Monday, December 1, 2014

Dalam-- Hati

 Bismillih.

Dalam hati. 

Di dalam hati paling dalam-- rahsia aku dengan Tuhan. 
Di dalam hati paling dalam-- cinta yang Satu itu tetap tidak berganjak. 
Datanglah beribu engkau. Aku tak goyah. 
Kerna hakikat bernama manusia itu tak setia -- andai belum pada Tuhan.

Di dalam hati paling dalam-- PERGI.
Di dalam hati paling dalam--USIR.
Andai engkau mengerti aku mohon sila menjauh. 
Ah. Kerapnya bernama manusia - hadir bila diperlu, buang bila dipunya. 
Huh. Akukah? atau engkaukah?

Longlai. Biar aku berjalan sendiri. kerana aku masih mampu dengan cinta Dia. 
Aku masih gagah tidak punya engkau. .
Manusia. 

Di dalam hati paling paling dalam -- cukup dia aku ada. 
Engkau. Aku usir jauh. 



Semester Break

Bismillah. 

I think my semester break this tima a bit different than before. and it awesome and i hope so. kasi kiss sikett :-*

So, sesiapa yang nak manfaatkan cuti sekolah anak-anak, adik-adik dan sebagainya bolehla join kami dalam 'School Break Special'. Boleh pilih nak Kem Tahfiz dan Fardhu Ain, Kelas Al-Quran, atau hometuition. Boleh pilih mana berminat :)

***
Alhamdulillah hari ni famili hjlans'toheaven ( in sha Allah) telah memulakan program cuti sekolah untuk anak-anak berumur 6 tahun hingga 17 tahun yang tinggal di sekitar gerik (Air Panas khususnya). Alhamdulillah thumma Alhamdulillah moga-moga berjaya dilaksanakan hingga ke penghujung cuti dan di sambung pada setiap cuti sekolah. 

Program ni bermula dengan niat memanfaatkan masa cuti sekolah untuk adik bongsu kesayangan (Yasin) yang sangat liat nak duduk rumah sebab suka marayap main dengan kengkawan. Haih. So, inisiatif ini sedikit sebanyak membantu deme manfaatkan masa cuti di samping tambah la ilmu pengetahuan sedikit sebanyak in sha Allah biiznillah. 

Setakat hari ni, hanya 3 peserta (kem tahfiz n fardhu ain) dan sorang pelajar hometuition. Sikit but sokayyy sementara awal-awal  pengurusan dan modul-modul pun sedang diperbaiki lagi. Kome-kome kat luar sana tolong la doakan ye usaha ni dipermudah dan diberkati Allah SWT, Tau3!

***
Kalian. Ingatlah aku dalam bait-bait doa kalian. Doakan aku punya iman yang teguh. Agar punya langkah yang mantap dalam jalan menuju Dia. 


Friday, November 14, 2014

Kafarah

Bismillah.


Sakit

Moga jadi penebus pada dosa-dosa yang kau lakar.

Peringatan pada jiwa hamba agar terucap lafaz Alhamdulillah --
pada bibir yang sering terlupa nikmatnya sihat.

Dalam setiap aduhan.--
Pintanya Ya Rahim pandang kau dengan penuh kasih sayang.


Sakit.

Moga kau tak lupa, wahai hamba.
Hiduplah dalam kesyukuran.
Hiduplah dalam ketaatan.
Hiduplah dalam jiwa hamba yang sebenar.
Hiduplah sebagaimana Tuhanmu menghendaki.

Moga kau tak lupa, wahai jiwa.
Engkau dimiliki.
Janiji-janji telah kaupatri.
Matlamat bukan hanya di sini.
Kelak, kau dihitung.

Sakit.
Moga tetap aku beringat.
Moga asbab aku pulang.
Ke hadapan Zat penuh Qudrat.

Tulus,
Hamba.

-ejaroslan-


Wednesday, September 24, 2014

Praktikum II- Successfully complete!

Bismillahirrahmanirrahimm.

Sobahal khair. 
Moga bermulanya pagi ini dengan ucapan-ucapan manis, syukur dan zikir kepada Allah atas nikmat Islam dan Iman. 
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. 

2 bulan sebelum ni, sibuk dengan praktikum - PdP, projek, tuggasan dan hal-hal lain yang berkaitan. 
Sungguh, penat sangat jiwa ni. Lelah dan lemas dengan hal-hal dunia begini. Tambah lagi dengan situasi sekolah yang amat perit. Hanya Dia yang tahu. Mungkin Dia tengah mengajarkan aku sesuatu yang aku sendiri tidak tahu. Mungkin. :)

Lega, semua dah selesai. Lega sangat, dapat tarik nafas dalam-dalam. Kalo tidak, Ya Allah setiap malam, macam semput sangat nak bernafas. Buktinya, sehingga kini aku berjaya mengumpul 8 butir peluru di wajah. Errrr? Stress tahu dak ada makhluk yang x dijemput menginap kat muka. Gggrrr. Aku dah cakap terus terang kat deme muka ni bukan tempat tinggal dyorang. tapi apakan daya. Kalo la mereka faham... huhuhuu =.=

Tak larat nak peduli kat mereka, biarkan je lah. o.o
So, skrg kuliah continue as usual. Rasa pelik sangat nak masuk kuliah, macam x reti dah nak fokus bila dah tinggal 2 bulan. mueheheh overrrrnye! 

This is my praktikum-mates. Mereka sgt2 awesome. Memang x dpt dinafikan, sometimes im just being tougher bcoz of them. TQ uolls. :)

K.Jeneh ~len bebeh ~k.zila annur ~ ^^.

Gambaq ni amik masa sambutan merdeka. That why ada merah kuning biru n putih :)
Kami bersajak tauuu tajuk -- Pahlawanku. Fuyohhh. hehehe 

 Jarang kami ada masa amik gambar sesama. busy tau busy. :P hari ni je kami curi-curi. tapi si merah buat keja, jadi kami bertiga ja ^^

Tak sangka dapat jugak harungi saat-saat 'getir' praktikum II ni dengan jayanya. Result ke apa ke serahkn hanya pada yang kuasa. We have done our part :)
Sem depan pulak menanti, 3 bulan. Harap-harap sem depan akan bertambah baik dan lebih-lebih bagus dari yang ni. InsyaAllah. hope so. Doakan ya!

OK. Sikit je citer pasal praktikum. Kalo nak cerita dari langkah pertama kat sekolah tu sampai detik-detik akhir, memang baaaaanyaakkkk sgt ok! pasal sekolah, cikgu-cikgi, student2 kesayangan, pahit manis, sakit perit, senyum tawa, duri ranjau daun--sume ada. hihi. 

Alhamdulillah ala kulli wa ala kulli nikmah. Semuanya datang dari Dia.
Sekarang kiraan secara kasarnya, tinggal lagi setahun lagi aku kat IPG ni. Sedih pn ada, gembira memang ye la kan. hehe. Sedih sebab nanti akan susah nak jumpa kawan-kawan tambah lagi sebab ramai yang over the sea kan. :(

Ni mereka saya punya. Mereka yang akan saya rindu kelak.
Ni masa first sem di IPG. Muda belia kiut miut lagi time ni. hehe.


Yang ni gambar latest tapi bukan sem ni. Sem 3 i think. Tahun ke 3 kat IPG ni. Time ni x kiut miut dah. Maing2 cantik jelita nsem kacak gojes gitu. kehkeh


Mereka. My classmates my hero ;)
 Mereka yang akan sentiasa ada dlm hati. InsyaAllah. because they're soooooo awesome! :D
No worry, insyaAllah ada jodoh kita jumpa ya!

Now, life back to routine. 
May Allah bless what we are doing and give excellent to us. InsyaAllah.

Till here,
Love youolls. 

Wassalam.

Monday, July 7, 2014

Sabar

Bismillah.

Tiada kata. 
Senyum. 
Dan Tangis. 
Cukup.
Senyum dalam tangisan. 
Tangis dalam senyuman.
Pilih yang bahagia.


Alhamdulillah. Menang. 
Sujud Syukur. 
Sabar. Penat. 
Allah tahu. Susah.
:')
Tapi itu harta yang kupunya. 
Kelak bahagia. InsyaAllah. 

Tuhan. Jangan kauduga aku dengan jarak. 
Tuhan. Jadikan gadis ini insan yang penuh sabar. 
'Innallaha maas sobirin'

Monday, February 10, 2014

Melangkah dan Terus Mara

Bismillah.

Banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam. Setuju? Ya. Lain orang lain cara. Pergilah ke mana ceruk pn, jumpalah sesiapapun, pasti ada perbezaan antara setiap individu. Yang penting saling menerima dan memahami. Keyword. Kalau takde kunci tu, percaya la, you cannot go. Tak boleh. Takkan mampu. sebab masing-masing akan pertahankan hujah sendiri, masing-masing akan utamakan kepentingan diri, masing-masing akan terus nak ikut rasa hati sendiri.

Tu. awak yang kat sana. yang jauh duduk bersendirian. Tak usah nak pikir apa orang kata pada kita. Tak payah amik peduli komen murah mereka. Boleh. tapi jgn sampai memberi impak negatif pada semangat awak. Awak adalah awk. I believe u have done the best. Your very best. Mereka manusia. Kadang x nampak apa yg tak ada di depan mata. Mereka manusia. Kerap x hargai apa yang tersedia di depan mata. Ya. Ambil kritikan yang membina bukan yang menghina. Please go on. Tolong teruskan langkah, dan terus mara. Kerana Dia. Dia. Biiznillah. Rabbi Yassir. ;)


Monday, January 27, 2014

Risau?

Assalamualaikum.

Risau? Mesti pernah rasa kan. macam2 sebab kita boleh menyebabkan kita dilanda kerisauan. tentang diri sendiri, tentang orang lain, tentang masa depan and so on.

Ok. Risau ni sebenarnya satu perasaan yang positif. Secara umumnya lah. sebab bila rasa risau, kita akan cenderung mengubah sesuatu perkara tu menjadi lebih baik. dalam erti kata lain, mengubah kerisauan menjadi tenang menurut hati kita. Tapi boleh jugak jadi sebaliknya. Pagi tadi, aku disentuh dengan kebaikan seseorang. Terharu sangat. mestilah terharu bila kita dilanda kesusahan tapi tanpa meminta and memberitahu sesiapapun kesusahan kita, ada sahabat yang kebetulan membantu kita. Sebenarnya Allah yang hantarkan orang itu untuk memudahkan kita. Tapi, apa yang jadi, aku terlupa mengucap syukur bahkan aku melahirkan risau andai sahabat yang sering membantu kita ni berubah dari kebaikan yang sering dilakukan. Risau satu hari nanti, tiada lagi kebaikannya pada kita. Risau tiada lagi dia, sahabat yang membantu. Hurmm. pelik kan.

MasyaAllah.  Lebih gembira andai kerisauan ini kusalurkan pada jalan menuju-Nya. Risau mengapa sukar aku memberi kebaikan dari setiap anggota tubuh yang diberi sempurna ini. Risau perjumpaanku nanti dengan Dia yang maha Mengadili. Risau bekalku yang masih jauh dari kecukupan. Allah. Aku telah lupa untuk risau pada semua itu. Lupanya kita (aku) pada Dia.

Dia yang sebenarnya memberi kita kebaikan itu. Sahabat itu hanya wahana.
Dia yang sedang mengajar kita belajar membuat kebaikan daripada orang lain
Dia yang sering mendidik kita bukan hanya menerima, tapi memberi.
Dia yang tak pernah lupa untuk terus mengganjari kita dengan nikmat-Nya yang terlalu banyak
Dia yang sering mengingatkan kita agar terus berpaut pada tali pergantunggan-Nya, bukan manusia.

Terima kasih lah pada dia, tapi usah lupa gandakan syukurmu pada Dia.
Hanya Dia yang penuh kasih sayang, cinta, dan perhatian pada makhluknya.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Allah. Walau aku bersalut dosa, sering terjatuh dan terngadah, berselang-seli taat dan taubat pada-Mu, selalu lupa dan sedikit sekali ingat akan-Mu, tapi sungguh aku merasai luasnya rahmat dan kasih sayangmu, besar dan tinggi redha-Mu, maka izinkan aku terus melangkah menuju-Mu. Ighfirli Ya Ghafur. :'(



Friday, January 24, 2014

Temporary header

hoi hoi. buruknye belog aku ni. this is what i said in common bila jenguk belog everymoment ni. siyess. siyess. siyess wei belog ni sangat buruk memang x nafi. dah la buruk, x penah wujud header. actually aku x kesah sgt pn pasal buruk or cantekknye blog ni coz aku berblog bkn nk suruh org baca sgt.. just for me, mymself. :) tapi bayangkan la, even utk diri kite sendiri pon mesti nk cecantik kan. so, bebaru ni (semalam) ada bengkel buat blog, ada jgk la sedikit sebanyak input berkenaan belog. tapi fuhhh. aku try buat header dgn cara yg paling mudah. saje, testing wiwiwi. so, sementara kemalasan aku utk buat atau menambah baik aksesori blog ni, maka ni la header sementara bg awk ye everymoment. sabar k. nti kita tukar baju baru. mama awk ni sebok skett. jd awak tahan je la noh. hihi. apepun, buruk or cantik awk, ilebiu muax!


;p

Aurah

Assalamualaikum kalian yang dikasihi Allah hendaknya.
Salam Jumaat, salam penuh barokah. :)

Dah sebulan menjengah 2014. Bukan patut 'menjengah' lagi seolah tetamu yang baru masuk rumah baru, tapi inilah tempatmu sekarang.


yup. i should. we should. diri, hati, jiwa, perasaan, tolong jangan lembik2 lagi. Awak dah besar, buat cara dah besar. If anything comes out, serah diri pd Dia. InsyaAllah, everything will be settle. Simple.

Alhamdulillah. sehingga hari ini, semua baik2, moga2 terus dan bertambah2 baiknya. cumanye, praktikum bulan 3 ni. serious berdebar. Kata lecturer, sape yg takot tu tanda dia tak bersedia. -.-
memang. banyak yg aku x rasa x cukup. makin dekat nk praktikum ni, rasa makin banyak ilmu yang lari and lupa. Allahu. Rabbi Yassir. Doakan aku and kawan2 ye !

hurmm. nmpk xperkaitan tajuk ngan apa yg aku ckp? mcm x de je.. mcm xde je.. kehkeh. ni sebonanrnye, nk share sumting yg aku dapat. OK. ni ada hadiah special untuk akhi, ukhti, akak adik, pakcik makcik, dan semuaaaaa muslim yg aku syg. ni video, tp baby aku prob skit, xdpt nk donlod video ni so i just linked to fb. kalo dapat, alhamdu, kalo x, maapppp. jgn segan silu tengok video ni. ambik manfaat ye!
Tadaaaaa!
jus click -----> aurah

Sampai sini dulu. have a nice weekend. Aku kelas weekend ni. Nice apaaaa ;)