Friday, February 20, 2015

Kuatlah, hati :(

Bismillah
Hamdan lillah atas setiap nikmat,
dan ujian. 

*****

Kadang terasa aku sahajakah yang dapat ujian ini? 
Kenapa aku?
Kenapa bukan dia yang dapat ujian ni?
Tough. 
Ya aku tak sanggup nak bertahan. Serasa jiwa lemah, rapuh. seakan mahu mengalah.
Mahu duduk menyerah diri.

Jiwa sarat dengan rindu. Rindu yang tak mampu aku capai. 
Hati berat dengan mahu dekat. Sedang ia bukan haq. 
Tuhan. Kuatkan aku. 
Aku tahu, selagi Engkau ada, aku perlu kuat. 
Selagi mahu berpaut, aku perlu bersyariat. 

La hau la wa la quwwata illa billah.

Kuatkan aku. 

Allah. Rabb jiwa lahir dan batinku, engkau tahu lemahku, engkau tahu sakitku, engkau tahu dayaku, engkau tahu setiap rasa hati yang sedaya aku sembunyi dan ter-aku nyatakan.
Engkau kekuatan, 
kuatkan aku. 
kuatkan aku.
kuatkan aku.
kuatkan aku.


  Demi syurga, aku kuat. 
Demi Rasulullah sang kekasih yang dirindu, aku bangkit.
Ighfrli Ya Ghafur.
Bangunlah diri. 
Allahu :'(


'Jika sudah berjumpa, jaga dia dengan doa'
Rabbi Yassir. Rabbi tammim bil khair. 
Ameen. 

No comments:

Post a Comment