Wednesday, February 27, 2013

Adik2ku sayang

Bismillah.

Alhamdulillah syukur lagi dan lagi. Selesai satu tugasan besar sem ni, BIG FASA 3. BIG kali ni adalah kem motivasi untuk murid sekolah. So, sekolah yang kami pergi adalah sebuah sekolah bukan kerajaan yang jauh terperuk dalam sebuah kampung.

Subhanallah! apa yang dapat aku katakan saat melihat suasana sekolah itu, aku rasa gembira sgt. Suasana Islam yang cuba diterapkan ke dalam diri murid-murid ini sangat hebat. Apatah lagi sebuah sekolah yang yurannya sendiri, buku teks dan bahan rujukannya sendiri, maka aku terasa bangga melihat kesungguhan dan keikhlasan guru-guru memberi yang terbaik. Bukan senang nak didik anak-anak zaman sekarang ni. Menyerapkan nilai-nilai Islam dan melahirkan insan2 cemerlang dalam masa yang sama merupakan golongan agama. Allah. aku mendoakan mereka adalah insan-insan terpilih dalam generasi akan datang. Ameen.

Dan... aku terkejut melihat kecerdasan dan kecergasan anak-anak ini. Sungguh, apa aktivti yang kami (fasilitator) cuba buat untuk menguji minda mereka, sangat la cepat mereka mendapat jawapan dan mereka x segan untuk mengeluarkan idea mereka. Hebat sungguh. Aku sesekali sengaja keluar ke tandas. Sebenarnya aku sengaja ingin berjalan melihat suasana guru mengajar di sepanjang kelas. Aku teruja melihat semangat seorang guru perempuan (yang x dikenali sbb tengok dri jauh) yang sedang mengajar, beliau berkali-kali mengulang pengajarannya pada seorang murid yang kefahamannya lambat berbanding yang lain dan akhirnya  murid itu berjaya memberi jawapannya apabila ditanya. Sungguh. aku sematkn dlm  hti 1 hari kelak aku akan menjadi seperti itu. Bahkan bukan shj dalam mengajar ilmu akademik, tapi apa yang penting, nilai kemanusiaan itu sendiri. Ya. bagi aku nilai itu la yang penting bg seseorang utk berjaya dlm hidup. InsyaAllah aku akan cuba.

Sekolah Rendah Agama Al-Furqan. Sangat memberi keinsafan dan mengajar aku banyak nilai. Alhamdulillah. Semoga guru-guru di sana terus ikhlas. Aku yakin mereka memang begitu. Sedih pulak terasa saat nak balik. Macam2 telatah dan gelagat mereka menghiburkan. Lucu. buat kami ketawa suka hati. Terima kasih adik2ku syg. Syg kamu semua kerana Allah. :)

"Furqan Cemerlang" - kata2 yang dilekatkan pada dinding kantin sekolah. InsyaAllah aku mendoakannya. Anak-anak Furqan Cemerlang! ;)

#ikhlas itu memang sgt mudah dituturkan tapi pelaksanaannya hanya beberapa sahaja yang benar2 mampu. 

Till here.

Sincerely,
Khodijahroslan

3 comments: