Friday, November 14, 2014

Kafarah

Bismillah.


Sakit

Moga jadi penebus pada dosa-dosa yang kau lakar.

Peringatan pada jiwa hamba agar terucap lafaz Alhamdulillah --
pada bibir yang sering terlupa nikmatnya sihat.

Dalam setiap aduhan.--
Pintanya Ya Rahim pandang kau dengan penuh kasih sayang.


Sakit.

Moga kau tak lupa, wahai hamba.
Hiduplah dalam kesyukuran.
Hiduplah dalam ketaatan.
Hiduplah dalam jiwa hamba yang sebenar.
Hiduplah sebagaimana Tuhanmu menghendaki.

Moga kau tak lupa, wahai jiwa.
Engkau dimiliki.
Janiji-janji telah kaupatri.
Matlamat bukan hanya di sini.
Kelak, kau dihitung.

Sakit.
Moga tetap aku beringat.
Moga asbab aku pulang.
Ke hadapan Zat penuh Qudrat.

Tulus,
Hamba.

-ejaroslan-