Tuesday, July 9, 2013

Ahlan, Ahlan ya Ramadhan

Bismillah.

Beberapa jam je lagi, Ramadhan yg Mulia nk menjengah umat2 Islam. Bulan keampunan, bulan penuh keberkatan. Allah dah bg peluang, moga kita dapat meningkatkan kualiti ibadah kita sepanjang Ramadhan ini. Moga2. Ameen. 

Amatlah digalakkan sebelum sampai bulan Ramdahan ini, kita mempersiapkan diri dengan solat-solat taubat, agar diri dan hati kita suci, menjadi lebih segar bugar untuk meneruskan momentum Ramadhan ini. Dan jugak, amik lah kesempatan ini utk mintak maap kepada sesiapa shj, moga2 kita bebas dari dosa dgn manusia yang semestinya banyak menggangu ruangan hati dan ibadah kita.

Sempena memasuki ambang bulan penuh kemuliaan ini, jom sama2 kita berdoa dengan seikhlas hati yaa!

'Allahumma salimni ila Ramadhan, Allahumma sallim li Ramadhan, Wa tusallimuhu minni mutaqabbala'

Maksudnya: 
Ya Allah, sampaikanlah aku ke bulan Ramadhan, Ya Allah sempurnakanlah buatku akan ramadhan, dan Engkau sempurnakanlah Ramadhanku dengan segala amalan yang Engkau terima.

Ameen Ya Robbal 'Alamin. 

Semoga Ramadhan ini menjadi Ramadhan yang lebih baik dari Ramdhan sebelum ini. Manfaatkan setiap detik pada bulan ini. kerana bulan ini Allah menjanjikan keampunan buat hambanya, mengindahkan syurga buat penghuninya dan mengharapkan api neraka pada hambanya. Moga2 aku, kau dan kita semua beroleh redha dan keampunannya. 

Peringatan buat diri dan sahabat2, 
Jadilah kamu hamba yang Rabbani, bukan hamba kepada Ramadhan.

Selamat beribadah 
dan 


1 comment:

  1. Semoga kita semua akan lebih bersemangat di bulan yang mulia ini.

    ReplyDelete