Thursday, January 1, 2015

TWO ZERO ONE FIVE

Bismillah.

Assalamualaikum 2015 :)

Alhamdulillah Allah masih pinjamkan nyawa dan roh dalam tubuh insan kerdil ini. Masih diberi kesempatan waktu untuk kembali dan memperbaiki kesilapan-kesilapan yang lalu. Tidaklah siapa pun tahu melainkan Dia, Sang Mata pd ghaib dan nyata. Allah terima kasih untuk kesekian kali kau jaga aku dengan kasih sayang-Mu. Terima kasih untuk belas ihsan-Mu memelihara aib dosaku dari mata dan pandangan manusia. Meski aku tahu, pada-Mu selayaknya aku letak malu. Namun lemahnya aku rebah dan gusar akan rakusnya manusia. Kerana tercalitnya aku dengan dosa, Engkaulah tempat aku mengadu. 

Andai mampu aku buang bahagian-bahagian hidupku yang menyesakkan, nescaya aku telah buang. Siapalah aku? yang bangun kerana itu. yang gagah kerana itu. yang lebih kuat kerana itu. yang belajar kerana pahitnya itu. Kesal. Tapi biar jadi pedoman. Moga rahmat Tuhan sentiasa menyebelahi. :'(

2014
Tahun penuh cabaran.

2015
Moga didalamnya terkandung kisah-kisah bahagia. 
Moga padanya ada rahmat berterusan. 

InsyaAllah tahun akhir di IPG. Aku mesti terus tingkatkan usaha. Last praktikum, intership dan kajian tindakan. Allah, mudahkan, jangan Kau susahkan. Ameen.

Satu-satunya peluang yang tinggal untuk besama kawan-kawan.


Dan. 
Moga 'harapan dan impian' yang kusemai terlaksana. 
Allah. Allah. Andai benar sampai masanya, mudahkan, beri aku kematangan dalam berfikir, luaskan rezekiku dan pelihara aku dari segala keburukan.

2015, dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim, aku kembali menapak :)

"LA HAU LA WA LA QUWWATA ILLA BILLAH"




 BY,
Khodijah Solehah

No comments:

Post a Comment