Wednesday, June 26, 2013

Just Keep Moving Forward

OK. curi masa kejap between class.


Touched my heart deeply. 
Walau apepun terjadi, terasa lemah, terasa x mampu lagi nak kuat, bertahan dan jangan mengalah. teruslah walau apa cara sekalipun. 

I, you, we have to keep moving forward. 
 with loves. Assalamaualaikum. 

Tuesday, June 25, 2013

Sweetest in 3rd Semester

Bismillah.



Result sem lepas baru kuar -- tetiba. sebab dengarnya awal bulan 7 baru keluar. huhu. Alhamdulillah. cun2 lepas target, even merosottt dr sem sebelumnya. Bila teringat balik macam mne aku menghadapi exam sem lepas, Allahuakbar. hebat ujian. Demam sepanjang study week, mmg hny mampu terbaring je, xdpt nk bt pape. Bila rasa nk study, x dpt, kol mak n nangisss. hanya tu je keje time study week. Mengharapkan doa seorang ibu. Tambah pulak exam direct 3 hari  untuk 4 paper. fuhhh. *merecik-recik peluh didahi. *meleleh-leleh airmata di pipi.

Now, lepas cek result, perkara pertama aku ingat was my study group. Thankss sesangaat my dearest. TQ kalian sbb sudi lapangkan masa utk saya pd last2 minute. I have no other way. Duduk kat bilik termenung n menangis je. Risau sesangat. Nak study x dpt, then i thought of you, you and you. Terima kasih semua. Smg Allah memberkahi kita.

4 rata. Tu target aku waktu awal2 sem lepas. tapi apo nk buek. Allah is the best planner. Dia bg ujian, mungkin nk tengok sejauh mana pengharapan aku pada Dia. Syukur, ada insan2 yang mengingatkanku bhw aku bertuah diberi ujian saat2 genting ini. Aku redha walau dalam gusar. Kini, hanya syukur yang x henti2. Terima kasih Allah. Aku menangis saat itu, tapi gembira hari ini.


Hmm. Hmm.
Walau apepun. diingatkan *amaran keras bahawa jangan mudah berpuas hati. Ini baru sedikit. Apa yg penting, nuuu tahun depan sana. PRAKTIKUM. Yang ni sgt2 kene buat sehabis baik. sebab yg ni permulaan macam mana aku kat sekolah nanti. Allah. berdebarnya. Banyak lagi aku nk belajar. Bantu aku ya Allah. Bantu aku dalam melengkapkan diri sebaik mungkin sbg seorang pendidik.

Feel so blessed. With the coming Ramadhan. Smg kali ini lebih baik dr tahun lepas. Ameen.

Mabrouk buat kawan2 yang berjaya, my roomate yg dpt flat sebijik. perrghh. *iri hati

Sesape yang x berpuas hati jom sama2 fighting lebih lagi sem ni and yg akan datang.

Thank you sekali lagi my study group. sgt2 terharu. ilebiuu. #eh

Doakan saya semoga najah dunia akhirat.

Terima kasih.

Papaii.




Friday, June 21, 2013

Dear heart,


Hati. 
Awak kene kuat! 

Jangan cepat penat. 
Terus kuat demi-Nya.
kerana
'Aku menuruti orang yg taat kpd-Ku'

Hati.
Bercinta  dengan Dia tanpa henti. 
Jangan putus-putus.
Ingat,
'Dia mencintai orang yg mencintainya'.

Jangan sering mengeluh wahai hati.
Mengadu hanya pada Allah.
Merintih dan mintalah. 
Sesungguhnya, 
'Aku kabulkan org yg berdoa kpd-Ku'

Hati.
Ingat, awk kene tabah! 
Walau apapun terjadi, Jangan sesekali tergugat. 
Apatah lagi mengalah, Jangan!

Yakinlah. Pemilikmu hanya Dia. 
Dia mengujimu kerna sayang dan kasih-Nya.
Berbahagialah, kerana diuji.
Agar lebih kuat, 
dan menjadi yg terbaik!




Monday, June 17, 2013

Oh tidak! Hati aku Mati I

Bismillah.
Peace be upon u, sobahal kheirr :)

Baru geledah entri terbaru kak awanis, Cinta Buat Hati. Very nice entri. Percaya x, manusia ni apa yg dia suka adalah bab-bab hati macam tentang cinta, tentang apa yg dia suka, tentang apa yang dy men-sampah n etc. Anything yg sumenye dari hati. Percaya x? Percaya x? Percaya la! Ada hati ke x?! Baik caye! Sape x percaya mungkin dia tak pernah tau yg dia ada hati. haa :P

HATI. 
Raja yg memerintah tubuh kita. Dibantu oleh akal untuk menyempurnakan tindak-tanduk kita sama ada baik or sebaliknya. Sedar x kita sebenarnya benda yang paling susah kita nk jaga adalah hati. Hati la tempat nafsu bermaharajalela jika x dikawal. Hati la tempat turunnya kasih dan perikemanusiaan yang menjadikan hidup kita bermakna. Semuanya sebab hati. Dan ketahuilah. setiap hati ini seperti pokok yang hidup segar jika dibajai dengan baja yang subur. dan mati kekeringan jika dibajai dengan baja-baja kimia seperti Ridsect, Shieldtox Attacks atau Fumakilla. #EH! *tolong fokus bila buat sesuatu boleh?!

Sebab apa sebenarnya hati kita mati? Betul ke sebab disembur dengan baja2 ubat nyamuk tu? Hmm. Itu betul jugak, tapi mati secara alami la. Ada kau nk sembur ubat nyamuk tu dalam mulut kau smpai ke hati? tak ke biul namanya tu? Bunuh diri tahu. 

OK. Secara rohaninya, hati kita boleh mati oleh pelbagai faktor. 
Yea. my heart, your hearts died because of many things around. 

1- We know Allah but we never perform His rights. 
Kita tahu Allah, kita tahu sifat dia, kita tahu kehendak dia, tapi sayangnya, kita sikit sekali nak menunaikan hak2-Nya. Allahuakbar. Ruginya. Bayangkan kita tau org yg kita syg suka makan piza, mesti kita akn belanja dia piza kan? Thats it. Just do it. Kita tahu apa Allah suka kita jadi, maka jadilah seperti yg Dia mahu. Jangan matikan hati dgn berkata, 
'Ah, aku tidak sebaik mereka', 
'Hmm. aku x layak', 
'Huhu, aku tak kuat untuk semua tu', 
'Aku penat asyik buat dosa pastu taubat pastu buat dosa. Its keep repeating. Penat Hokayy!'.

Allahhh.. banyaknye keluhan kta. Ah. Eh. Uh. Semakin hari bila dibiarkan, itu la penyebab hati kita mati. Jgn biarkan. Jgn Sesekali. Allah x minta kita jd sesuatu yg hebat. Allah hanya minta kita berusaha ke arah itu. Berusaha selagi mampu. Itu yang dikira. :)

2. We claim we love Allah and His Messenger, but we leave the sunnah.
Rasulullah itu kekasih yang paling dicintai. 

"Tidak beriman seseorang itu sehingga aku dikasihinya melebihi segala hal yang lain"

Ini kata Rasulullah. Haa. Nak jadi org beriman x? Jom cintakan Junjungan Besar S.A.W sebelum segala yg ada di hati kita sekarang. 
Dah cinta? Apa bukti? Dah amalkan sunnah2nya? 
Kenapa kene ikut sunnah?
krn sunnah itu mendekatkan kita pada insan yang tiada. Allah jadikan sunnah itu kerana Nabi itu insan biasa yang turut pergi mengadap Ilahi. Maka, sunnah ditinggalkan agar kita merasai keberadaannya sepanjang hari dan hidup kita. Tapi kita, apa peduli? ada kita buat, amal? Tepuk dada, tanya diri. 
Allah. kita sibuk dgn aktvti seharian smpai terlepas sunnah. Padahal mudah je. sebelum masuk toilet, ttup kepala, baca doa, masuk kaki kiri n mula. eh!.  Haa. Mudah je kan. Dah dapat amalkan 3 sunnah. Tu baru hal toilet. Belum hal makan, hal solat, hal tido. Semuanya hari2 kita buat. Apa salahnya kita selitkan setiap perbuatan dgn 3 sunnah. Tambah lagi saat kita buat, mesti kita ingat Baginda. Allah. Baru terasa cinta itu ada dihati. Baru terasa hati ini hidup dengan cinta. Semakin hari semakin cinta, semakin subur. Dan hati pun semakin hidup subur membesar :)

 3. We read the Qur'an but don't act upon it. 
Hmm Hmm. Bacakah kita alqur'an? berapa kali sehari? berapa hari seminggu? berapa minggu sebulan? berapa bulan setahun? berapa tahun sehidup? Allah. jangan sampai seumur hidup kita x pernah membacanya. Nauzubillah.  Kata para 'alim, kalau kita nak mengadu pada Allah, solat dan berdoalah. Allah mendengarkan. dan kalau kita nak dengar pulak kata-kata Allah, read the Qur'an. Yea. Bacalah Alqur'an! kerana Alqur'an itu kalam Allah. Firman-firman untuk hamba-Nya ada di dalam al-Qur'an. Sebab tu bila kita  baca qur'an, kita rasa tenang, sebab kita dgr bicara dari Allah, Pencipta hati kita. 

Alhamdulillah. Beruntung siapa yang membacanya. Lagi untung kita amalkan apa yang kita baca :)
Cer kita tengok 1 analogi, kita baca petua nak pipi mulus dan gebu, iaitu jangan basuh wajah anda menggunakan lumpur atau lumut atau seumpamanya. haa. ada kita buat x? mesti x kan? sebab kita tau nak pipi halus jangan buat macam tu. Begitulah Al-Furqan ini. Ia juga petua. Petua untuk ke syurga. Jadi, rugi sgt kita baca tapi kita x amalkan. Kita baca apa yg kene buat dan tak boleh buat, tapi alangkah rugi, kita ambil mudah hal sebesar2 itu. Hal yang menggadaikan syurga kita. Ya Ghaffar! ;(

Oh tidak! Hati aku mati II - bersambung pada entri selepas ini.
Teruskan jaga hati ye!

Salam mujahadah semua. Jaga hati, jaga iman, jaga peribadi. 
Looveee uollss. :)


Sunday, June 16, 2013

Manis-manis Pahit

Haiip! Haiipp! 
Sobahal Kheirr, Assalamualaikum! :)

Alhamdulillah wa syukrulillah, bangun bagi masih menghirup udara yang dipinjamkan-Nya. Fresh. Rasa nak tido balik je. Aih. Hiyakk! Dush3! No way, Khodijah. Jgn biasakan tido pas subuh k! Subuh itu waktu berkat dapat rezeki. (Even, ilmu jgak rezeki ye kawan2). So, bergerak dan berusahalah mencari rezeki. Rezeki yang berkat adalah hasil tangan kita sendiri. *ok, yg ni mak bru pesan semalam. TQ Mak Syg! (Alhmdlillah, dididik sejak kecik utk tidak tido lps subuh2. kekadang je tertido. hewheww.)

Ok, smsa menaip entri kali ini, aku sudah pun berada di Ipoh Bandaraya Kita. Smpainya smlm dlm kol 7 dihantarr oleh cinta-cinta hatiku-ayah, mak, k.long n mek milah. Sngja aku suruh deme htr smlm sbb hr ahad boleh la dyorg rehat2 kt umah. Takmau dyorg penat bila nk p skolah isninnya. Dah banyak aku susahkan mak n ayah. Takmau dah susahkan dyorg lg.. Tatau bila nk berenti tabiat yg 1 ni *sobsobsobs :( 
Berangan nk berenti konon, smlm pn aku susahkan ayah. Sorry ayah n kaklong. Trm kasih jgk sbb belanja kakcik kasut. 
Yeyy! Dpt kasut baru!! 
Im sure, setiap kali pakai kasut tu, mesti ingt kat ayah n k.long. Thanks once again. Ape pun, len kali nk susahkan lagi tau. takmo berenti lagi. hikhikhik. jgn menyesal tau dpt anak n adik yg comel ni tau ! :P

Esok dah mula kuliah. Rasa seganlah pulekk nk masuk kelas. Awww, gediksss kau khodijah! hihi. Sem ni nk score even result sem lepas x kuar pn lagi. Sy nak score jgk sem ni! Nak3! Tak boleh ckp xboleh dan xnak! Sy nk graduate 1st class! Ameen. InsyaAllah. Doakan Khodijah ye semua! :D

Sebenarnya, kita rindukan Amni. kalo kat rumah, pg2 ni mst tengah dukung n kacau si solehah tu tido. Rindunya. Moga dia sht2 slalu n cpt2 temok. -->

budak botak

Buat ayah, Selamat Hari Bapa! Hanya doa, smg Allah memberkati hidupmu. Sayang ayah till Jannah. InsyAllah. -->
eh ! ini bkn ayah sy tau. Ini Fathi yg cerdik :P

Haa. ini ayah!  Happy Father's Day Ayah! Love love  ayah.
Dan, Sanah Helwah buat seorang sahabat yg dsayangi, Mila. Semoga terus mendapat berkah dari umur dan kehidupan ini. Love u dear. :)

Dan konklusinya, why manis2 pahit?? uhuh.
Sbb.. hari ini, kehidupan ini, bukan keindahan semata, duka dan airmata juga adalah jalan kehidupan. Biarpun pahit, semua tidak meminta tapi airmata lah menghidupkan hati yang dalam kerinduan.

Buat insan yang tidak pernah aku bersua, smg dikau sejahtera di alam sana. Al-Fatihah. 


Till here. 
Sincerely, 
Sang Perindu

Thursday, June 13, 2013

Minta pada Dia

Bismillahirranhmanirrahim

Assalamulaikum. Hi guys. 
Haa pepagi brblogblog ni, mandi ke blom ? Eew bucuk2! shuhhh. shuhhh. haha. Ok, sebulan lebih jgk x ziarah blog everymoment ni, konon setiap saat, satiap minit pun x lepaihhh. hoho. 
Before that, Sobahal Khair sume :) Are you ready???
ai ai captain!! - Goodd !-

Aku ni curi masa je ni on9 pagi2. Dengan meribakan si Amni Solehah ni, boleh pulak aku menaip. Hebat kan? Hebat kan? Bakal ibu yg sukses ni. kuakua. :P

STOP. meraban banyak sunggohh. huhu. 
Back to the main topic, semalam aku berkesempatan, diberi ruang dan kesempatan menziarah seorang sahabat mak, makcik Siti Aluyah. Aku dr kecik kenal dan baik dengan dia. dan bila mendpt berita kesakitannya, sungguuh terasa sempit hati ni. Allah. moga diberi kesembuhan buatnya. Saat sampai je rumah beliau (xsedap nk pggil 'dia' sbb aku sgt hormat dgnnya), Allahh, hampir aku xkenal. lain sungguh wajahnya. mungkin sebab apa yang dimakann x dpt dihadam dengan baik, cengkung wajahnya. Namun, masih tenang. sungguh tenang, seperti hari2 biasanya. Alhamdulillah, Allah beri kesabaran dan lapang dada buatnya.

Kat sini, aku nak share sikit tntg perkara yang penting sms menziarah orang sakit ni yg mana kita selalu je lupa n amik mudah, sedangkan benda2 ni amatt penting agar apa yg kita buat tu dikira sbg ibadah. Insya-Allah.

Pertama. Niat. 
Niatkan lah hal-hal yang baik sms menziarah. Contohnya, kerana dia saudara kita, maka ingin memberi ketenangan dan semangat buatnya. Kerana ingin membantu dari segi penyakitnya (kalau kita arif/tahu wpun sedikit dlm bab penyakit tersebut) dan mcm2 lagi *yg baik2. Ingat. Niat adalah permulaan kepada setiap perbuatan (baru dikira ibadah.)

Ke-2. Senyum dan Bersalaman.
Sesampainya kita tempat org sakit, lepas bg salam, tunjukkanlah reaksi yang menyenangkan hatinya. Paling mudah, senyum. haa reti dop nk senyum ni? kalo x reti, blajar dgn baby Amni meh. baby pun senyum tauu.. alolo omeyynya. :)
Selain senyum, bersalamlah (kalo pesakit larat la, kalo x jgn paksa dia pulakk cik kak ye! Dengan bersalam ni, percayalah, pesakit akan rasa tenang, sebab caj2 telah diseimbangkan melalui sentuhan. tambah elok lagi, sms bersalam, selawatlah. Moga2 syafaat Rasul bersama kita. InsyaAllah. 

Ke-3. *Adoii semut2 (kebas) pulak kaki aku ribakan si Amni ni. Jap naa. nak ubah positon.

oyaitt. shambung.

Ke-3. Doa.
 Rugi sgt kalo kita ziarah orang sakit, tapi kita lupa mendoakannya. Yg kita ckp, kesiannya dia, sedih, sayu hati tengok. haa tu je kan? tpi kite lupa doakan. Walaupun kita ckp, Allah, sembuhkanlah penyakitnya. Haa ni dah cukup sbgai doa sbnrnya. Doalah, Minta pada Dia. Dulu aku pn slalu lupa. kalo g hospital je, mst tanya kakak aku, apa ea doa org sakit, bru ingt. sbb apa lupa? sbb kita x biasa amalkan kan? 

Ni antara doa yang boleh digunakan masa ziarah orang sakit:

"Tak mengapa, moga sakit ini membersihkan doasamu, insyaAllah"

"Aku memohon kepada Allah yang Maha Agung, Tuhan Arasy yang Agung agar menyembuhkan engkau"
Dua doa ni adalah doa yang simple boleh kita guna. Banyak lagi doa lain, bolehlah godek-godek kat encik gogole. Moga2 dengan doa-doa kita semua, bisa memberi kesembuhan kepada pesakit. Dan semoga Allah menyembuhkan Puan Siti Aluyah. InsyaAllah. Walau apapun, mintalah pada Dia. Dia suka kita meminta, merayu pada Dia. Jangan berserah dan jangan sesekali putus asa, sesungguhnya, Allah itu menyembuhkan dan menyakitkan, menghidupkan dan mematikan. Dia lah Maha Kuasa, maka mintalah hanya pada Dia. 

Semoga Alla merahmati kita semua. 

Sincerely,
Baby Amni. EH!