada didalamnya didekatkan kepadaku dan segala kejahatan yang tersurat dan tersirat, mohon dijauhi. Ameen. 

Assalamualaikum. :)

Agak down-to-earth apabila 6hb Januari aku baru mengupdate tentang tahun baru 2013. Well. bukan itu yang utama. Apa yang lebih penting mengemaskini dan membaikpulih seketul daging yang ntah2 semakin hitam  belegam. Astaghfirullah al-azim. Jom sama2 istighfar moga2 dapat menyucikan hati2 kita. 


Sempena tahun baru, pasti semua sibuk menetapkan azam baru yang pelbagai. dan pastinya,azam untuk menjadi diri lebih baik tidak terkecuali. Termasuk diri kerdil ini jua yang setiasa mengaharapkan sinar hidayah tertumpah dalam hati ini agar terbimbing dalam menjalani arus kehidupan yang penuh dugaan. Oleh itu, (apesal rasa skema semacam nii. hoho) dengan penuh keterbukaannya, jom sama2 tambah ilmu tentang mujahadah. OK. sebenarnya mujahadah ni apa? apa yang kita tau, mujahadah ni adalah langkah orang nak berubah dalam memperbaiki diri kn? tp apa yang terkandung dalam mujahadahni? dari segi pengertian sebenarnya, langkah2nya dan bagaimana mujahadah ni mampu membawa seorang insan itu lebih dekat dengan iman dan taqwa? JOM TERJAH! hehhe.


Semestinya untuk melakukan sesuatu perubahan kearah kebaikkan adalah sukar apatah lagi untuk meng'istiqamah'kan kebaikan tersebut... Ianya sangat-sangat sukar dan memerlukan pengorbanan yang cukup hebat bagi merealisasikan perkataan mujahadah.. Secara umumnya, Ta’rif mujahadah menurut bahasa, syar’i, dan istilah yang terkandung dalam kitab Jami’ul Ushul Fil-Auliya, hal 221 :

أَمَّاالْمُجَاهَدَةُ فَهيَ فِي اللُّغَةِ الْمُحَارَبَةُ وَفِي الشَّرْعِ مُحَارَبَةُ أَعْدَآءِ اللهِ , وَفِي اصْطـِلاَحِ أَهْلِ الْحَـقِـيْقَة ِ مُحَــارَبَةُ النَّفـْسِ الأَمَّارَةِ بِالسُّوْءِ وَتَحْمِيْلُهَا مَا شَقَّ عَلَيْـهَا ِممَّا هُوَ مَطْلـُوْبٌ شَرْعًا . وَقَالَ بَعْضُـهُمْ : الْمُـجَاهَدَةُ مُخَالَـفَةُ النَّفْسِ , وَقَالَ بَعْضُهُمْ : المـُجَاهَدَةُ مَنْعُ النَّفْس ِ عَنِ الْمَـأْلُوْ فَاتِ

“erti mujahadah menurut bahasa adalah perang, menurut aturan syara’ adalah perang melawan musuh-musuh Allah, dan menurut istilah ahli hakikat adalah memerangi nafsu amarah bis-suu’ dan memberi beban kepadanya untuk melakukan sesuatu yang berat baginya yang sesuai dengan aturan syara’ (agama). Sebagian Ulama mengatakan : "Mujahadah adalah tidak menuruti kehendak nafsu”, dan ada lagi yang mengatakan: “Mujahadah adalah menahan nafsu dari kesenangannya”.

Intipati yang dapat kita petik dari definisi tersebut mujahadah adalah satu peperangan. Atau dengan kata lain, berperang dengan hawa nafsu kita sendiri. mujahadah bukanlah sesuatu yang mudah sebagaimana mudahnya dilafazkan dibibir. Apatah lagi dilafazkan oleh lidah yang tidak bertulang.
Kendatipun begitu, mujahadah tidaklah begitu sukar sekiranya kita memahami konsepnya terlebih dahulu dan mengambil langkah yang betul sebelum memulakan tindakan. Bak kata pepatah ‘yang pipih tidak akan datang melayang, yang bulat tidak datang menggolek’. rukun-rukun mujahadah.

1. Ber’uzlah
Beruzlah bermaksud menyendiri. Walaubagaimanapun menyendiri di sini bukanlah bermaksud menjauhkan diri daripada masyarakat sepertimana yang dilarang di dalam Islam. ‘Uzlah di sini bertujuan bersendirian dan memuhasabah diri untuk membersihkan jiwa dan hati dari segala noda-noda hitam yang bertapak dalam hati. Iaitu merenung kembali segala dosa-dosa dan kesilapan yang dilakukan. Dan menginsafi akan dosa-dosa tersebut.

2.Diam
Dari Anas r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bertemu Abu Zar r.a. Baginda S.A.W telah bersabda: “Abu Zar! Mahukah aku khabarkan kepadamu dua perkara yang mana mengamalkannya adalah terlalu mudah dan sangat berat pada neraca timbangan berbanding amalan lain?”
Abu Zar r.a telah berkata: “Ya Rasulullah S.A.W khabarkanlah.”
Baginda S.A.W bersabda: “Biasakanlah diri untuk berakhlak mulia dan berdiam diri. Demi zat jiwa Muhammad S.A.W ditangannya! Tidak ada amalan yang dilakukan oleh semua makhluk yang sebaik kedua-dua amalan ini.”[Hadis riwayat Baihaqi]
Ini kerana semakin lantang kita berbicara semakin banyak hati yang terluka. Semakin rancak kita bercakap makin terbilang kesilapan kita. Namun, berbicara yang dimaksudkan disini adalah omong-omong kosong. Tanpa ada matlamat dan tujuan yang jelas.

3.Menahan Lapar
Sabda Rasulullah S.A.W: “Ke atas kamu semua(digalakkan) dengan kesedihan sesungguhnya dengan kesedihan itu membuka (menyedarkan) hati. Maka mereka menjawab, “Wahai Rasulullah, bagaimanakah sedih itu? Bersabda nabi S.A.W: “Tundukkan jiwa kamu semua dengan berlapar dan dahaga.”[Hadis riwayat At-Tabrani]
Sekilas imbas, bagaimanakah keadaan kita disaat kita berpuasa? Penat? Lesu? Tak bermaya? Sesungguhnya dalam keadaan kita berpuasa badan kita menjadi kurang bertenaga selari jualah dengan nafsu kita.
Oleh itu, dalam keadaan kita tidak terlalu kekenyangan, kita mampu menjinakkan nafsu-nafsu kita yang liar. Walaupun mungkin tidak seratus peratus tetapi sekurang-kurangnya dapat meminimakan keaktifannya.

4.Berjaga malam
“Sesungguhnya bangun malam itu lebih kuat (mengisi jiwa) dan (bacaan di waktu itu) lebih berkesan.”
[Surah Al-Muzzammil:6]

Apabila batin kita terisi dengan cintaNya in shaa Allah! Pasti jalan mujahadah kita dapat berjalan dengan lancar dan mudah. Ini kerana, sehebat mana pun kita,siapa pun kita…andainya lupa untuk bersujud kepadaNya. Maka tidak akan berguna sama sekali. Walhal kita merancang dengan hebat tetapi tanpa memohon kepadaNya maka semua itu tidak akan berlaku.

Sebagai konklusinya, benar! bukan mudah untuk mujahadah. Bukan mudah untuk berperang dengan bisikan nafsu syaitan. Pelbagai ujian perlu ditempuh. Namun begitu, susah tidak bermakna kita tidak mampu. Allah tidak akan membebani hamba-hambaNya dengan sesuatu yang tak sanggup kita hadapi. Allah lebih mengetahui tentang diri kita. Allah selalu beri yang terbaik untuk hamba-hambaNya.


OK. ini semua adalah copypate daripada perkongsian seorang sahabat di fb. Semoga bermanfaat buat diri ini. Ayuh sama2 dengan Bismillah kita mulakan mujahadan untuk kali ini. Moga2 kaki yang melangkah lebih kuat dari duri yang menyucuk.Ameen Ya Robb.

Till Here.
Sincerely,
Khodijahroslan

No comments:

Post a Comment