Friday, July 5, 2013

Oh tidak ! Hati aku mati II

Salam Jumaat penuh barakah.

OK. Takmau membebel panjang, kita direct kepada sambungan tajuk 'Oh tidak! Hati aku mati I'.
Before that kita revise balik bahagian 1 punya, sebab apa hati kita mati ? Haa haa jawab. Semua jawab dalam hati masing2 ok! kalo x ingt langsung, rujuk sini.

Hati kita ni sifatnya macam sungai yang mengalir. Kalo hari2 mengalir, bersih, sejuk je kan? Cer kalo  x mengalir or bertakung, apa jadi?? -- dengan keruhnya, keladaknya n x pasal2 jejentik pun boleh hidup kn? Haa gitu la hati kalo dibiarkan x berservis. Selain hati kita ni mati sebab 1. tak laksanakan hak2-Nya, 2. kita tinggalkan sunnah2 Rasulullah (S.A.W), dan 3. x mengamalkan ayat2 Quran yg kita baca, hati kita juga mati sebab:

4. We eat the provision of Allah we but dont thank Him.
MasyaAllah. nk ucap Alhamdulillah yg 1 saat pun kadang2 kita terlupa. Betapa banyak kita masukkan rezeki Allah kat perut ni dalam sehari tapi sedikit sekali kita bersyukur. Hati kita ni kalo makin banyak yang kita dapat, makin lupa kita nak bersyukur pada Allah.  Dah xde benda nak makan baru kita doa kat Allah, baru rasa syukur. Kalo kita gembira dengan kengkawan, kita lupa Allah yg beri kita rasa gembira tu. Time sedih baru datang cari Dia. Macam2 nikmat yang Allah bagi, tapi benar sekali kalam-Nya yang sering diulang-ulang dalam Surah Ar-Rahman:

"Maka, nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?"

Nak menunjukkan apa, nak tunjukkan betapa banyak nikmat Allah yang kita x syukuri. Allahh. :-(

When you get little, you want more. When you get more, you desire even more. But when you lose everything, you realize little was enough. 

Belajar bersyukur sedikit dan banyak. 

5. Syaiton is your enemy, but you agree with him.
 ?????
 Do we agree with 'em? mana ada kannn! Kita x setuju langsung dgn dysyaitan (dyorg). Hmm hmm. Tahu x macam mane yang dikatakan kita berstuju dengan syaitan? Cuba kita muhasabah balik. kadang2 kita tau apa perkara yang syaitan suka, tapi kita ikut jgk kn? Hati kita memberontak nak buat jgk. Contoh, kita malas nk bt amal ibadat. Rasa nk rehat, relakss je kan. Kita anggap nti2 kita buat la. Haa cenggitu la. nampok gayanya dop sape yg mcm tu? *uhuk uhuk. Sila2 la batuk ye. 



Kuatkan hati dri apa2 yang melemahkan. Setia pada yang Satu. :D

6. We say Jannah is true, but we dont work for it.
Allah... mengingatkan syurga-Nya. Rindunyaa aku biar pun belum pernah kujejak. Allah. Layakkah aku, layakkah kami yang masih bertatih ini ke syura-Mu?
Awak-awak semua, jom kita teruskan langkah kita menuju jalan ke syurga, bukan sebaliknya. Pastikan setiap langkah kita hanya utk menggapai redha Allah. kalau sekali tersalah, mohon ampun dan perbaiki kpd yg lebih baik. Moga2 setiap usaha kecil kita ini menjadi bukti kasih kita buat-Nya.

Awk2 semua, hati kita ini akan mati jika makin hari kita terus membiarkan pengetahuan kita bahawa syurga itu ada, tapi kita x pernah berusaha membuktikan keinginan kita padanya. Sama juga seperti neraka, kita takut dengannya dan azab seksa yg tersedia. tapi kita tetap tegar melakukan dosa-dosa yang berulang. Ayuh, kita lebih jaga hati kita agar sentiasa ingat Allah dengan mengingat syurga dan neraka. Tak salah kerana Allah yang Maha pengasih sendiri menyediakan tempat itu untuk kita, maka pilihan ditangan kita. Allah. Kuatkan langkah kami untuk menuju syurga-Mu dalam keredhaan. Ameen.

Point terakhir yang kita nak bincangkan pasal kematian hati ni. *betul ke ayat ni? ialah :

7. We say death is true but we don't really prepare for it.
Sume orang percaya mati itu ada. Dan semua orang percaya bhw kematian itu dijemput bebila masa dan kebanyakan mati tanpa tanda2 yang kita sedari. tapi, adakah kita prepare menghadapi hari itu?
Sejujurnya, aku sendiri tidak bersedia. Masih terlalu sedikit bekal untuk dibawa pada hari perhitungan kelak. Aku masih cemburu melihat insan2 yang soleh-solehah dengan amal mereka tanpa henti. Jujur, aku terlalu cemburu. Kekadang, bila melihat insa2 seperti ini, baru momentumku naik. Allah. Lemahnya aku. Sungguh lemah ;'(

Wahai awak. Wahai diri yang sedang menulis. Jagalah hatimu dengan mengingati mati. Bersedialah untuk itu. Sesungguhnya, orang yang hidup itu sebenarnya mereka yang mengingati hari kematian mereka. Allah. menangisss. ;'(

Ini antara 7 perkara yang boleh matikan hati. So, beringatlah dan cuba2lah mengatasi. Letakkan Allah sepenuhnya dalam hati. Kerana memang itu Hak-Nya.
Andai dirimu sering mengingatkan hati untuk menjaga Allah, kelak akan datang masa hati mengingatkan dirimu dengan sendiri untuk ingatkan Allah. Beautifull! Subhanallah.

Last but not least,
Sayangilah hati masing2. kerna disitu tempat turun cinta dan benci dan dari situ manusia dinilai.





Salam Kasih dan Rindu.
Sayang semua.
Lillah. 

No comments:

Post a Comment