Saturday, August 31, 2013

Terbelenggu @ Dibelenggu ?

Bismillah. 
Kebelakangan yang sibuk sejak ramadhan hingga penghujung syawal. sekejapnya masa berlalu. Xsedar semakin hari aku kini dimamah usia. hohoho. Semakin hari semakin dekat dengan tarikh itu. Allah beri aku kesihatan yang baik untuk aku meningkatkan ibadah pada-Mu. 

Merdeka Raya!
Terasa seperti 31 Ogos tahun ini adalah yang paling hambar buat aku. Mana x nya, Ambang merdeka aku berada di bilik keseorangan. Teringat pulak kenangan zaman sekolah, aku la paling semangat mengibar bendera kalo boleh paling tinggi skali tapi apa kan daya, aku paling comel skali.. sampai bila pon impian yang satu ni x akan tercapai. iskk. iskk. Apepon ni bukan motif utama. Utamanya adalah sejauh mana pengertian kita terhadap merdeka. Ya alhamdulillah, kita kini bebas dari kuasa penjajah. Bebas dari mengikut telunjuk mereka. Kita bebas menjalankan aktiviti kita dengan aman. Kita bebas dari seksaan dan paksaan. 

Alhamdulillah untuk semua itu. Sewajarnya kita x lupakan mereka yang pernah berada dalam perjuangan untuk mengecapi kebahagiaan ini. Bukan stakat wajar, tapi perlu. Pengorbanan dan usaha mereka sangat memberi kesan kepada kehidupan kita pada hari ini. Masih aku ingat cerita opah, cerita tok berkenaan pengalaman mereka. Saat berumur lingkungan 6 tahun mereka diberi kehidupan yang tragis aku kira. Ya. kata opah, mereka tidak dibenarkan ke sekolah untuk mengaji, terpaksa bersembunyi di belakang pokok, pergi ke sekolah pemerintah jepun dan setiap pagi menyanyikan lagu Kebangsaan mereka. (teringat tok menyanyi lagu tersebut. hihih). 

Alhamdulillah, kta kini bebas dari semua itu. Kita kini dah merdeka. Ya merdeka secara fizikalnya. Tiada yang cedera, diseksa dan dipaksa. Syukur :')
Tapi hakikatnya, semakin lama kita merdeka, semakin terbelenggu pula jiwa kita. Semakin lama berada dalam kesenangan, semakin sukar pula kita mengikut syariat. Walaupun x dipaksa untuk mengikut telunjuk penjajah itu, semakin rela pula kita mentaati mereka. Allahu akbar. kepada-Mu kami memohon ampun.

Bila berborak dengan kaklong dan syg2 yang lain berkenaan 'hebat'nya dunia kini, masing-masing melahirkan kerisauan. Tiada kata yang dapat digambarkan. Allahu. 

"Allah, jangan kau jadikan diri kami ini terbelenggu dan dibelenggu dengan dunia. Jadikan jiwa kami ini bebas dari nafsu yang merosakkan"

Lindungilah kami untuk menjadi soleh dan solehah, mukmin dan mukminah. Lindungi kami dari perkara-perkara yang melalaikan kami. 
Dari suka mengikut nafsu malas untuk bersenang lenang dan lupa pada-Mu.
Dari hilangnya rasa malu bergaul lelaki dan wanita ajnabi tanpa keperluan. 
Dari rasa mudah dan selesa mendedahkan aurat kami.
Dari berfesyen yang langsung tidak mengikut syariat-Mu
Dari tidak menjada maruah diri sebagai wanita Islam.
Dari tidak menghormati dan mentaati ibu dan ayah.
Dari rasa sukar mengikut perintah-Mu.
Dari rasa sombong, takbur, ujub dan sum'ah. 

Dan dari segala perkara yang menjauhkan kami dari makrifat dan redha-Mu.
Allah. bantu kami Ya Allah. La haula wa la quwwata illa billah. 
Jangan biarkankan kami dibelenggu dan terbelenggu dengan diri kami sendiri. 
Merdekakan jiwa kami agar terus mengikut syariat-Mu. 
Sesengguhnya, dari Engkau kami datang dan kepada Engkau kami kembali.


#Salam Hari Kebangsaan ke-56