Monday, December 1, 2014

Dalam-- Hati

 Bismillih.

Dalam hati. 

Di dalam hati paling dalam-- rahsia aku dengan Tuhan. 
Di dalam hati paling dalam-- cinta yang Satu itu tetap tidak berganjak. 
Datanglah beribu engkau. Aku tak goyah. 
Kerna hakikat bernama manusia itu tak setia -- andai belum pada Tuhan.

Di dalam hati paling dalam-- PERGI.
Di dalam hati paling dalam--USIR.
Andai engkau mengerti aku mohon sila menjauh. 
Ah. Kerapnya bernama manusia - hadir bila diperlu, buang bila dipunya. 
Huh. Akukah? atau engkaukah?

Longlai. Biar aku berjalan sendiri. kerana aku masih mampu dengan cinta Dia. 
Aku masih gagah tidak punya engkau. .
Manusia. 

Di dalam hati paling paling dalam -- cukup dia aku ada. 
Engkau. Aku usir jauh. 



No comments:

Post a Comment