Friday, July 19, 2013

Ketuk-Ketuk Ramadhan

Salam Jumaat. Salam Ramadhan Kareem. 

Sedar x sedar hari ni, dah hari ke-10 umat Islam berpuasa. Acanerr?? Everything okay? Ada tebuk2 x puasa tu? haa haa jawab! ekeke.

Apapun, Alhamdlillah Allah bagi kIta kesempatan utk sampai ke fasa ke-2 bulan Ramadhan, fasa pengampunan. Jadi, kalo rasa2 mood Ramdhan ni dah makin nk jatuh, cepat2 la cover. Rugi. Rugi sgt kalo kita lepaskan peluang ni. Mana tau Ramadhan tahun depan bkn milik kita lg.. kan? 

;D

****
Haa. Apa main ketok2 ramadhan ni? Ekcerli, tadi Helwi mengadakan slot Ketuk-Ketuk Ramdhan untuk Bicara Muslimat minggu ni. So, kitorang dah buat Cornflakes madu. Anyamnyamm. Puasa puasa. 


Sejujurnya, baru aku reti buat cornflakes madu ni. >.<

With cheffsss.

To tell the truth, even dek beradik aku mostly wanita-wanita yg ayu lagi solehah, tapi bab memasak janganlah bagi kitorang ye. lebih-lebih lagi aku ni ha.. kecuali la nak rasa masakan aku dgn resipi hentam keromo. Perfect! Perfect k! Sedihh sebonarnye. Xpe3. keep fighting ye. 

Hah, ok lah. 
Kalo sesape nak belajar memasak, meh la join Bicara Muslimat. At least ada la jgk serba sedikit ilmu ni. hehe.

*tak sabar nak rasa cornflakes hasil tgn aku sniri. no jealoous yea! :P

Tuesday, July 16, 2013

penat. pening. blurr. fedappp.

Sabar ya Khodijah yg comell. uhukk uhukk. Macam mana nk jadi solehah kalo benda sikit pun dah merungut. Haa kann kan. Sabar k?! 



Jangan sedih ye sayang, ingat la, sesiapa pun kita, tua muda, kesilapan tu x pernah lari. Jangan marah, sebab kita sendiri pun sering juga cuai. Ingat semuanya ujian Allah pada diri. Think positive and shuuhh shuuhh all the bad feeling. Owraitt?!

Buang semua prasangka buruk, marah, and etc. Lebih2 lagi dy banyak berjasa pd kita, clean your heart, Allah will always be with u.


YESSS!

smile 
(^^,)v

Tuesday, July 9, 2013

Ahlan, Ahlan ya Ramadhan

Bismillah.

Beberapa jam je lagi, Ramadhan yg Mulia nk menjengah umat2 Islam. Bulan keampunan, bulan penuh keberkatan. Allah dah bg peluang, moga kita dapat meningkatkan kualiti ibadah kita sepanjang Ramadhan ini. Moga2. Ameen. 

Amatlah digalakkan sebelum sampai bulan Ramdahan ini, kita mempersiapkan diri dengan solat-solat taubat, agar diri dan hati kita suci, menjadi lebih segar bugar untuk meneruskan momentum Ramadhan ini. Dan jugak, amik lah kesempatan ini utk mintak maap kepada sesiapa shj, moga2 kita bebas dari dosa dgn manusia yang semestinya banyak menggangu ruangan hati dan ibadah kita.

Sempena memasuki ambang bulan penuh kemuliaan ini, jom sama2 kita berdoa dengan seikhlas hati yaa!

'Allahumma salimni ila Ramadhan, Allahumma sallim li Ramadhan, Wa tusallimuhu minni mutaqabbala'

Maksudnya: 
Ya Allah, sampaikanlah aku ke bulan Ramadhan, Ya Allah sempurnakanlah buatku akan ramadhan, dan Engkau sempurnakanlah Ramadhanku dengan segala amalan yang Engkau terima.

Ameen Ya Robbal 'Alamin. 

Semoga Ramadhan ini menjadi Ramadhan yang lebih baik dari Ramdhan sebelum ini. Manfaatkan setiap detik pada bulan ini. kerana bulan ini Allah menjanjikan keampunan buat hambanya, mengindahkan syurga buat penghuninya dan mengharapkan api neraka pada hambanya. Moga2 aku, kau dan kita semua beroleh redha dan keampunannya. 

Peringatan buat diri dan sahabat2, 
Jadilah kamu hamba yang Rabbani, bukan hamba kepada Ramadhan.

Selamat beribadah 
dan 


Friday, July 5, 2013

Oh tidak ! Hati aku mati II

Salam Jumaat penuh barakah.

OK. Takmau membebel panjang, kita direct kepada sambungan tajuk 'Oh tidak! Hati aku mati I'.
Before that kita revise balik bahagian 1 punya, sebab apa hati kita mati ? Haa haa jawab. Semua jawab dalam hati masing2 ok! kalo x ingt langsung, rujuk sini.

Hati kita ni sifatnya macam sungai yang mengalir. Kalo hari2 mengalir, bersih, sejuk je kan? Cer kalo  x mengalir or bertakung, apa jadi?? -- dengan keruhnya, keladaknya n x pasal2 jejentik pun boleh hidup kn? Haa gitu la hati kalo dibiarkan x berservis. Selain hati kita ni mati sebab 1. tak laksanakan hak2-Nya, 2. kita tinggalkan sunnah2 Rasulullah (S.A.W), dan 3. x mengamalkan ayat2 Quran yg kita baca, hati kita juga mati sebab:

4. We eat the provision of Allah we but dont thank Him.
MasyaAllah. nk ucap Alhamdulillah yg 1 saat pun kadang2 kita terlupa. Betapa banyak kita masukkan rezeki Allah kat perut ni dalam sehari tapi sedikit sekali kita bersyukur. Hati kita ni kalo makin banyak yang kita dapat, makin lupa kita nak bersyukur pada Allah.  Dah xde benda nak makan baru kita doa kat Allah, baru rasa syukur. Kalo kita gembira dengan kengkawan, kita lupa Allah yg beri kita rasa gembira tu. Time sedih baru datang cari Dia. Macam2 nikmat yang Allah bagi, tapi benar sekali kalam-Nya yang sering diulang-ulang dalam Surah Ar-Rahman:

"Maka, nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?"

Nak menunjukkan apa, nak tunjukkan betapa banyak nikmat Allah yang kita x syukuri. Allahh. :-(

When you get little, you want more. When you get more, you desire even more. But when you lose everything, you realize little was enough. 

Belajar bersyukur sedikit dan banyak. 

5. Syaiton is your enemy, but you agree with him.
 ?????
 Do we agree with 'em? mana ada kannn! Kita x setuju langsung dgn dysyaitan (dyorg). Hmm hmm. Tahu x macam mane yang dikatakan kita berstuju dengan syaitan? Cuba kita muhasabah balik. kadang2 kita tau apa perkara yang syaitan suka, tapi kita ikut jgk kn? Hati kita memberontak nak buat jgk. Contoh, kita malas nk bt amal ibadat. Rasa nk rehat, relakss je kan. Kita anggap nti2 kita buat la. Haa cenggitu la. nampok gayanya dop sape yg mcm tu? *uhuk uhuk. Sila2 la batuk ye. 



Kuatkan hati dri apa2 yang melemahkan. Setia pada yang Satu. :D

6. We say Jannah is true, but we dont work for it.
Allah... mengingatkan syurga-Nya. Rindunyaa aku biar pun belum pernah kujejak. Allah. Layakkah aku, layakkah kami yang masih bertatih ini ke syura-Mu?
Awak-awak semua, jom kita teruskan langkah kita menuju jalan ke syurga, bukan sebaliknya. Pastikan setiap langkah kita hanya utk menggapai redha Allah. kalau sekali tersalah, mohon ampun dan perbaiki kpd yg lebih baik. Moga2 setiap usaha kecil kita ini menjadi bukti kasih kita buat-Nya.

Awk2 semua, hati kita ini akan mati jika makin hari kita terus membiarkan pengetahuan kita bahawa syurga itu ada, tapi kita x pernah berusaha membuktikan keinginan kita padanya. Sama juga seperti neraka, kita takut dengannya dan azab seksa yg tersedia. tapi kita tetap tegar melakukan dosa-dosa yang berulang. Ayuh, kita lebih jaga hati kita agar sentiasa ingat Allah dengan mengingat syurga dan neraka. Tak salah kerana Allah yang Maha pengasih sendiri menyediakan tempat itu untuk kita, maka pilihan ditangan kita. Allah. Kuatkan langkah kami untuk menuju syurga-Mu dalam keredhaan. Ameen.

Point terakhir yang kita nak bincangkan pasal kematian hati ni. *betul ke ayat ni? ialah :

7. We say death is true but we don't really prepare for it.
Sume orang percaya mati itu ada. Dan semua orang percaya bhw kematian itu dijemput bebila masa dan kebanyakan mati tanpa tanda2 yang kita sedari. tapi, adakah kita prepare menghadapi hari itu?
Sejujurnya, aku sendiri tidak bersedia. Masih terlalu sedikit bekal untuk dibawa pada hari perhitungan kelak. Aku masih cemburu melihat insan2 yang soleh-solehah dengan amal mereka tanpa henti. Jujur, aku terlalu cemburu. Kekadang, bila melihat insa2 seperti ini, baru momentumku naik. Allah. Lemahnya aku. Sungguh lemah ;'(

Wahai awak. Wahai diri yang sedang menulis. Jagalah hatimu dengan mengingati mati. Bersedialah untuk itu. Sesungguhnya, orang yang hidup itu sebenarnya mereka yang mengingati hari kematian mereka. Allah. menangisss. ;'(

Ini antara 7 perkara yang boleh matikan hati. So, beringatlah dan cuba2lah mengatasi. Letakkan Allah sepenuhnya dalam hati. Kerana memang itu Hak-Nya.
Andai dirimu sering mengingatkan hati untuk menjaga Allah, kelak akan datang masa hati mengingatkan dirimu dengan sendiri untuk ingatkan Allah. Beautifull! Subhanallah.

Last but not least,
Sayangilah hati masing2. kerna disitu tempat turun cinta dan benci dan dari situ manusia dinilai.





Salam Kasih dan Rindu.
Sayang semua.
Lillah.