Monday, January 27, 2014

Risau?

Assalamualaikum.

Risau? Mesti pernah rasa kan. macam2 sebab kita boleh menyebabkan kita dilanda kerisauan. tentang diri sendiri, tentang orang lain, tentang masa depan and so on.

Ok. Risau ni sebenarnya satu perasaan yang positif. Secara umumnya lah. sebab bila rasa risau, kita akan cenderung mengubah sesuatu perkara tu menjadi lebih baik. dalam erti kata lain, mengubah kerisauan menjadi tenang menurut hati kita. Tapi boleh jugak jadi sebaliknya. Pagi tadi, aku disentuh dengan kebaikan seseorang. Terharu sangat. mestilah terharu bila kita dilanda kesusahan tapi tanpa meminta and memberitahu sesiapapun kesusahan kita, ada sahabat yang kebetulan membantu kita. Sebenarnya Allah yang hantarkan orang itu untuk memudahkan kita. Tapi, apa yang jadi, aku terlupa mengucap syukur bahkan aku melahirkan risau andai sahabat yang sering membantu kita ni berubah dari kebaikan yang sering dilakukan. Risau satu hari nanti, tiada lagi kebaikannya pada kita. Risau tiada lagi dia, sahabat yang membantu. Hurmm. pelik kan.

MasyaAllah.  Lebih gembira andai kerisauan ini kusalurkan pada jalan menuju-Nya. Risau mengapa sukar aku memberi kebaikan dari setiap anggota tubuh yang diberi sempurna ini. Risau perjumpaanku nanti dengan Dia yang maha Mengadili. Risau bekalku yang masih jauh dari kecukupan. Allah. Aku telah lupa untuk risau pada semua itu. Lupanya kita (aku) pada Dia.

Dia yang sebenarnya memberi kita kebaikan itu. Sahabat itu hanya wahana.
Dia yang sedang mengajar kita belajar membuat kebaikan daripada orang lain
Dia yang sering mendidik kita bukan hanya menerima, tapi memberi.
Dia yang tak pernah lupa untuk terus mengganjari kita dengan nikmat-Nya yang terlalu banyak
Dia yang sering mengingatkan kita agar terus berpaut pada tali pergantunggan-Nya, bukan manusia.

Terima kasih lah pada dia, tapi usah lupa gandakan syukurmu pada Dia.
Hanya Dia yang penuh kasih sayang, cinta, dan perhatian pada makhluknya.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Allah. Walau aku bersalut dosa, sering terjatuh dan terngadah, berselang-seli taat dan taubat pada-Mu, selalu lupa dan sedikit sekali ingat akan-Mu, tapi sungguh aku merasai luasnya rahmat dan kasih sayangmu, besar dan tinggi redha-Mu, maka izinkan aku terus melangkah menuju-Mu. Ighfirli Ya Ghafur. :'(



Friday, January 24, 2014

Temporary header

hoi hoi. buruknye belog aku ni. this is what i said in common bila jenguk belog everymoment ni. siyess. siyess. siyess wei belog ni sangat buruk memang x nafi. dah la buruk, x penah wujud header. actually aku x kesah sgt pn pasal buruk or cantekknye blog ni coz aku berblog bkn nk suruh org baca sgt.. just for me, mymself. :) tapi bayangkan la, even utk diri kite sendiri pon mesti nk cecantik kan. so, bebaru ni (semalam) ada bengkel buat blog, ada jgk la sedikit sebanyak input berkenaan belog. tapi fuhhh. aku try buat header dgn cara yg paling mudah. saje, testing wiwiwi. so, sementara kemalasan aku utk buat atau menambah baik aksesori blog ni, maka ni la header sementara bg awk ye everymoment. sabar k. nti kita tukar baju baru. mama awk ni sebok skett. jd awak tahan je la noh. hihi. apepun, buruk or cantik awk, ilebiu muax!


;p

Aurah

Assalamualaikum kalian yang dikasihi Allah hendaknya.
Salam Jumaat, salam penuh barokah. :)

Dah sebulan menjengah 2014. Bukan patut 'menjengah' lagi seolah tetamu yang baru masuk rumah baru, tapi inilah tempatmu sekarang.


yup. i should. we should. diri, hati, jiwa, perasaan, tolong jangan lembik2 lagi. Awak dah besar, buat cara dah besar. If anything comes out, serah diri pd Dia. InsyaAllah, everything will be settle. Simple.

Alhamdulillah. sehingga hari ini, semua baik2, moga2 terus dan bertambah2 baiknya. cumanye, praktikum bulan 3 ni. serious berdebar. Kata lecturer, sape yg takot tu tanda dia tak bersedia. -.-
memang. banyak yg aku x rasa x cukup. makin dekat nk praktikum ni, rasa makin banyak ilmu yang lari and lupa. Allahu. Rabbi Yassir. Doakan aku and kawan2 ye !

hurmm. nmpk xperkaitan tajuk ngan apa yg aku ckp? mcm x de je.. mcm xde je.. kehkeh. ni sebonanrnye, nk share sumting yg aku dapat. OK. ni ada hadiah special untuk akhi, ukhti, akak adik, pakcik makcik, dan semuaaaaa muslim yg aku syg. ni video, tp baby aku prob skit, xdpt nk donlod video ni so i just linked to fb. kalo dapat, alhamdu, kalo x, maapppp. jgn segan silu tengok video ni. ambik manfaat ye!
Tadaaaaa!
jus click -----> aurah

Sampai sini dulu. have a nice weekend. Aku kelas weekend ni. Nice apaaaa ;)