Tuesday, May 5, 2015

Apa khabar Cik Siti?

Bismillah.

Alhamdulillah Cik Siti dikurniakan kesihatan yang baik. Lamanya Cik Siti tak menconteng kat sini.  Ikutkan rasa hati kalau boleh Cik Siti nak abadikan setiap rasa dan kata dalam jiwa Cik Siti kat blog ni sebagai ingatan. Tapi tuntutan sebagai pelajar lebih menjadi prioriti. 
Alhamdulillah baru selesai amali praktikum kat SK Seri Kepayang selama 3 bulan. Syukur, everything went well. Lecturer, Guru pembimbing, cikgu2, murid2 semuanya sangat baik and cukup beri aku rasa selesa selama 3 bulan. Alhamdulillah, settled :)

Bila buat kira-kira actually tak sampai 6 bulan aku nak meneruskan kehidupan kat IPG ni. Tak lama dah. Tambah lagi sem depan sure busy dengan program intership and preparation untuk pembentangan je, so i think masa nak berhuha-huha dengan kengkawan x banyak mana. Kinda miss that moment. >.<

Hari ni genap, 5/5/2015, genaplah umor Cik Siti 23 tahun 2 hari. Allah tak sangka dah menua rupanya aku ni haa. Selama 23 tahun ni la hidup duk bergantung je lagi dengan mak dan ayah :(

Terima kasih mak, terima kasih ayah atas setiap lelah, setiap usaha, setiap curah kasih dan sayang, setiap bait kata yang cukup menenangkan, setiap nasihat dan teguran dan setiap detik yang dikurniakan aku menjadi seorang anak buat kalian. Moga tidaklah aku menjadi anak yang sia-sia bahkan berharga untuk syurga kalian. 

Semoga dengan peningkatan usia ini, lebih aku mengerti akan nilai dan erti hidup yang sebenar. 
Moga lebih matang dan tidak mudah kalah dengan dunia. dan moga-moga menjadi seorang wanita yang terjaga sifat Haya', tidak terpengaruh dengan sikap manusia lain. Pilihlah idol yang tepat. 

Sebaik-baik wanita adalah yang tidak memandang dan tidak dipandang. :)

#Syurga itu mahal. Untuk mereka yang mampu membeli dengan usaha. 
#Thanks sisters sedarah sedaging yang tetap menjadi inspirasi 


Next post kita update pasal resepi masakan okay :-*

Till here!