Tuesday, February 19, 2013

Belajar daripada Syaitan???

Bismillah.

Alhamdulillah. Hari ini satu lagi situasi sekeliling membuat aku yakin dengan memilih untuk berada di atas jalan yang Allah redha itu, akan sentiasa tenang dan Allah sndiri akan permudahkan urusan kita. Sehebat mana pun amal, setinggi mana pun ilmu, sebesar mana pun jawatan, seramai mana pun pengikut, andai pemikiran tidak mampu menunjuk jalan dan tindakan yang betul, tersangat lah rugi. Andai emosi yang menjadi tutor, kelak menyesal diri. Astaghfirullah moga2 Allah mengampuni kami dan kita semua.
______________________________________________________________

Setiap hari mujahadah lagi. susahnya. penatnya. kadang-kadang lemah bermain-main disekeliling membuatkan diri nak turut serta dalam permainan dia yang sntiasa menghasut dan melemahkan manusia. Malah mereka turut berjanji untuk berusaha dan menyesatkan manusia sehingga akhir zaman. Allah. kuatnya puak2 tuu. Mereka x pernah putus asa. hatta xpernah dijanjikan Allah untuk mndapat pertolonganNya. Tetapi mereka kuat. Azam mereka tinggi. Matlamat mereka jelas.. YA.. itulah sifat positif 'mereka' biarpun secara totalnya adalah negatif. Apa salahnya aku belajar dari sifat positif mereka. itu lebih baik dari aku memikirkan lemahnya aku melawan mereka. Allahuakbar. Nahh. lepas ni, kalo terasa lemah membelit diri, jangan lagi takut lawan. Ingat matlanat kita yang jelas, Meraih REDHA & RAHMATNYA. bagaimana? dengan setiap tindak tanduk kita adalah semua kerananya. InsyaAllah. Allah sentiasa ada bersama hamba2nya. Malah terlalu dekat dengan kita :)

Teruskan jaga suara, jaga mata, jaga akhlak, jaga peribadi, jaga hati, jaga badan, jaga tangan, banyaklnye.... pokoknya, jagalah Allah, Allah menjagamu. Ihfazullaha yahfazuka. PASTI! :D

Till here.
Sincerely,
Hamba yang sedang terus berjalan.

No comments:

Post a Comment