Monday, June 17, 2013

Oh tidak! Hati aku Mati I

Bismillah.
Peace be upon u, sobahal kheirr :)

Baru geledah entri terbaru kak awanis, Cinta Buat Hati. Very nice entri. Percaya x, manusia ni apa yg dia suka adalah bab-bab hati macam tentang cinta, tentang apa yg dia suka, tentang apa yang dy men-sampah n etc. Anything yg sumenye dari hati. Percaya x? Percaya x? Percaya la! Ada hati ke x?! Baik caye! Sape x percaya mungkin dia tak pernah tau yg dia ada hati. haa :P

HATI. 
Raja yg memerintah tubuh kita. Dibantu oleh akal untuk menyempurnakan tindak-tanduk kita sama ada baik or sebaliknya. Sedar x kita sebenarnya benda yang paling susah kita nk jaga adalah hati. Hati la tempat nafsu bermaharajalela jika x dikawal. Hati la tempat turunnya kasih dan perikemanusiaan yang menjadikan hidup kita bermakna. Semuanya sebab hati. Dan ketahuilah. setiap hati ini seperti pokok yang hidup segar jika dibajai dengan baja yang subur. dan mati kekeringan jika dibajai dengan baja-baja kimia seperti Ridsect, Shieldtox Attacks atau Fumakilla. #EH! *tolong fokus bila buat sesuatu boleh?!

Sebab apa sebenarnya hati kita mati? Betul ke sebab disembur dengan baja2 ubat nyamuk tu? Hmm. Itu betul jugak, tapi mati secara alami la. Ada kau nk sembur ubat nyamuk tu dalam mulut kau smpai ke hati? tak ke biul namanya tu? Bunuh diri tahu. 

OK. Secara rohaninya, hati kita boleh mati oleh pelbagai faktor. 
Yea. my heart, your hearts died because of many things around. 

1- We know Allah but we never perform His rights. 
Kita tahu Allah, kita tahu sifat dia, kita tahu kehendak dia, tapi sayangnya, kita sikit sekali nak menunaikan hak2-Nya. Allahuakbar. Ruginya. Bayangkan kita tau org yg kita syg suka makan piza, mesti kita akn belanja dia piza kan? Thats it. Just do it. Kita tahu apa Allah suka kita jadi, maka jadilah seperti yg Dia mahu. Jangan matikan hati dgn berkata, 
'Ah, aku tidak sebaik mereka', 
'Hmm. aku x layak', 
'Huhu, aku tak kuat untuk semua tu', 
'Aku penat asyik buat dosa pastu taubat pastu buat dosa. Its keep repeating. Penat Hokayy!'.

Allahhh.. banyaknye keluhan kta. Ah. Eh. Uh. Semakin hari bila dibiarkan, itu la penyebab hati kita mati. Jgn biarkan. Jgn Sesekali. Allah x minta kita jd sesuatu yg hebat. Allah hanya minta kita berusaha ke arah itu. Berusaha selagi mampu. Itu yang dikira. :)

2. We claim we love Allah and His Messenger, but we leave the sunnah.
Rasulullah itu kekasih yang paling dicintai. 

"Tidak beriman seseorang itu sehingga aku dikasihinya melebihi segala hal yang lain"

Ini kata Rasulullah. Haa. Nak jadi org beriman x? Jom cintakan Junjungan Besar S.A.W sebelum segala yg ada di hati kita sekarang. 
Dah cinta? Apa bukti? Dah amalkan sunnah2nya? 
Kenapa kene ikut sunnah?
krn sunnah itu mendekatkan kita pada insan yang tiada. Allah jadikan sunnah itu kerana Nabi itu insan biasa yang turut pergi mengadap Ilahi. Maka, sunnah ditinggalkan agar kita merasai keberadaannya sepanjang hari dan hidup kita. Tapi kita, apa peduli? ada kita buat, amal? Tepuk dada, tanya diri. 
Allah. kita sibuk dgn aktvti seharian smpai terlepas sunnah. Padahal mudah je. sebelum masuk toilet, ttup kepala, baca doa, masuk kaki kiri n mula. eh!.  Haa. Mudah je kan. Dah dapat amalkan 3 sunnah. Tu baru hal toilet. Belum hal makan, hal solat, hal tido. Semuanya hari2 kita buat. Apa salahnya kita selitkan setiap perbuatan dgn 3 sunnah. Tambah lagi saat kita buat, mesti kita ingat Baginda. Allah. Baru terasa cinta itu ada dihati. Baru terasa hati ini hidup dengan cinta. Semakin hari semakin cinta, semakin subur. Dan hati pun semakin hidup subur membesar :)

 3. We read the Qur'an but don't act upon it. 
Hmm Hmm. Bacakah kita alqur'an? berapa kali sehari? berapa hari seminggu? berapa minggu sebulan? berapa bulan setahun? berapa tahun sehidup? Allah. jangan sampai seumur hidup kita x pernah membacanya. Nauzubillah.  Kata para 'alim, kalau kita nak mengadu pada Allah, solat dan berdoalah. Allah mendengarkan. dan kalau kita nak dengar pulak kata-kata Allah, read the Qur'an. Yea. Bacalah Alqur'an! kerana Alqur'an itu kalam Allah. Firman-firman untuk hamba-Nya ada di dalam al-Qur'an. Sebab tu bila kita  baca qur'an, kita rasa tenang, sebab kita dgr bicara dari Allah, Pencipta hati kita. 

Alhamdulillah. Beruntung siapa yang membacanya. Lagi untung kita amalkan apa yang kita baca :)
Cer kita tengok 1 analogi, kita baca petua nak pipi mulus dan gebu, iaitu jangan basuh wajah anda menggunakan lumpur atau lumut atau seumpamanya. haa. ada kita buat x? mesti x kan? sebab kita tau nak pipi halus jangan buat macam tu. Begitulah Al-Furqan ini. Ia juga petua. Petua untuk ke syurga. Jadi, rugi sgt kita baca tapi kita x amalkan. Kita baca apa yg kene buat dan tak boleh buat, tapi alangkah rugi, kita ambil mudah hal sebesar2 itu. Hal yang menggadaikan syurga kita. Ya Ghaffar! ;(

Oh tidak! Hati aku mati II - bersambung pada entri selepas ini.
Teruskan jaga hati ye!

Salam mujahadah semua. Jaga hati, jaga iman, jaga peribadi. 
Looveee uollss. :)


3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Subhanallah, terpegun sekejap membaca entry yang penuh dengan analogi yang sangat memberi kesan dalam hati. :')

    Diri, jangan sesekali biarkan hati mati, kerana hati yang satu ni adalah pinjaman dari Allah. Dia beri pinjam pada kita dalam keadaan yang cukup sempurna, suci, bebas dari segala noda dan dosa. Jadi, kita serahkan lah kembali hati ni pada Dia dengan keadaan dan sifat yang sempurna.

    Nice sharing. Jujur, indeed. Xsabar nak tunggu the next. :)

    ReplyDelete
  3. Yup, perlu sgt hati2 dlm jaga hati.
    Tq sis. next series coming soon, insyaAllah. :)

    ReplyDelete