Sunday, January 4, 2015

Syukur bila diingat :')

Bismillah. 

Salam. Hi. Korang tahu tak bila masa Allah ingat kat korang and bila masa Allah lupa? 
*Erk. boleh tau eh? 
SURE. Sangat boleh bila kita letak, buat and niat setiap benda dgn tujuan krn Allah. and hence, bila kita sikit je lagho, kita cepat rasa bersalah like, eh apalah aku buat seharian ni?? Ya Allah, aku tengok seharian drama masyaAllah buang masanya. Istighfar3. Alhamdulillah. Bila terdetiknya rasa bersalah and cecepat istighfar and berhenti dari kerja lagho tu, thats it the time Allah remember us. 

Allah. Seronokkan bila Allah ingat? Cer bayangkan Sultan Negeri korang tetibe datang turun kampung and tanya korang. Tak ke 'bangganya aku weiii!'. Kan? kan? :)
Macam tu la bahagianya bila Allah pilih untuk ingat kita daripada ramai lagi manusia yang lagho. Allahu. Syukurrrrr.  :'(

Ada jugak situasi kita tiba2 terdetik rasa bersalah tapi 'ahh jap ah. jap jee lagi'. xpun 'hmm x pela lepas ni aku taubat in shaa Allah, Allah kan maha Pengampun'. :'(
Dont. Please dont delay the good intention. Dont Ever. Itu Allah sedang mengetuk pintu hati kita. Maka sekali kita ego dgn nafsu, belum tentu Allah nak ketuk lagi. Ingat. Benda paling berharga adalah hidayah Tuhan yang dgnnya bawa kita jalan ke syurga atau neraka (nauzubillahi min zalik).

Alhamdulillah. Moga Allah terus beri kita hidayah. Syukurlah atas nikmat iman dan islam yang tak semua orang punya. Moga terus tersemai cinta agung Sang Tuhan dan Kekasihnya dalam jiwa hamba. Ameen.

"RABBANA LA TUZIGH QULUBANA BA'DANA IZH HADAITANA WA HABLANA MIN LADUNKA RAHMAH"

--------
So cuti nak habis. Saya bakalan busy dan saya agak tidak suka. :p
Moga-moga Allah terus ingat saya dan membuatkan saya selalu merindukan-Nya

Allah. 
Rahmati aku, mak, ayah dan ahli keluargaku serta seluruh muslimin muslimat. 
Allah, Rahmati kami. :'(



No comments:

Post a Comment